Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

May 31, 2019May 31, 2019

Suka laaaa SURYA S GREAT GRAIN ni sebab …

Tu ari Nina ada share pasal menu sahur sedap cepat ringkas yang mengenyangkan kannn… Sepanjang bulan Ramadhan tahun ni, Nina jarang bersahur dengan menu yang berat-berat. Kalau dulu, nasi tak pernah tinggal, wajib makan… Tu pasal laa dulu montel comey. Eh! Salahkan nasik lak. Sendiri makan tak hinggat. HAhaa Surya S Great Grain Bijirin Sarapan Ringkas Mudah Sedap

Isi Kandungan hide
1 Kenapa Nina pilih S Great Grain sebagai menu sahur
1.1 Halal
1.2 Kombinasi 18 jenis bijirin
1.3 5 bahan istimewa
2 Cara penyediaan Surya S Great Grain
2.1 Sedap ke?
2.1.1 Harga Surya S Great Grain Hanya RM39.90 ( 15 sachet)
2.1.2 Facebook : https://www.facebook.com/Surya.malaysia Instagram : https://www.instagram.com/surya.malaysia E-Commerce Shopee :
2.1.3 Surya S Great Grain Bijirin Sarapan Ringkas Mudah Sedap
3 Related posts:
4 APA ITU SUMAC ? Betul ke bagus untuk kesihatan. Ketahui kelebihan kebaikan manfaat nya
5 Puashati seyhhh buat facial treatment di SKIN VALET BANGI
6 Bubur lambuk pre-Ramadhan yang simple dan mudah. ..
7 APA MENU BEST JUADAH HARI RAYA SIMPLE OPEN HOUSE?

Tahun ni Nina try menu sahur yang cepat ringkas ala bijirin yang mengenyangkan dari S Great Grain. Memula dulu macam tak yakin ianya akan mengenyangkan, yelah … Bijirin jer kot? Boleh tahan ker perut ni berpuasa nanti?

Puasa pun bakal meninggalkan kita, dan sepanjang puasa ni Nina kerap bersahur dengan S Great Grain . Alhamdulillah … Memang tak sangka ianya berkesan! Suka laaa…!!

Surya S Great Grain Menu Sahur kenyang lama

Meh  Nina nak share kenapa Nina sukakan S Great Grain ni dan apa keistimewaannya.

Kenapa Nina pilih S Great Grain sebagai menu sahur

Rasa kenyang lebih lama berbanding bijirin biasa. Tak rasa lapar pun masa Nina ambik S Great Grain ni untuk sahur.

Dalam sepeket Surya S Great Grain ni ada lebih dari 18 jenis bijirin. Maka ianya lebih berkhasiat , mudah disediakan, cepat dan korang akan rasa kenyang lebih lama dari bijirin biasa.

Korang yang sibuk nak berdiet tu sesuai laaa minum Surya S Great Grain untuk sahur nanti. Ia mengandungi nutrien, protein yang tinggi dan sumber serat diet yang baik untuk kesihatan dan membantu mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari!

Halal

Surya S Great Grain ni dijamin HALAL oleh JAKIM. Wajibnya kita pun mencari yang Halal iyer tak?

Kombinasi 18 jenis bijirin

Ianya mengandungi 18 jenis bijirin iatu Beras Merah, Kacang Merah , Kacang Hijau, Benih Coix, Biji Bunga Teratai, Biji Rami, Beras Perang, Jagung, Kacang Soya, Gandum, Sekoi, Bijan Hitam, Kacang Walnut, Kernel Aprikot, Kacang Hitam, Benih Chia dan Berat Pulut. Banyak kann..??

18 jenis bijirin yang ada dalam Surya S Great Grain ni menggalakkan kesihatan system pencernaan dan dapat sekaligus membantu pengurusan berat badan cara sihat dan juga mengawal keseimbangan glukosa darah.

5 bahan istimewa

Manakala tambahan 5 jenis bahan istimewa iatu terdiri daripada Habbatus Sauda, Zaitun, Delima, Buah Tin dan Madu ini menjadi sumber antioksidan yang baik dan dapat meningkatkan imuniti, melindungi kesihatan jantung dan juga baik untuk kesihatan kulit!

1- Buah Ara adalah sumber antioksidan vitamin A dan K yang baik untuk kesihatan. Selain antioksidan, buah ara juga mengandungi protein, vitamin B, C, dan D, zat besi, kalsium, kalium, fostur dan mineral lainnya. Ia juga merupakan makanan bergizi yang bagus untuk kanak-kanak, wanita hamil dan orang yang sakit.

2- Buah delima adalah buah yang popular dikenali sebagai sumber antioksidan yang baik. Buah delima mempunyai vitamin C, B, dan K, mahnesium, kalsium, zink, zat besi dan fosfurus dan juga serat tinggi. Kandungan lemak dan kolesterol dalam buah ini sangat sedikit oleh itu bagus untuk individu yang ingin menjaga kesihatan jantung dan mengawal berat badan.

