Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

April 13, 2012April 13, 2016

Ayam Goreng Kicap Lemak Manis

As’salam dan salam sejahtera… Syukur Alhamdulillah kita bertemu lagi di pagi Jumaat yang mulia ini. 
Apa khabar hari ini? Moga-moga sihat walafiat dan dipermudahkan segala urusan kita untuk hari ini. Amin …

‎Ada satu hadis yang Nina suka nak share kat sini
~*•“Tiga hal adalah kemuliaan dunia dan akhirat: 
memaafkan orang yang menzalimimu, menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, dan sabar ketika engkau diperlakukan sebagai orang bodoh”.~*•
Nescaya, keberkatan dan kemuliaan yang tiada tandingnya untuk mu…

Hrrmmm …. bagi Nina, sebaiknya  biarlah apapun yang mereka ingin lakukan, yang pasti kita  tak akan membalasnya. Kerna jika kita berbuat demikian maka kita setaraf dengan mereka. Lebih baik kita berfikiran ke arah yang positif agar kita tidak bodoh selamanya. Bodoh kah??
Orang yang bodoh jika sentiasa belajar akhirnya pasti pandai dan mungkin akan lebih bijak pandai dari orang yang bercakap terhadapnya. 

Fikir-fikirkan dan renung-renungkann… selamat beramal~
Hehehee . . . .

Ok laaa…. Nina nie dok melalut pulak di hari Jumaat ini. Bukan apa, sekadar peringatan untuk diri sendiri dan teman-teman yang lain. Dan juga berdasarkan dari pengalaman yang tak seberapa ini. Moral of the story,  “Mengalah tidak semestinya kalah.”  dan hitam tak semestinya tak cantik sebab hitam itu menawan dan lemak manis….!!! hehee . . ..

Ahaks!! dah ke laut~~~~  Ok laaaa, Jom kita tengok resepi Ayam Goreng Kicap Lemak Manis
Ayuhh~~~

Ayam Goreng Kicap Lemak Manis
Bahan-bahan
+-300g ayam – dipotong kecil2
1 labu bawang besar – mayang halus
2 ulas bawang putih –  diketuk ajerr
2 inch halia – dihiris nipis
Rempah 4 sekawan
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan kicap lemak manis
Minyak masak
Sedikit air
 
Untuk hiasan
Bawang besar
cili hijau
cili merah
 
Cara-caranya
  • Ayam dibersihkan lalu diperap bersama sos tiram dalam 15 minit.
  • Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia bersama rempah 4 sekawan hingga naik bau.
  • Masukkan ayam bersama lebihan sos tiram dan kicap lemak manis. 
  • Kacau rata, goreng  sehingga ayam empuk.
  • Tambahkan sedikit air (jika mahu)
  • Masak sehingga kuah pekat. (jika nak berkuah sedikit)
  • Hiaskan dengan bawang besar, cili merah dan cili hijau
  • Tutup api dan sedia dihidangkan.


Selamat mencuba!
 
 
 

Related posts:

Mmmm... Sedap nya PUDING ROTI SOS KASTARD ni
Kat mana KACANG POOL Sedap area KL Lembah Klang ni?
Salam Aidilfitri 2014
Sakit hati dengan kawan! Apa kena buat?
Lifestyle Resepi Ayam

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes