As’salamualaikum dan Salam sejahtera,
Apa menu sampingan yang paling anda suka buat juadah berbuka puasa? Mengikut pencarian google blog Nina sepanjang bulan Ramadhan dimenangi oleh En.John. … Sapa tuu? Hehee…. Bukan Mr.John tapi Roti John. Sapa pun pasti suka kan … Kalau tak, takkan ramai dok beratur panjang sanggup tunggu. Iyer tak? Jangan bohong tak baik dosa.. Hehee..
Nina dah pernah share sebelum ni (tahun Bila punya entry tahh… tapi sangat ramai masih dok google) Boleh tengok Resepi Homemade Roti John paling senang dan gambar step by step
Terima kasih banyak diatasi sokongan anda semua. Baru-baru Nina Nina buat lagi dan Nina share kan semula di sini.
Resipi dan cara masak step by step Roti John Homemade
Bahan-bahan
2 keping daging burger – dinyah bekukan dan cincang halus
2 biji saiz sederhana bawang besar – potong dadu
2 ulas bawang putih – cincang halus
1 inch halia – ketuk dan cincang halus
1 sudu besar rempah kari
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
3 biji telur
3 sudu besar sos tiram
daun bawang – dipotong 1cm
Timun – hiris-hiris
Kobis – hiris-hiris
Tomato – hiris-hiris
1 pack roti sausage Gardenia (ada 6 kat dalam tuu)
Cili sos
Mayonnaise
Sos Lada Hitam
Garam secukup rasa – jika perlu
Cara penyediaan bahan utama
1- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga keperangan dan wangi
2- Masukkan rempah kari dan kacau rata sehingga naik bau
3- Kemudian masukkan sos tiram di ikuti daging burger, pecah-pecah daging menjadi ketulan-ketulan kecil. Gaul hingga sebati
4- Setelah itu, masukkan serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga kering.
5- Tutup api, ketepikan dan dibiarkan sejuk
Semasa menunggu bahan utama sejuk, bahan-bahan sampingan seperti timun, kobis dan tomato disediakan dengan dihiris nipis-nipis.
Kemudian, adunan burger tadi dimasukkan dalam mangkuk lalu pecahkan telur kedalam mangkuk adunan burger bersama daun bawang.
Roti sausage dibelah dua tapi tidak putus.
Nak lagi senang faham, korang layankan video seminit Nina. Tengok tau! Penat kita shoot sambil masak. Bukan keje senang ni awakkk… Huhuuu Tolong click subscribe eh
Cara penyediaan Roti John
1- Panaskan non-stick pan, lenserkan dengan sedikit majerin. Sendukkan adunan utama -burger yang telah dicampurkan telur tadi ke atas pan. Adunan tersebut agak-agak cukup untuk sebesar roti yang dibelah tadi. Bila kelihatan hampir masak, letakkan roti sausage menutupi bancuhan telur tadi. Tekan2 sedikit dan biar hingga masak.
2- Terbalikkan dan letak tepi. Teruskan step yang sama sehingga roti habis
3- Kemudian susun hirisan timun, kobis dan tomato, paipkan sos cili, sos lada hitam (sikit ajerr) dan mayonnaise sebelum dihidangkan…
Senang kan…?? Pasni buat sendiri jer…
Selamat berbuka puasa.
tgk macam senang tapi penyakit M ada jadi susah jadinya..haha
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis 🙂
YA ALLAH…sedapnya kak ninaaaa…nak try buat sendiri jugak la lepas ni
Dah cuba pagi tadi, sedap & muf6, org bujang mcm aku pun boleh buat. Time kasih resepinya
Terima kasih atas resepinya. Saya akan cuba ini esok.