Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Menu Diet
August 1, 2023August 1, 2023

MENU DIET SIHAT BEN ASHAARI GERENTI BERAT TURUN, KURUS dan NAMPAK SEMAKIN MUDA!

Sebut je menu diet gerenti ramai beranggapan menu diet untuk kurus kann? Hakikatnya kita kena praktikkan menu diet sihat yang betul demi kesihatan yang baik dan secara tak langsung kita akan langsing. Kurus tu bonus! Macammana menu diet sihat yang betul?

Isi Kandungan hide
1 Menu Diet
1.1 Piramid Makanan Seimbang 2020
1.2 Menu Sihat Tanpa Nasi
1.3 BEN ASHAARI membuktikan keberkesanan mengamalkan menu diet tanpa nasi kini lebih sihat!
1.4 Diet Sihat TANPA GULA!
1.5 Bersenam dan kekal aktif
1.6 Tips Kurus Cepat
1.7 Related posts:
2 Kuih Bakar Kentang
3 Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari : Hari ke-3 : Kenangan terindah kita semua.... Bukan Sekadar B...
4 Rawatan scaling cuci gigi kat KLINIK PERGIGIAN ERFA terbaik laaa..!!
5 Roti Lapis Daging Cheese..... Nyummy!

Menu Diet

Sejak kecil kita didedahkan dengan menu diet piramid makanan : makanan seimbang.
Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Tapi dulu kuantiti paling banyak kena ambil adalah karbohidrat kannn? Tahu tak korang piramid makanan telah berubah?

Faktor umur, jantina dan aktiviti harian adalah penting dalam menentukan kuantiti makanan harian atau tenaga yang diperlukan oleh setiap individu. Individu yang aktif dan banyak melakukan aktiviti akan memerlukan lebih banyak tenaga berbanding individu kurang aktif. Zaman dulu ya kena kerja kuat, tenaga diperlukan banyak, berpeluh-peluh sampai lencun membanting tulang tapi sekarang tidak lagi.

menu diet piramid makanan seimbang 2020

Gaya hidup, pekerjaan telah berubah maka menu diet / piramid makanan seimbang juga turut berubah. Tak perlu dah makan nasi penuh pinggan kalau korang keje dok office setitik peluh pun tak keluar. Huhuuu…

Piramid Makanan Seimbang 2020

Dalam Portal Rami Kementerian Kesihatan 28 Januari 2020 telah mendidik rakyat dengan piramid makanan seimbang 2020 terkini. KKM berharap dengan penggunaan Piramid Makanan Malaysia 2020 ini dapat membantu rakyat Malaysia mengamalkan pemakanan sihat pada setiap hari bagi memastikan kesihatan kita sentiasa terjaga dan terhindar daripada jangkitan penyakit, di samping mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, diabetes dah hipertensi. 

Ramai di antara kita sering didedahkan dengan menu diet suku suku separuh kannn?
Kumpulan ini tetap mengamalkan makan sumber karbo : nasi ( tapi dengan kuantiti sikit. Nasi suku, protein suku dan fiber (sayur) separuh. Ya ini lah menu diet sihat yang betul. Tidak dinafikan..

Ini lah contoh menu diet suku suku separuh!
3 bahagian terbahagi kepada 2 bahagian suku dan 1 bahagian separuh

  • Portion suku yang pertama : SUKU sumber karbohidrat antaranya nasi, mee, roti, bijirin atau ubi.
  • Portion suku yang kedua : SUKU sumber protein antara cadangan pilihan adalah ayam, daging, ikan ataupun protein tumbuh-tumbuhan seperti kekacang, tauhu dan soya.
  • Portion SEPARUH : dipenuhkan dengan sayuran bersama 1 sajian buah-buahan
  • Disarankan minum air mineral 8 gelas sehari. Kuantiti terbaik 25kg berat badan = 1 litter air . Mmm.. Cer kira berat korang, agak-agak berapa litter air yang diperlukan sehari. Sila minum!
  • Paling penting mereka ini amalkan NO GULA!

Tapi
Ada ramai yang mengamalkan MENU DIET SIHAT TANPA NASI. Ya betul juga!
Tiada yang salah, tiada yang betul as long portion yang kita ambil sesuai dengan gaya hidup kita, aktiviti seharian yang kita lakukan.

Menu Sihat Tanpa Nasi

Kalau tak makan nasi nak makan apa?
Jawapan nya mudah sangat. Makan je laa lauk! Ya lauk tanpa nasi. Memula je rasa macam aishhh… macam tak lengkap makan tanpa nasi tapi lama kelamaan akan terbiasa makan lauk :- Sayur, daging, ikan, ayam, buah, kekacang dan dalam menu diet seharian. Paling penting sekali ada protein yang mudah iatu TELUR!

Ok, bercerita tentang menu diet sihat tanpa nasi ini telah terbukti keberkesanannya oleh orang terdekat Nina. Boleh dikatakan setiap hari dia akan kongsikan tentang menu diet tanpa nasi beliau. Terbukti beliau kini lebih sihat, kurus dan paling penting malas nak type kat sini beliau nampak lebih muda! Ssyyhhhh… mau senyum meleret seminggu kalau dia baca nih. HAhaaa
Yalah! Bentuk muka dia yang dulu bolat kini jawline dia dah tajam wooo! Betul kannn..?

BEN ASHAARI membuktikan keberkesanan mengamalkan menu diet tanpa nasi kini lebih sihat!

Ini lah orangnya Ben Ashaari!
Nama Ben Ashaari tidak asing lagi, ramai sedia kenal kerana beliau antara blogger otai yang popular dari awal blogging dan masih bertahan sehingga sekarang! Buat yang follow beliau tentu perasan sejak kebelakangan ini, beliau banyak berkongsi perihal kesihatan, makanan sihat, menu diet yang beliau amalkan sehingga mencapai berat badan idaman.

Diet Sihat TANPA GULA!

Menurut beliau lagi, paling penting SILA TINGGALKAN GULA!
Dalam makanan yang kita makan sudah sedia ada gula so air manis, manisan atau apa jua GULA memang dia pangkah habis habisan! Haaaa gitu sekali. Katanya air caffeine pun dah lama beliau tinggalkan. Padahal dulu beliau pun penggemar kopi.

Bersenam dan kekal aktif

Konsisten dalam apa juga yang beliau lakukan.
Sememangnya sejak dolu lagi beliau memang aktif bersenam, angkat besi laaa, bersukan badminton laa, bola sepak dah ditinggalkan sebab kecederaan lutut katanya so beliau kini konsisten senaman ringan seperti brisk walk setiap hari.

Alang-alang dok cerita pasal menu diet sihat, korang boleh lah cuba Resepi Mudah Eat Clean dari Nina. Sememangnya resepi Nina Mirza semuanya mudah, simple, senang dimasak .

Baca : 15 RESEPI MUDAH EAT CLEAN WAJIB KORANG CUBA!
Sila amalkan nescaya korang akan sukakan menu Eat Clean sihat sebegini nanti. Sap sap suiii je sediakannya!

Resipi Mudah Buka Puasa Sahur MENU EAT CLEAN

Nina kongsikan sikit baris ayat dalam blog Ben Ashaari, beliau ambik kata-kata ni dari Buku Tengku Asmadi

Jika kurus yang anda kejar
Maka kurus yang anda dapat

Jika cantik yang anda impikan
Yes, cantik yang anda dapat

Tapi

Jika sihat jadi matlamat
Anda akan dapat sihat, kurus dan cantik!

Chewahh…!! Opkos kita nak semua kann? So jom amalkan menu sihat supaya kita semua kekal sihat, kurus dan cantik! Korang boleh dapatkan tips kesihatan, menu diet sihat, tips parenting dari Ben Ashaari di www.benashaari.com

Terima kasih Aben selalu berpesan pesan, selalu membebel-bebel eh! Selalu saling mengingatkan tentang kesihatan pada semua! Kalau nak tahu tips dari Aben, setiap pagi dalam air minuman beliau ada diletakkan sikit serbuk HALIA NO.1
Apa tuu? Pi tanya dia sendiri, semoga korang pun TERracun jugak! HAhaaa

Tips Kurus Cepat

  • Kurangkan Pengambilan Kalori. Mengurangkan pengambilan kalori boleh menjadi faktor signifikan dalam penurunan berat badan
  • Cuba Intermittent Fasting (IF)
  • Lebihkan Minum Air Kosong. Air TANPA GULA
  • Kurangkan Karbohidrat dan Lebihkan Protein Tanpa Lemak.
  • Elakkan Makan Makanan Ringan. Tak payah terus lagi bagus!
  • Jangan lupa bersenam dan kekal aktif

Secara ringkas, nak kurus tak susahpun. Takyah makan gerenti kurus tapi apa guna kurus hakikatnya badan kekurangan banyak nutrisi. Nanti mendatangkan kemudaratan lagi susah. Kos perubatan pulak semakin mahal sekarang ni. So jaga diri, stay healthy!

Related posts:

Kuih Bakar Kentang

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari : Hari ke-3 : Kenangan terindah kita semua.... Bukan Sekadar B...

Rawatan scaling cuci gigi kat KLINIK PERGIGIAN ERFA terbaik laaa..!! 

Roti Lapis Daging Cheese..... Nyummy!

Lifestyle Resepi Tips Bersenam kekal aktifcara selamat nak kurusDiet Sihat tanpa GulaEat Cleanmenu dietMenu Sihat Tanpa Nasinak kurusPiramid Makanan Seimbang 2020resepi mudahTips Kurus

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (6)

  1. Dorsett Pink says:
    August 1, 2023 at 6:09 pm

    nice sharing ni Kak Nina. Nanti bolehlah tiru diet Ben ni kalau nak kurus.

    http://www.dorsettpink.com

    Reply
  2. Tati Mansur says:
    August 3, 2023 at 10:37 am

    Good sharing kak Nina.. Terima kasih..

    Reply
  3. Yanie Yusuf says:
    August 3, 2023 at 12:02 pm

    bagus nya tq sharing kak

    Reply
  4. Pingback: RESEPI AYAM BAKAR SEDAP MUDAH AIR FRYER WAJIB CUBA
  5. Pingback: Ayam Bakar Satay Sedap Mudah Wajib Cuba!
  6. Pingback: Ayam Bakar Berempah Mudah Sedap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes