Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Biskut Cornflakes madu Crispy Rangup Sukatan cawan
June 3, 2019April 25, 2021

Resipi CornFlakes Madu Crispy Rangup by TheMirza.05

Apa biskut Raya kegemaran anak-anak korang? Resipi Cornflakes Madu Crispy Rangup sukatan cawan

Isi Kandungan hide
1 Resipi Cornflakes Madu Crispy Rangup by themirza.05
2 Related posts:
3 Haishhh ... Betul ke Steamboat dan Seafood Lambak sedap kat Ampang BEST Sedap?!
4 Paprik Ayam
5 Resipi Cara Masak Ayam Masak Lemak Hijau
6 Nafkah seorang anak sehingga bila?

Kalau anak-anak Nina depa ni suka sangat Cornflakes Madu Crispy. Dah tahun ke-2 depa ni buat sendiri biskut raya kegemaran depa. Senang keje mak! hahaa…

Nak buat pun senang sangat. Rasanya ramai dah sedia maklum resipi nya kannn? Ker ada yang masih tercari -cari…Resipi Cornflakes Madu Crispy Rangup sukatan cawan

Meh nina share cara Nina. Tiap orang ada cara memasing, ada yang tak payah bakar tapi Nina suka yang bakar sikit ni sebab lebih lama tahan kerangupan nya.

Resipi Cornflakes Madu Crispy Rangup by themirza.05

Bahan A
½ cawan mentega
¼ cawan gula – Nina pakai brown sugar
½ cawan susu pekat manis
¾ cawan madu

Bahan B
500 gm bijirin Cornflakes
1 cawan kismis
1 cawan kuaci / badam cincang – ikut suka nak letak ke tak

Hiasan
Cup kecik
Ceri merah hijau kalau nak atau bijan ker, manik² ker – nina tak letak, anak-anak tak suka.

Cara penyediaannya
1. Masukkan bahan A dalam kuali, panaskan, sehingga mentega gula cair. Setelah cair, tutup api. Tunggu kejap dalam 2 minit. Dah suam sikit.
2. Masukkan bahan B. Gaul rata kesemuanya. Sudukan dalam cup kecik.
3. Bakar pada suhu 170c selama 10-15 minit. Dah sejuk susun dalam bekas kedap udara.

Senang jer kannnn?
Ini antara aktiviti cuti sekolah anak-anak Nina tiap kali menjelang Raya.

Biskut Cornflakes madu Crispy Rangup Sukatan cawan


Memasing ada tugasnya.
Kakak akan sukat dan masak adunan
Eilman dan Yana masukkan cornflakes dalam cup
Mama tukang bakar
Yana dia susun dalam bekas. Orangnya perfectionist maka part menyusun ni memang favorite dia. Susun ni pun perlukan tahap kesabaran tertinggi. Satu persatu kan?
Baby Eicha buat ma ni tukang tengok jer…
Dan…

Lagi sorang dak Eilhan ni tukang sibuk. Dok bertanya non stop bila siap, bila leh makan, bila buka puasa… Lama lagi ke bakar tu.. Dah masuk dalam cup ni kenapa tak boleh makan terus, kenapa kena bakar dulu. Lambat laaaa… Betapa banyak dia punya soalan. Tau tau aje nanti hilang sebalang dia baqak lari. Cop dia punya! Hahaa

Okies.. Aktiviti bersama anak-anak lagi enjoy dan ni pun akan jadi kenangan buat mereka.

Salam Aidilfitri Maaf zahir batin,
Nina Mirza

Related posts:

Haishhh ... Betul ke Steamboat dan Seafood Lambak sedap kat Ampang BEST Sedap?!

Paprik Ayam

Resipi Cara Masak Ayam Masak Lemak Hijau

Nafkah seorang anak sehingga bila?

Lifestyle Resepi Aktiviti bijak bersama anak-anakAktiviti Cuti SekolahBiskut Rayacornflakes madu crispycornflakes madu rangupInfo - Parentingresipi mudahresipi ringkassukatan cawan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (7)

  1. syadiya says:
    June 3, 2019 at 9:30 pm

    apeni apeni sedapnyaaa T^T huhu

    btw macammana nak follow blog sis eh ?

    https://sayesyadiya.blogspot.com

    Reply
  2. mark coblin says:
    May 18, 2020 at 6:44 pm

    Looks really delicious and obviously I’ll try at home thanks for share it.

    Reply
  3. Pingback: Dah kenapa sedap sangat Biskut Milo ChaKiss ni.. ? Viral dahh -
  4. liza says:
    June 24, 2020 at 5:11 am

    Wow, looking so much delicious with great ideas of having food but overall thanks for sharing this great ideas and thoughts.

    Reply
  5. Coblin says:
    September 30, 2020 at 10:59 pm

    It’s so delicious & yummy I try at home. thanks for sharing.

    Reply
  6. japanese taste discount code says:
    June 6, 2024 at 6:55 pm

    .Its look delicious and yummy.Really appreciate you sharing this post.Thank you

    Reply
  7. Lisaboltonphotos says:
    March 12, 2025 at 3:44 am

    Thats Great Article! Its very Informative and useful information for here.Thanks for sharing this post.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes