Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

April 9, 2018October 14, 2023

Produk Himalaya ada di Constant Pharmacy KIPMall Kota Warisan

Senangnya dah ada dah! Produk Himalaya Constant Pharmacy KIPMall Kota Warisan | Minggu lalu Geng bawak kami jalan-jalan area Sepang. Ada mall baru buka kat sana. Idok lerr baru sangat. Kami jer tak pernah jejak lagi. Hehee . . . Jalan jalan tersinggah di Constant Pharmacy KIPMall Kota Warisan. Seronok ralit dok belek-belek produk favorite Nina – Himalaya brand.

Isi Kandungan hide
1 KIPMall Kota Warisan
2 Ada CONSTANT Pharmacy laaa dalam KIPMall
3 Produk Himalaya ada kat Constant Pharmacy KIPMall Kota Warisan
4 Juru Penasihat Himalaya friendly
5 Pemeriksaan Kesihatan Percuma
6 Solusi liang rambut tersumbat punca rambut gugur, kelemumur
7 Membership Constant
8 Apa yang menarik kat Constant Pharmacy KIPMall
9 Produk Himalaya ada di Constant Pharmacy KIPMall Kota Warisan
10 Related posts:
11 Creamy Mushroom Soup, Garlic Bread
12 5 Tips memilih daging segar. Masak apa sedap?
13 Murah beb! Harga emas kat KEDAI EMAS HAJJAH HALIJAH Sungai Petani Kedah
14 Sinopsis Drama SEADANYA AKU TV3 - Lakonan Zara Zya dan Azlee Khairi

KIPMall Kota Warisan

Datang sini tak susah pun. Walaupun Mall ni agak baru, set jer kat Waze pun terus bawak ke lokasi. Parking pun senang. Banyak! Ground floor dah banyak kedai. Macam-macam ada. Pasaraya dia Econsave. Murah barangan dia. Cuma atas jer ada beberapa kedai belum mula operasi. Food Court pun kat atas. Banyak gak kedai dah bukak.

Ada CONSTANT Pharmacy laaa dalam KIPMall

Masa melangkah longlai menuju masuk dalam KIPMall tu kan.. Eh! Ada farmasi Constant laa… Terus laju jer langkah ni. Amboi..!! Hahaa.. Nina memang makhluk yang suka belek-belek segala bendalah yang ada dalam farmasi. Korang pun tentu ada yang punya tabiat gini kann..?? Sila mengaku.. Hahaa

Rupanya hari tu depa da buat soft launching Constant Pharmacy cawangan KIPMall Kota Warisan. Banyak barangan diskaun yang membuatkan mata Nina terbeliak tak keruan. Harga promosi terlajak hebat! Aduduhhh… 20% laa… 30% laa… Ada tu 70% diskaun. Ayoyoo Amaaa Apaaa sambil tepuk dahi sendiri.

Produk Himalaya ada kat Constant Pharmacy KIPMall Kota Warisan

Ini lagi seronok! Pelbagai rangkaian produk Himalaya ada kat sini. Nina memang pengguna produk Himalaya. Nina consume Shatavari (untuk milk booster), Bonnisan (anak cerewet makan, picky eater) dan beberapa lagi. Bila terlihat adanya special side khas produk Himalaya lagi laaa Nina seronok.

Juru Penasihat Himalaya friendly

Kat sini dah macam butik mini Himalaya. Siap ada juru penasihat. Lagi best depa ni ramah tamah, cekap, friendly lak tu. Setiap persoalan kita di jawab dengan jelas. Depa juga akan mencadangkan apa yang terbaik untuk kita. Nina suka!

Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Kat Himalaya sini korang boleh buat pemeriksaan percuma kulit kepala mahupun kelembapan kulit muka / badan korang. Nina pun apa lagi, dah ada rugi laaa tak check kann..??

Masa juru penasihat tuu check, katanya kebanyakkan masalah utama kebanyakkan orang ialah liang rambut kat kulit kepala tersumbat. Ini lah yang mendorong rambut kita mudah gugur, kelemumur, rapuh, kulit kepala berkeping dan macam-macam lagi masalah lain.

Tengok tu … Rambut jarak-jarak, sehelai rambut dari akar sepatutnya mempunyai 2-3 cabang rambut. Kalau ada sehai jer kira kronik lah tu. Yelah… nan selai tu gugur tak de penggantinya. Lelama botak! Oh tidak… Nehi nehi

Solusi liang rambut tersumbat punca rambut gugur, kelemumur

Produk Himalaya ada di Constant Pharmacy KIPMall Kota Warisan

Untuk permasalahan ni, derang cadangkan Geng pakai Hair Tonic dan beberapa lagi rangkain rambut Himalaya. Budget nya nan hado maka kami cuba Hair Tonic aje dulu. Ada diskaun rugi laaa tak beli kann..?? Maka dengan ini, setiap petang selepas Geng mandi Nina laaa kena sapukan Hair Tonic ni kat kepala Geng. Biarkan semalaman, esok pagi cuci rambut macam biasa. Nanti lagi 3 bulan ker , Geng akan datang kembali check kondisi kulit kepala Geng. Umminani pernah cerita dia dah cuba Protein Shampoo . Berkesan dia kata.

Membership Constant

Himalaya Constant Pharmacy KIPMall Kota Warisan

Masa Nina nak bayar ritu, cashier cakap Nina layak join Constant Farmasi membership. Memula macam terfikir-fikir gak tapi lepas dia cakap tak de kena bayar apa-apa yuran keahlian mahupun tahunan renewal, terus Nina setuju!

Nanti Nina berpeluang nikmati promosi bulanan yang menarik disamping nikmati pemeriksaan kesihatan percuma. Bagus kann…?? Tempat lain dah tentu kena bayar. Mahal lak tu…

Apa yang menarik kat Constant Pharmacy KIPMall

Setahu Nina, Farmasi Constant kat KIPMall ni yang pertama dibuka dalam pusat beli-belah (Mall). Pastu berkonsepkan Lifestyle dan Wellness. Yang terbaru, kat sini juga ada kategori Kosmetik & Sudut Ibu dan Bayi. Korang akan nampak, farmasi sini lebih besar, kemas tersusun dan memudahkan.

Lagi best kat sini berkonsepkan store in store bersama Himalaya Healthcare Malaysia. Pengguna produk Himalaya dan Surya Malaysia senang lah cari keperluan terus kat sini.

Produk Himalaya ada di Constant Pharmacy KIPMall Kota Warisan

Produk Himalaya ada di Constant Pharmacy KIPMall Kota Warisan

Beruntung laaa warga penduduk Sepang.. Dah dekat ni korang jaga lah kesihatan. Selalu pi buat pemeriksaan kesihatan yaa… Percuma jer kat Constant Pharmacy KIPMall Kota Warisan ni.

Nak tahu lebih lanjut,  intai-intai promosi ker, korang pi laaa mentelaah kat
Facebook : https://www.facebook.com/constantpharmacy
Facebook : https://www.facebook.com/kipmallKW/

Related posts:

Creamy Mushroom Soup, Garlic Bread

5 Tips memilih daging segar. Masak apa sedap?

Murah beb! Harga emas kat KEDAI EMAS HAJJAH HALIJAH Sungai Petani Kedah

Sinopsis Drama SEADANYA AKU TV3 - Lakonan Zara Zya dan Azlee Khairi

Lifestyle Parenting Review bonnisanCONSTANT PharmacyHIMALAYAHimalaya WellnessInfo - SemasaKIPMall Kota WarisanLifestyle and Wellness Pharmacymilk boosterpicky eaterShatavari

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (16)

  1. Huda says:
    April 9, 2018 at 6:27 pm

    wah menarik yer jadi membership, dapat free cek up dan promosi bulanan tu..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 26, 2018 at 8:24 am

      Huda… Menarik kannn…. Membership percuma , seumur hidup lak tu…
      Benefit lain pun banyak kannn

      Reply
  2. TATI MANSUR says:
    April 9, 2018 at 6:33 pm

    Kalau kebetulan kat area Sepang tu.. bolehla singgah check out Constant Pharmacy..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 26, 2018 at 8:25 am

      Tati, nanti singgah jangan tak singgah ehh….
      Mak mak kalau dah masuk farmasi rambang mata gak kannn selalu nya

      Reply
  3. Haida says:
    April 9, 2018 at 6:34 pm

    Wahhh… bestnya. Haida 1st timw tau pasal farmasi ni. Check up free tu mmg bagus

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 26, 2018 at 8:26 am

      Haida… Dah tau pasni boleh laaa datang buat pemeriksaan kesihatan 🙂

      Reply
  4. YB Shehan says:
    April 9, 2018 at 6:35 pm

    produk himalaya ni bes eh. tingin lak nk cuba..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 26, 2018 at 8:27 am

      Shehan, produk himalaya best! Paling best sebab berasaskan herba, no chemical. Selamat!

      Reply
  5. ina says:
    April 9, 2018 at 6:40 pm

    seronoknya kalau kat kuantan pun ada macam ni. Suka juga membelek produk produk ni.Terapi mata..ehehehe.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 26, 2018 at 8:29 am

      Ina, cer tengok web constant. Kot ada cawangan kat kuantan ke kannnn

      Reply
  6. Papa Amyzal says:
    April 9, 2018 at 7:06 pm

    Produk Himalaya memang dah terbukti bagus. Pastu dapat check up percuma pulak kat Constant Pharmacy. Bertambah-tambah bagusnya. Sangat berbaloi

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 26, 2018 at 8:30 am

      PakYa, tentu PakYa ni antara pengguna produk Himalaya gak kannn….

      Reply
  7. lisak says:
    April 10, 2018 at 3:22 pm

    kenapalah kat sini takde ye.. huhu teirngin nak check jgua

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 26, 2018 at 8:31 am

      Nanti Lisak datang KL kita singgah pi sesama ehh….

      Reply
  8. Mama Kembar Tiga says:
    April 10, 2018 at 7:24 pm

    Macam menarik plak hair tonic tu, nak cuba gak lah

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 26, 2018 at 8:32 am

      Nani, memang best… Try laaa
      Doakan rambut geng kembali hensem eh…

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes