Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Menu Raya Sambal Goreng Singapore Sedap Mudah
June 4, 2019July 7, 2023

Juadah Raya | Sambal Goreng Singapore sedap mudah ni wajib ada!

Apa menu Hari Raya korang? Juadah yang wajib ada masa Pagi Raya? Menu Raya Sambal Goreng Singapore 

Isi Kandungan hide
1 Juadah Menu Raya | Sambal Goreng Singapore sedap mudah (style Nina)
2 Cara masak Sambal Goreng Singapore
2.1 Menu Raya Sambal Goreng Singapore Sedap Mudah
3 Related posts:

Sambal Goreng Singapore antara menu wajib ada tuk Nina sekeluarga. Dah beberapa tahun sejak tau buat, Geng kata lulus maka nya tiap tahun laaa ada menu ni. Walau tak sesedap Mama Geng yang bikin. Huhuu… Lulus pun dah cukup membahagiakan. Chewah…

Tahun lepas Nina sempat buat Lontong daun Pisang Tradisional Dan Nina ada citer Nina suka makan Lontong bersama Sambal Goreng pengantin Singapore. Menu kegemaran Nina dan family. Suka sangat..!! Tapi  tahun ni nan hadoo Lontong buat sendiri… Entah apa yang sibuknya. Nampaknya kami order jer nanti. Huhuu …

Sambal goreng Singapore ni simple cuma renyah sebab segala bahan kena goreng satu persatu dulu. Then baru lah buat sambalnya dan gaul rata kesemuanya.

Selera Geng, sambal goreng singapore ni kena kering, tapi tetap terasa sambalnya. Memang match pekena dengan Kuah Lodeh ker Masalodeh .  Korang lak, selalunya kalau makan Lontong Kuah Lodeh match ngan apa?

Eh! Tanya banyak, cakap tulis banyak… Moh lerr Nina share resipi Sambal Goreng Singapore style Nina eh …

Juadah Menu Raya |
Sambal Goreng Singapore sedap mudah (style Nina)

Bahan-bahan Utama
1kg daging – rebus dulu kemudian potong dadu dan goreng
4 paket Tempe – potong dadu dan goreng
4 keping Tauhu – potong dadu dan goreng
1 1/2 kg Udang (sederhana saiz) – cuci bersih dan goreng

**kesemua nya perlu di potong dadu, digoreng asing – satu persatu dan diketepikan. (Udang goreng last)**

Bahan kisar 1
4 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3inch Halia
4 batang Serai
Belacan

Bahan kisar 2
Cili kering dalam dua genggam. Buang biji, rebus dan blend. Nina shortcut guna cili giling ready made brand Puteri aje! hehee ….

Bahan lain
Santan kotak kecik
Perahan air asam jawa
Gula Melaka
Garam
3 biji Cili Merah – racik halus (untuk hiasan jer)

Menu Raya Sambal Goreng Singapore Sedap Mudah

Cara masak Sambal Goreng Singapore

1- Kesemua Bahan Utama dipotong dadu, di goreng satu persatu dan diketepikan. Udang goreng last.
2- Lebihan minyak goreng udang tadi, tumis Bahan kisar 1 hingga wangi dan keperangan. Kemudian masukkan Bahan kisar 2 (cili giling). Masak sampai pecah minyak.
3- Masukkan sedikit perahan air asam jawa dan diikuti dengan santan. Kacau rata hingga mendidih.
4- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5- Kemudian masukkan Bahan Utama yang dah digoreng tadi. Gaul rata kesemuanya. Hiaskan dengan cili merah yang dah diracik halus.
6- Sedia dihidangkan.

Menu Raya Sambal Goreng Singapore Sedap Mudah

Selain sedap dimakan time Raya bersama Lontong Daun Pisang, makan ngan nasi putih pun sodap! Kalau tak makan nasi, makan ngan roti pun ok. Boleh habis sebuku roti kalau tak de sapa tegur. hehee…
Hurmm… Dah nama menu kegemaran, makan gitu pun sedap! Oopsss…!!

Ni nak share, sambal goreng pengantin Singapore ni ada pelbagai versi. Bahan utama ada yang tambah paru, hati ayam, hati daging selain bahan utama Nina.

Cuma ada yang tak makan organ dalaman, so boleh aje ikut style masing-masing. Nina ikut aje style Mak Mertua Nina tapi idok err sesedap air tangan beliau. . Kalau korang rasa nak tambah apa-apa bahan kegemaran ok jer …

Cara Buat LONTONG DAUN PISANG Mudah MENU RAYA GERENTI JADI

Haaa… Lontong tau bukan nasi himpit. Sambal Goreng Singapore paling match makan sama Lontong daun pisang.  Buat yang tak tahu lontong, dia bentuk bulat silinder, berasakan beras, lembut macam nasi himpit tapi lagi sedap dan wangi.

Ketahui TIPS buat lontong daun pisang

Apapun, Raya nanti makanlah dengan bersederhana eh… Jaga kesihatan!

Salam Aidilfitri, Maaf zahir batin buat semua,
Nina Mirza

Related posts:

6 Tips dan cara masak pasta yang betul? Lepas masak pasta cantik tak melekat
Kuih Cara Manis Berwarna-warni~
Nasi Lemak Sambal Udang Serai style Nina
PKP sambung lagi! PdPR lagi? Anak dah mula...
Resepi Tips Juadah Hari RayaMasakan JawaMasakan JohorMenu Hari RayaMenu Open Housemenu rayaSambal Goreng Pengantin Singaporetips masakan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. Pingback: Apa menu best simple popular open house Hari Raya
  2. Pingback: Resipi RENDANG DAGING SEDAP MUDAH Gerenti Jadi
  3. Pingback: RESEPI DAGING YANG SEDAP MUDAH WAJIB CUBA! -

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes