Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Cetera Hati Diya TV3
June 18, 2019June 19, 2019

Sinopsis CETERA HATI DIYA TV3 SAMARINDA

Selepas terleka dengan lakonan mantap Azar Azmi dalam Drama NUR 2 (2019) TV3 . Kali ni Azar Azmi bergandingan dengan Fattah Amin pula. Sebuah naskah yang penuh konflik. Tengah  trending drama ni  weyhh…  Rugi tak tonton! Sinopsis CETERA HATI DIYA TV3 SAMARINDA

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis CETERA HATI DIYA TV3 SAMARINDA
2 Related posts:

Drama Cetera Hati Diya adaptasi novel Isteri Aku Kalis Cinta karya Mawar Kamila. Menampilkan gandingan Fattah Amin dan Azar Azmi. Diarahkan oleh Raja Mukhriz. Akan disiarkan di slot Samarinda TV3 bermula 17 Jun nanti.

SINOPSIS CETERA HATI DIYA

Peristiwa hitam yang lalu membuatkan Diya fobia dan menutup hati kepada mana-mana lelaki ingin mendekatinya. Zahil yang mempunyai perasaan terhadap Diya mencuba segala-galanya untuk memenangi hatinya. Zahil nekad untuk melamar Diya dan bertanggugjawab kesalahan adik tirinya yang memperkosa Diya. Zahil juga ada menyembunyikan satu rahsia besar tentang masa lalunya dari Diya.

Sinopsis Cetera Hati Diya TV3

Sepanjang perkahwinan Diya cuba menjadi isteri yang terbaik walau tanggungjawab sebagai isteri tidak sepenuhnya ditunaikan.Zahil tulus mencintai Diya dan setia menunggu sehingga cintanya berjaya menakluki hati Diya. Cinta Zahil tak bersyarat. Apa jua untuk Diya. Namun ada sesuatu yang dirahsiakan Zahil tanpa pengetahuan Diya yang akan membuat Diya bencikan Zahil

Di saat hati Diya mulai merasai detik sentuhan kehangatan rasa cinta kan Zahil yang selama ini dingin membeku, sesuatu berlaku telah membongkarkan rahsia yang Zahil simpan selama ini. Ternyata jangkaan Zahil tepat sekali. Saat itu telah mencetus amarah kebencian Diya yang tiada penghujungnya. Tiada kemaafan untuk Zahil. Noktah!

“Saya harap, saya benar-benar kalis cinta. Saya tak mahu mencintai awak. Saya terlalu ingin membenci awak. Andai masa dapat diundur, saya nak perkahwinan ini tak pernah terjadi supaya saya tak akan pernah memberi hati pada awak.” ~ Diya.

Pada Diya (Azar Azmi), Zahil Hariz (Fattah Amin) hadir mengubat luka silamnya namun kemudiannya merobek pula luka yang lebih dalam. Hancur luluh hati Zahil apabila bahagia yang mereka bina musnah kerana kedegilan Diya. Zahil tiada upaya untuk mengubah masa silam Diya sebagaimana dia tidak berdaya mengubah hubungan cinta mereka yang cukup rumit.

“Allah memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah hanya anugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Allah telah berikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Dan awak, Adelia Dayana adalah cinta saya.” ~ Zahil.

Sinopsis Cetera Hati Diya TV3

Memberi kasih pada yang tidak mahu menghargai, sakitnya bagaikan patah hati. Hakikatnya, Zahil tak pernah meragui hati Diya. Namun apabila ada insan lain yang mampu buat Diya mengukir senyuman, Zahil beralah dengan memberi hak kepada Diya untuk membuat pilihan, perceraian atau kemaafan? Siapakah pilihan Diya?

Penuh konflik kannn…? Macam serabut tapi setiap scene bergerak pantas! Itu laaa naskah dari Raja Mukhriz yang korang rasa tak mo beranjak menghayati setiap episode. Dan lagi korang tentu tak mo lepaskan peluang tonton lakonan hebat Azar Azmi dan Fattah Amin kannn…? Mengaku jer laaa… HEhee..  Pelakon lain semua tak kurang hebat juga.

JUDUL : CETERA HATI DIYA

DURASI : 15 episod X 60 minit
TARIKH TAYANGAN : 17 Jun – 10 Julai 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Raja Mukhriz
PRODUKSI : Wiranusa Corporation Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Azar Azmi, Zila Bakarin, Azrel Ismail, Faye Kusairi, Raja Hakim, Asha Zainul, Melanie Tan, Mak Jah

WATAK PELAKON

Fattah Amin sebagai Zahil Hariz
Azar Azmi sebagai Diya (Adelia Dayana)
Azrel Ismail sebagai Zakuan
Faye Kusairi sebagai Kamelia
Raja Hakim sebagai Syamil
Asha Zainul sebagai Maira

Sinopsis CETERA HATI DIYA TV3 SAMARINDA

Related posts:

Vanilla Muffin with Kismis
Nasi Goreng Ayam Leftover buat Bekal Sekolah.
Ahaa..!! Mudah nya Detox dengan Surya ACV
Resipi Butter Cake & Cream Icing paling mudah dan sedap!
Lifestyle Review Tips Azar AzmiCETERA HATI DIYADrama sangatFattah AminFull SinopsisIsteri Aku Kalis CintaSamarinda TV3SinopsisTV3

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. best essay writing service says:
    June 21, 2019 at 1:34 pm

    I must show some thanks to the writer for bailing me out of this type of circumstance. Right after researching throughout the world wide web and obtaining principles that were not pleasant, I believed my life was done. Existing without the presence of answers to the issues you’ve resolved all through your good guide is a critical case, as well as the kind that would have adversely affected my career if I had not come across your web site. Your knowledge and kindness in taking care of the whole lot was helpful. I am not sure what I would have done if I hadn’t encountered such a stuff like this. I can also at this moment relish my future. Thanks a lot very much for this professional and result oriented help. I won’t think twice to suggest your blog to anybody who should receive guidelines about this area

    Reply
  2. Pingback: Sinopsis Drama MIMPI SABRINA TV3
  3. Pingback: Sinopsis BULAN DI KOTA LANGIT satukan Risteena dan Isa Khan -

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes