As’salamualaikum dan Salam Sejahtera … Cuti sekolah telah bermula. Apa aktiviti anda bersama anak-anak seminggu ini? Jika belum ada plan nak bawa anak-anak bercuti boleh lah bawa anak-anak pulang ke kampung halaman. Maklumlah, time sekarang baru nak book hotel atau flight kemana-mana pasti nya dah fully book ataupun harganya sangat lah mahal. (kalau mampu on ajer laaa…) Resipi Donut Lembut Mudah
Ataupun, pulang ke kampung halaman …… Pasti bestkan buat yang ada kampung halaman? Sekurangnya, ada juga tempat yang nak dituju >>>>
Macam Nina, kampung pun dah tak der so untuk hari ini Nina bersama anak-anak menghabiskan masa bersama didapur sambil buat donut bersama..
Jom kita bermain tepung dan main tekap-tekap doh. Gerenti anak-anak suka 🙂
Ok, moh ler kita tengok resepinya~~
Resipi Donut Lembut Mudah
Resipi : Nina Mirza
500g tepung gandum (4 cawan tepung gandum)
1 peket mauripan 11g
200ml air suam
secubit garam – Nina letak 3/4 sdt
1 biji telur kuning telur
50g mentega (dalam 2 sudu besar)
1 sdb shortening ( takde boleh jer abaikan)
2sdb susu pekat
2 sdb gula pasir..nak letak lebih pun boleh..
sebijik kentang saiz comel di rebus dan dilenyekk.. (penting ni tau, wajib ada!)
Cara penyediannya
1- Air suam, gula dicampur ngan yis dlm bekas atau jug . Kacau rata dan dibiarkan seketika hingga yis berbuih
2- Dalam mangkuk lain, tepung gandum, kentang, susu pekat, shortening, mentega gaul sebati dengan tangan hingga kesemuanya rata. Ketepikan
3- Apabila yis dah berbuih, masukkan 1/2 adunan tepung tadi bersama telur dan garam. Gaul rata.
4- kemudian masukkan 1/2 lagi adunan tepung tadi. Gaul sebati sampai doh tidak melekat ditangan. Kalau lembik tambahkan sikit tepung.
5- Biarkan seketika (lebih kurang 1/2 jam++) sehingga doh naik sekali ganda.
6- Apabila doh dah naik, bolehlah buat bulat-bulat atau canai adunan tersebut dan terap menggunakan terap donut. Kot takde penerap, bulat laa bulat-bulat pastu tekan sikit. nanti lubangnya pakai chopstik atau jari pun boleh.
(Time ni, perlu menggunakan agak banyak tepung gandum agar adunan tak lekat kat tangan, roll dan penerap.) Biarkan ianya naik lagi. Lebih kurang dalam 15-20minit. Doh yang ringan dah boleh digoreng.
7- Goreng dengan api yang perlahan ke sederhana hingga bertukar warna keemasan. Balik-balik sentiasa supaya cantik serata warnanya. Toskan
8- Kemudian, bolehlah disalut dengan gula icing atau gula halus. Jangan gula batu sudah lah yea….
9- Sedia dihidangkan
ppsstt >>> adunan nie dapat banyak sangat (lebih 35 biji ++) kalau guna terap yang comel tuu. So apa lagi, pepandai laaa pass kat jiran sebelah. Takkan tu pun nak bilang iyer tak? HEhee
Tapi sebab dia lembut sampai besok, boleh korang simpan dalam bekas kedap, besok makan lagi sampai licin.
Atau . . . separuh adunan tu korang buat bulat-bulat, pas goreng belah tengah, sumbat timun, salad sikit dan sambal.
Tadaaaaa > > > > Burger Malaysia in da house!
Selamat mencuba!
Buat yang bertanya ; Inilah acuan donut atau doughnut cutter yang Nina gunakan untuk terap donut ni…
teringin juga nak mendonat..gebu akak tgk donut ni..
Kak Rohah,
ayuh buat donut kak… Jom kita menggebuskan diri
hehehe . . .
gebu jer donut tu…