Semalam Nina masakkkan menu sihat (sihat lah sangat) untuk family tersayang. Very simple menu – Ayam Bakar Satay ! Cuma kali nie Nina buat kelainan untuk perapannya. Nina buat ala-ala satay gitu dan cara bakar pula Nina balut dulu dengan aluminium foil agar ayam tersebut lebih moist, lembut dan empuk hingga ke tulang ….!! Bila berbungkus, akan terhasilnya air ayam iatu kuah yang sedapp untuk buat hirup-hirupp.
Seronok Nina tengok anak-anak makan laju (abahnya lagi lah lajuuuuu….)
Habislah diet tuu hehee
MENU SIHAT
Penyediaanya pun amatlah senang. So kalau yang bekerja tuu, pepagi boleh lah perap dulu atau pun malam hari sebelumnya then lepas balik keje boleh lah terus bakar. Lagi lama perap lagi lah sedapp! Nina prepare pagi dan sejam sebelum dinner time baru Nina bakar. Makan panas-panas memang Uummph!!
Ok laa…. Jom tengok resepi simple Ayam bakar Satay sedap ini
Ayam Bakar Satay Nina Style
Bahan-bahan
1 ekor ayam
5 tangkai cili kering
3 sudu makan jintan manis
2 sudu makan jintan putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai
2cm kunyit hidup
3 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Cara penyediaanya
1- Ayam dibersihkan dan ditoskan
2- Kisar kasar kesemua bahan, perasakan dengan garam dan gula.
3- Perap ayam bersama bahan kisar tadi selama 1jam atau lebih. (Nina perap pagi, simpan dalam fridge, malam baru bakar)
4- Panaskan oven pada suhu 250c
5- Ayam dibungkus dengan aluminium foil dan dibakar selama 1jam atau sehingga masak.
6- Sedia dihidangkan..
Selamat mencuba!
Yang ini pula versi bakar atas pembakar arang. Masa nie malam new year, Nina dan family mertua semua kumpul-kumpul, makan-makan … (mak mertua sukaaa… katanya sedap lah ayam nie! ngeeeee… Kembang vontot Nina) hehee..
Rahsianya : : : : jangan dikisar halus bahan perapan supaya time makan nanti akan tergigit serai, bawang dan lain-lain. Itu yang sedappp!
Ada cerita belakang tabir bab kisar tak halus tuu …..sebenarnya kan, blender Nina yang rosak! Hahahaa… So lepas nie kalau nak buat sesedap Nina, kena lah pinjam blender rosak Nina tuuu. Hehee..(masih ada dalam simpanan : : : : khas untuk buat perapan ayam sahaja)
Buat yang mengamalkan menu diet , korang boleh laaa follow resepi mudah menggunakan air fryer yang Nina kongsikan . Semua sedap ringkas simple belaka.
8 RESEPI AYAM BAKAR Sedap Mudah Wajib Cuba!
Ok Daaaa …
sampai jumpa lagi. take care
salam nina..pekabar..kite baik2 je..mmg busy je kan..ni pun tgh relak2 sbb cikabg g main futsal..blh lh lepak jap depan lappy..hihi..sedap ayam nina style ni..ayam menu yg x jemu2 kn..budak2 semua suka..:-)