Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi Mee Goreng Mamak Sedap
November 14, 2014March 23, 2023

“Aney, mee goreng mamak satu” : Ini resepi rahsia mee goreng mamak

Resipi Mee Goreng Mamak ni sebenarnya tak susah pun nak masak. Aney tu masak kelentang kelentung kejap dah siap. Bahan rahsia dia mesti letak … nak tahu? Baca sampai habis!

Isi Kandungan hide
1 RESIPI MEE GORENG MAMAK
2 Related posts:
3 Kuey Teow Goreng Bodo Paling senang sedap!
4 Tahu tak? Fakta khasiat BAYAM BRAZIL
5 Sinopsis Drama DEMI RINDUMU Astro lakonan Janna Nick dan Sean Lee
6 Resipi Biskut Raya Mudah Wajib Cuba! Samperit Susu

“Aney, mee goreng mamak satu!”
“Wokey siap!”
Antara dialog yang biasa kita dengar kat mana-mana restoran mamak,  kedai makan mamak ataupun gerai mamak tepi jalan. Mostly pagi mereka menyediakan menu roti canai dan tengahhari nasi beriani bersama lauk pauk dan menu untuk petang ke malam selalunya adalah menu bergoreng yang simple.
Menu bergoreng yang menjadi tumpuan adalah mee goreng mamak!

Kenapa femes sungguh mee goreng mamak nie?
Kenapa ehh…… Sedap ker?

Sedangkan mee goreng mamak adalah satu menu yang amat simple. Bahan yang digunakan pun sikit dan ringkas. Bahan utama yang ada tentulah mee kuning, tauhu goreng, cucur udang, buah tomato dan sedikit rempah kari. Gabungan bahan-bahan ini membuatkan mee goreng ini punya rasanya yang tersendiri.

resepi Mee Goreng Mamak

Kalau tanya Nina kat mana mee goreng mamak yang sedap….
Masa Nina kerja dolu-dolu kat area Jalan Raja Laut sekitar Masjid India ada satu kedai mamak kecik kat Bangunan Selangor Mansion. Dalam sebuah kedai terdapat 2 owner. Sebelah kanan Boss lain dan sebelah kiri (dalam kedai yang sama) ada Boss yang lain.

Yang bagusnya, walaupun mereka ini berlainan Boss dalam sebuah kedai, mereka juga menyediakan menu yang sama. Masing-masing ada menyediakan roti canai, roti telur, nasi goreng, bihun goreng yg sangat banyak (1portion boleh share makan 2 orang) dan juga mee goreng mamak!

Kalau pagi-pagi kedai mereka penuh. (kedai mereka tak besar mana pun) dan selalunya pelanggan akan makan roti canai dan teh tarik. Lepas makan terus ke pejabat. Jarang sekali mereka lepak makan lama-lama…. Tak der Wi-Fi kot.. hehee… Lagipun, kalau makan lama-lama pelanggan lain yang dok tunggu Q nak duduk suremata dok  tenung dengan jelingan sipi jer nanti….

Nina dan kengkawan namakan kedai tuu Kedai Ganesh. (bukan nama sebenar kedai tu pun… memandai ajer Nina nie kannn?) Sekarang nie kekadang time weekend, MyGang akan bawak Nina dan anak-anak pekena mee goreng atau bihun goreng yang banyak tuu ataupun Nasi goreng. Maklum lah, sekali sekala tuu teragak juga nak makan menu kegemaran yang selalu Nina makan time muda remaja~
Sambil tuu boleh ceritera kat anak-anak lokasi kegemaran mama abah mereka masa muda dulu! Nostalgia tuuu~ Hehehe . . . . Sampai sekarang pun, pekerja kat kedai tu masih kenal Nina walaupun dan hampir 10 tahun Nina tak makan kat sana… Hhrrmm….. Muka Nina tak berubah kot~ :p

Di sini Nina sharekan Mee Goreng Mamak style Nina dari apa yang Nina jeling-jeling perhatikan sepanjang mamak tu masak sambil ketuk-ketuk kuali mereka. Walaupun mamak tu goreng untuk sebungkus, Nina gandakan sukatan ke sepaket mee kuning.


Resultnya >>>>>  anak Nina no.2 Eilman comment
“mama, kenapa Mee Goreng mama cantik jerr, tak macam mee goreng kat kedai mamak tuu? Mama kata ini mee goreng mamak!”
“Hah! Kenapa?”
“Nie tauhu nampak cantik jerr, selalukan dah pecah-pecah…”

“ Oooo….. itu sebab mama tak ketuk-ketuk kuali kuat-kuat macam mamak tuu masak, kasi hancurkan tauhu” hehehe .. . .Lepas nie, jawabnya kena ketuk kelentang kelentung kuali kat rumah kasi hancur tauhu… Hhrrmm…. Bebudak sekarang pun layak jadi panel juri masakan sebab mereka luahkan comment yang jujur.

Resipi Mee Goreng Mamak

Amacam… Ada macam kat kedai mamak tak?

RESIPI MEE GORENG MAMAK

Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
1 paket Mee Kuning
1 biji bawang besar – hiris halus
4 ulas bawang putih – ketuk dan hiris halus
2 sudu besar cili sambal yang sedia siap dimasak – suka pedas letak lah lebih
10 sudu besar kicap cair – Nina gantikan kicap lemak manis
3 sudu besar sos tiram – **Nina tambah sebab Nina tak letak garam
1 sudu besar serbuk kari
2 biji tomato – dibelah empat
2 keping tauhu – digoreng dahulu dan kemudian dihiris nipis
3 keping cucur udang – dipotong 6 **Nina tak letak
2 batang sayur sawi – dipotong anggaran 2 ½ inch
2 cawan taugeh – dibuang ekor, dicuci bersih dan ditoskan
2 biji telur
2 fish cake – dihiris nipis **Nina tambah
1 cawan udang laut bersize kecik– dibuang kulit ** Nina tambah
Minyak untuk menumis
Untuk hiasan
-. Hirisan timun
-. Limau kasturi dibelah dua
-. Bawang goreng **Nina tak letak

Cara penyediannya
1-. Panaskan kuali dan masukan minyak untuk menumis
2-. Tumis bawang besar, bawang putih hingga berbau wangi
3-. Kemudian masukkan – sambal cili ready made, kicap lemak manis, sos tiram, serbuk kari, tauhu, cucur udang, fish cake dan udang. Gaul sebati hingga masak.
4-. Selepas itu, masukkan mee kuning dan sawi, gaul rata beberapa minit hingga mee dan sawi masak sebati bersama rencah tadi.
5-. Ketepikan semua di keliling kuali yang sama dan pecahkan telur kat ruang di tengah-tengah kuali. Biarkan seketika dan kacau rata kesemuanya.
6-. Masukkan tomato dan taugeh. Kacau rata hingga masak.
7-. Tutup api dan sedia dihidangkan bersama bahan hiasan – hirisan timun, limau kasturi dan bawang goreng.

“ Adek maniss, mee goreng mamak siap!” hehee…

Resipi Mee Goreng Mamak : Ini rahsia nya kena letak

Mee Goreng Mamak ni sebenarnya tak susah pun nak masak. Aney tu masak kelentang kelentung kejap dah siap. Bahan resipi rahsia dia mesti letak sambal roti canai . Perasan tak? HEhee.. Entah ya ke tidak Allahualam.. Selesa tekak memasing kann tak sama. Sedap tu subjektif. Jangan gado-gado ehh.. Pi tanya mamak yang masak korang punya. 

Resepi Nasi Goreng mamak Style

Ini versi nasi goreng mamak style lak! Ya ampun… Tengah puasa ni, terus terliur tengok gambar sendiri. HAhaa ongok laa Nina!

Related posts:

Kuey Teow Goreng Bodo Paling senang sedap!

Tahu tak? Fakta khasiat BAYAM BRAZIL

Sinopsis Drama DEMI RINDUMU Astro lakonan Janna Nick dan Sean Lee

Resipi Biskut Raya Mudah Wajib Cuba! Samperit Susu

Lifestyle Resepi MeeMee Goreng Mamakmenu minum petangresepi mudahresepi ringkasresipi

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (0)

  1. Nur Razali says:
    November 14, 2014 at 12:52 pm

    dialog tu mmg biasa dgr nina..hehehe nur pun suke mee goreng mamak ni, alang2 da ade resipi ni boleh je try msk sndiri kt umah ek jimat pun jimat kan…

    Reply
  2. Nina Mirza says:
    November 14, 2014 at 1:09 pm

    aahh…. Nur, masak sendiri lagi jimat dan puas hati boleh letak rencah banyak-banyak!

    Reply
  3. adda syuhada says:
    November 14, 2014 at 1:38 pm

    Tengok yg terhidang pun dah tahu sedapnya… kalau dpt sepinggan pun jadilah:)

    Reply
  4. nadiah hanum says:
    November 14, 2014 at 2:20 pm

    Simple jer nak buatnya kan? Goreng sendiri lagi puas ati…;) salam kenal dari blog http://nadiah245.blogspot.com

    Reply
  5. Papaglamz says:
    November 14, 2014 at 3:38 pm

    Sedaaappp….!!!!!
    Faberet bujang2 dulu..

    Reply
  6. Amanina says:
    November 14, 2014 at 5:51 pm

    Sedapnyaaaa, Favourite mak saya, tapi kitorg selalu makan mee goreng mamak kat food court tesco hehe

    Reply
  7. Eny Abdullah says:
    November 15, 2014 at 11:18 am

    Wowwww ini ane cas berapa sepinggan!!!ada delivery ke? hehehe

    Reply
  8. Nur Razali says:
    November 15, 2014 at 7:26 pm

    btul2..lagi sdp kot hehehehe

    Reply
  9. Nina Mirza says:
    November 18, 2014 at 5:41 pm

    Eny, delivery tak der …..
    kalau nak kena mari rumah! hehee . . . . .

    Reply
  10. Nina Mirza says:
    November 18, 2014 at 5:42 pm

    Amanina,
    pasni try goreng sendiri pasti mak u sukaaaa~~~ lalalaalaaaa

    Reply
  11. Nina Mirza says:
    November 18, 2014 at 5:45 pm

    Papaglamz,
    masa bujang jerr eh suka makan mee goreng mamak?? sekarang nie mesti sudah tukar mee goreng mama aka wifey~ hehehe , , . .

    Reply
  12. Nina Mirza says:
    November 18, 2014 at 5:51 pm

    Nadiah Hanum,
    goreng sendiri boleh makan banyak-banyakkkk!! hehehe ….
    Salam perkenalan juga dari Nina 😉

    Reply
  13. Nina Mirza says:
    November 18, 2014 at 5:56 pm

    Adda,
    buleh buleh ….. nxt round Nina masak Adda singgah rumah ehh….. 😉

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes