Tengah buat apa tu..?
Masih dok tercari-cari resipi Biskut Raya ker? Kebiasaannya hujung Ramadhan gini laaa waktu Nina baru nak start baking Biskut Raya. Mood Raya sudah mari baru seronok buat biskut. Resipi Biskut Raya Oat Kismis Mudah Sukatan Cawan
Hakikat sebenar, nunggu anak-anak cuti sekolah. Hehee… depa ni yang menaikkan semangat Raya. Dan depa ni gak sebenarnya yang rajin bantu buat cookies. Adunan pertama Nina adun , bakar semua, dan seterusnya untuk depa makan, sila buat sendiri. Macam-macam rupa bentuk size ada nanti. HAhaa..
Rumah confirm berkecah, selerah tu normal laa kann..? Ada ker rumah yang ada anak kecik tip top kemas sokmo. Seronok kerr anak-anak terikat terhad gitu? Bagi Nina okey jerr selerak sikit sebab ni laaa aktiviti kegemaran depa adek-beradek. Tak pe… buat laa apa suka, janji dah siap kasi kemas semula opis mama okey..
Memandangkan stok Oat segera banyak kat rumah, kita kasi perabih bikin biskut raya. Resipi ni lebih kurang Biskut Raya Cornflakes Mudah Sukatan Cawan jer.. Kita buat dia kann, kasi adjust ganti Oat dan tambah kismis. Ala-ala healthy cookies gitu. Aci kann? Hehee

Resipi Biskut Raya Oat Kismis
Bahan-bahan
1½ cawan tepung serba guna (kalau guna tepung gandum add
1 sudu kecil bicabonate soda dan
1/2 sudu kecil garam, ayak 2 kali dab jadi tepung serbaguna)
1 cawan mentega yang lembut
¾ cawan gula perang
½ cawan gula pasir
1 biji telur besar
1 sudu kecil vanilla essence
3 cawan oat segera ( Nina pakai quaker oat paket merah)
1 cawan kismis
1 cawan chocolate chips
Cara penyediannya
1. Satukan tepung, bicarbonate soda dan garam kemudian ayakkan ketepikan.
2. Dalam mixer, menggunakan medium speed, pukul mentega dan gula perang & gula pasir hingga kembang.
3. Pastu masukkan telur dan vanilla essence. Perlahankan kelajuan masukkan tepung yang telah dicampur tadi dan gaul hingga sekata saja.
4. Dengan menggunakan sudu , masukkan oats, kismis dan chocolate chips. Gaul rata pakai senduk jer.
5. Cekup adunan pakai sudu dan aturkan adunan dengan jarak 2 inci . Nanti biskut ni kembang sikit.
6. Bakar biskut pada suhu 200c selama 13-15 minit atau sehingga atasnya keperangan.
7. Ulang sampai adunan habis, dan simpan biskut dalam bekas kedap udara. Siap!
Senang jer kann…?
Oat yang ada selain buat overnite oat, korang boleh laa perabih add masuk dalam biskut. Rasa biskut ni lebih kurang biskut Oat yang ada jual kat pasaran. Sesapa yang diet tuu… korang adjust laa kuantiti gula.
Selamat menguukis dan selamat jaga kesihatan.
tq share..nak try la nanti sbb kismis bnyk kt umah ni