3- Chia Seed merupakan sumber asli untuk asid lemak Omega-3, serat, antioksidan, besi dan kalsium. Dalam satu sudu besar hidangan chia seed mengandungi sebanyak 5.6g protein! Bagus kannn…

4- Habatus Sauda merupakan bahan yang penuh dengan pelbagai kebaikkan. Ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti Vitamin B, E, zat besi, kalsium, zink, magnesium dan juga kaya dengan antioksidan. Membantu mengelakkan sembelit, dan masalah penghadaman, menstabilkan teanan darah, menguatkan sistem badan, menggalakkan penghasilan susu ibu dan juga anti penuaan.

Surya S Great Grain Bijirin Sarapan Ringkas Mudah Sedap

5- Madu merupakan satu-satunya makanan yang mengandungi semua zat yang diperlukan oleh badan kita untuk hidup, seperti enzim, pelbagai vitamin dan mineral dan air dan juga pinocembrin-antioksidan yang boleh meningkatkan fungsi otak.

Nampak … Betapa banyaknya keistimewaan bahan yang ada dalam S Great Grain ni kannn..? Kandungan Multi-Bijirin yang ada dalam Surya S Great Grain ni adalah pilihan terbaik untuk sekeluarga.

Cara penyediaan Surya S Great Grain

Senang sangat! Satu sachet ni buh dalam mug pastu tuang air panas dan kacau hingga larut dan sedia di minum. Berwarna pink belacan gitu. Bukan rasa belacan . hAhaa

Sedap ke?

Nina dah rasa! Tekstur dia ala-ala smoothie lembut berkrim , rasa lak macam ais krim potong singgit kacang merah. Tak muak, tak manis , Tak de rasa bijirin sangat pun dan lepas minum memang terasa kenyang.

Kalau korang suka sejuk, letak laaa beberapa ketul ais. Tentu lagi sedapppp..!! Macam Nina memang tak gemar air sejuk maka citarasa panas pilihan Nina.

Surya S Great Grain Bijirin Sarapan Ringkas Mudah Sedap

Harga Surya S Great Grain
Hanya RM39.90 ( 15 sachet)

Dan korang boleh dapatkannya di memana cawangan Watsons seluruh Malaysia.

Kot korang nak info lebih lanjut korang pi kat

Facebook : https://www.facebook.com/Surya.malaysia
Instagram : https://www.instagram.com/surya.malaysia
E-Commerce Shopee :
Surya S Great Grain Bijirin Sarapan Ringkas Mudah Sedap

Buat yang acah-acah diet tu , try laaa bijirin Surya S Great Grain ni. Pasni Nina bersarapan dengan S Great Grain ni lak… Mana lah tahu, pasni berat badan kekal diparas BMI.  Dok makan sokmo Raya nanti risau weyhhh kot badan kembang bak belon. HAHaa… Jommm sesama try kita  mulakan dengan Surya S Great Grain , Bijirin Sarapan yang ringkas mudah sedap ni..

Selamat menyambut Aidilfitri dan jaga diri, jaga kesihatan!

Related posts:

APA ITU SUMAC ? Betul ke bagus untuk kesihatan. Ketahui kelebihan kebaikan manfaat nya

Puashati seyhhh buat facial treatment di SKIN VALET BANGI

Bubur lambuk pre-Ramadhan yang simple dan mudah. ..

APA MENU BEST JUADAH HARI RAYA SIMPLE OPEN HOUSE?

Lifestyle Review Tips Bijirinbreakfastjaga kesihatanMenu Ringkasmenu sahurmenu sahur ringkas mudahnak kurusSarapanSurya MalaysiaSurya S Great GrainTips kecantikanWatsons

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (29)

  1. Rawlins GLAM says:
    May 31, 2019 at 11:41 am

    Since Rawlins nak teruskan makan oatmeal dan grain selepas ramadhan, Rawlins nak try gak Surya nie kelak.
    Doakan mudahan keazaman untuk kurus berjaya ye.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      June 2, 2019 at 4:31 am

      Wah…. Moga tercapai impian Rawlins hendaknya. Aamiin

      Reply
  2. Lily Shah says:
    May 31, 2019 at 1:00 pm

    Aikk.. terkejut plak tengok harga… ingatkan mahal.. but sangat affordable! boleh consider ni!

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      June 2, 2019 at 4:30 am

      Yup harga berpatutan dan berbaloi sebab bahannya lebih banyak manfaat. Orang diet sesuai sangat

      Reply
  3. Irene says:
    May 31, 2019 at 2:00 pm

    Wah! Nampak sedap. Cute juga dengan warna pink. Selamat berpuasa and Selamat Hari Raya Aidilfitri.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      June 2, 2019 at 4:29 am

      Yup sedap! Should try..

      Reply
  4. Mama Kembar Tiga says:
    May 31, 2019 at 2:33 pm

    Agaknya kalau sejukkan jadi aiskrim potong boleh tak eh? Mesti sedap kan

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      June 2, 2019 at 4:29 am

      Perghhh…. Tak terfikir lak. Tentu lagi sedap! Nak try laaaa nanti. Thanks sharing idea

      Reply
  5. naimttbc says:
    May 31, 2019 at 3:19 pm

    Madu dan Habbatus Sauda makanan sunnah . Ia sangat baik untuk kesihatan kita. Selamat menjalani ibadah puasa

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      June 2, 2019 at 4:28 am

      Alhamdulillah, bahan terbaik ada kat dalam S Great Grain ni… Salam Ramadhan

      Reply
  6. Mohd Zarin says:
    May 31, 2019 at 3:20 pm

    Semua makanan yang tinggi serat memang bagus diambil ketika sahur sebab makan berserat tinggi bagi kita lambat lapar dan tenaga disepanjang hari kita berpuasa. Terima kasih, nanti saya cuba produk ni

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      June 2, 2019 at 4:27 am

      Sama² kembali… Kita sekadar sharing benda baik dan bagus. Manalah tahu kot perkongsian ini membantu kengkwan lain yang sesama nak try diet. Hehee

      Reply
  7. Cik puan Ena says:
    May 31, 2019 at 10:08 pm

    Banyak jugak ada 18jenis kandungan bahan. Semuanya banyak khasiat untuk badan. Bulan puasa ni memang kena makan benda yang memberi tenaga. Normally air bijirin bersusu saje kan. Ni perisa lain ye. Mesti sedap.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      June 2, 2019 at 4:25 am

      Aah… Rasa dia lain dari yang lain. Should try!

      Reply
  8. Mahamahu says:
    June 1, 2019 at 12:11 am

    Air tu warna pink hehehe mesti sedap dan juga menyelerakan best lah kalau dapat boleh berdiet untuk kita ni hehehe sebab banyak bahan semulajadi kat dalam campuran ni bagus untuk dalaman….

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      June 2, 2019 at 4:25 am

      Yup, InsyaAllah bagus untuk yang sedang berdiet. Mengenyangkan so idok lerrr dok makan heavy pas ambik ni

      Reply
  9. Li Chuen says:
    June 1, 2019 at 1:47 am

    Biasanya saya x suka sangat minuman bijiran ni sebab cepat rasa muak. Tapi kandungan ini lain sikit ada buah ara dan buah delima yang produk lain x de…macam sedap je..mungkin boleh cuba lain kali..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      June 2, 2019 at 4:23 am

      Yup, yang ni lain dari yang lain. Should try!

      Reply
  10. Hanny Abdullah says:
    June 1, 2019 at 2:17 am

    Packaging nampak menarik, buat siap yg tengok mesti nak cuba. Sis pun masa bersahur ni memang dah kurang ambik nasi, memang minum susu kurma aje. Kenyang pun kenyang. Tapi boleh le cuba yang ni jugak..tukar-tukar rasa sesekali tak salah kan..:D

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      June 2, 2019 at 4:22 am

      Kannn.. Sesekali tukar selera lain lak. Pasni Nina nak jadikan amalan sarapan pagi

      Reply
  11. Eiza GreenAppleKu says:
    June 1, 2019 at 9:35 am

    Minuman bijirin buat minum ketika bersahur memang tahan sampai berbuka nanti. Eiza pun amalkan minum bijirin je. Tapi nestum je. Nanti bolehlah cuba produk ni pula sebab harga taklah mahal dan ada pelbagai manfaat.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      June 2, 2019 at 4:21 am

      Nanti try laaa eh.. Sesekali tukar-tukar bijirin lain lak. Pelbagaikan menu harian

      Reply
  12. Bonde Zaidalifah says:
    June 1, 2019 at 9:44 am

    Kak Nina nampak cantik sangat rupa inilah rahsianya! minum surya s great grain rupanya nak trylah nanti

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      June 2, 2019 at 4:20 am

      Bukan lagi rahsia. Hehee… Try laaaa bonde, sedap!

      Reply
  13. ayu rafikah says:
    June 1, 2019 at 10:01 pm

    kaya dengan khasiat dan mengenyangkan. memang pakej terbaik untuk kita terus amalkan gaya hidup yang sihat. suka tengok nina ..makin langsing dan cantik

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      June 2, 2019 at 4:19 am

      Faktor usia gini kena displin diri jaga pemakanan. Kadang tu kelaut gak semua pun bedal. HAhaa…
      Alahai Ayu, time langsing jer baru berani kuar rumah, time montel nyorok dok diam² . Hehee

      Reply
  14. Julia Mahir says:
    June 3, 2019 at 12:34 am

    Wahh kalau ambik ni je dah boleh kenyang & tahan, boleh kurus la xyah makan nasi sahur. Senang juga utk org yg malas nak prepare macam macam ni.

    Reply
  15. Zharif Azis says:
    June 3, 2019 at 10:27 am

    wahhh kombinasi 18 bijirin. semua bijirin sihat2 pulak tu. no wonderlah ianya bagus dijadikan sebagai menu untuk sahur sebab mampu membekalkan tenaga sepanjang hari. okay nk kena beli nie

    Reply
  16. AlongMurni says:
    June 13, 2019 at 1:29 am

    Bestnya boleh bersahur dgn suraya s great grain… Ada pelbagai khasiat n kelebihan rupanya.. AM berminat nak mencuba juga nnti..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes