Apa yang best di LEGOLAND ? Sebuah tempat Taman Tema yang femes kat Malaysia. Sejujurnya Nina belum pernah jejak masuk dalam ni apatah lagi nak bawak anak-anak rasai keseronokkan game kat dalam ni. Selama ni dok dengar orang cerita aje, dok baca tengok gambar aje.. Syukur Alhamdulillah, Nina punya anugerah yang tak meminta-minta. Tapi… sebagai Mak Pak jauh dalam hati ni ada gak impian nak depa rasai Best sangat ke LEGOLAND tuu seperti mana kengkawan depa dok cerita.
Rupanya rezeki dari Allah tak pernah salah alamat. Setiap doa yang baik-baik pastinya akan terlaksana walau apa cara sekalipun. Punya lah seronok rasa nak lompat tinggi-tinggi sambil jerit Yeahhh yeahhhh…!! Bila Nina dapat tahu Family Day KBBA9 tahun ni lokasinya di LEGOLAND ..!!
Yeayyyy…!! FAMILY DAY KBBA9 2018 di LEGOLAND Malaysia
Giler tak mo join Family Day KBBA9 kali ni. Cepat-cepat Nina setuju bagi nama tuk nak join sama. Sapa sangka kan, blogger yang setakat tulis cerita jer, kongsi resipi jer … Atas tiket blogger Nina mampu bawak family Nina ke tempat yang di impikan anak-anak. Nak bawak sendiri entah tahun bila gamaknya baru kami sampai sana. Anak Nina 5 orang tuuuu…!! Cer kali X 5 rege nya. Gulp! Ssyyhhhh….
Tempat menarik di Johor
Dipendekkan cerita, sekitar jam 1am kami bertolak dari Kuala Lumpur dan berhenti beberapa RnR dan akhinrnya dalam jam 6:30am kami sampai kat bandar JB. Check in hotel dulu… Alhamdulillah, rezeki kami hotel Nina stay baru special arrangement check in awal. Rezeki gak tu kann… Nanti Nina share kat mana Nina menginap eh.. Hotel budget jer tapi macam hotel ada star gitu.
Pas mandi, rehat kan badan, lunjurkan kaki dan siap sedia mental fizikal untuk aktiviti utama kami berada kat Johor ni iatu Family Day KBBA9 di LEGOLAND. Yeahh… Jap lagi kami sampai..!!
Tempat makan sedap di Johor
Sebelum tu, sarapan dulu… Makan kat mana, makan kat mana? Hurmm… Kacang Pool awak kat mana, awak kat mana? Terus Waze kacang Pool Hj yang femes kat bandar JB ni. Berdesup laju terus kami ke sana. Yeahhh… Selesai pekena kacang Pool. Sedap! List #JalanJalanCariMakan sarapan kami kat Johor dah complete. Puashati!
Dah sampai Legoland … Seronoknya!
Sekitar jam 9:45am kami dah sampai kat LEGOLAND. Anak-anak teruja sakan dah. Di tarik abah nya kejap ke sana, kejap ke sini ambik gambar. Eh! Kerrrr abahnya yang dok suruh anak posing nak snap gambar dijadikan kenang-kenangan. Heheh . . . Hati Nina ni as Mama Allah saja yang tahu. Seronoknya tengok anak-anak happy! Yelah … Impian derang kann.. sob sob sobbb.. Banjir dalam hati ni tau.
Apa yang BEST di LEGOLAND Malasyia
Pengembaraan bermula !
Selesai bahagi tiket dan voucher makan, maka penjelajahan #5Mirza ke LEGOLAND pun bermula. Memula sekali kita ambik peta dulu. Mak ai … Tengok tuu… Ada 85 game. Banyaknya! Sebelum pegi sini, abahnya dah google. Tempat ni besar so kena pandai susun atur nak pi mana dulu, kata abahnya… Nina follow aje..
Ok, tempat pertama yang terus kami tuju adalah NINJAGO World
Apa yang BEST di LEGOLAND ? Teruskan pengembaraan – Watak NINJAGO ni merupakan watak kegemaran anak-anak Nina. Teruja depa tengok suasananya sama macam yang derang tengok kat movie!
Ok, saat melangkah masuk terasa aura Ninja. Suasana, gambar, warna yang ada cukup terkesan. Untuk game ni, kena pakai cermin mata 4D. Kita merangkap pembantu NinjaGo akan bertarung sehabis nyawa menghapuskan musuh NinjaGo ; Great Devourer
Masa bertarung, kita perlu beraksi kengkonon kita pun ada pedang samurai gitu. Yeahhaaaa Wacha..!! Bila musuh kena asakkan kita, siap ada keluar api meletop-letop, hancus lebur musnah sudah musuh terkena fireball kita. Yesszaaa… Mati kau! Masa tu kannn terasa bahang yang panas meletop tuuu, pastu ada asap, ada angin laa bagai. Perghhh …!! Memang real lah. Syiokkk ooo ..
Game ni Eilman dapat high score. Eksyen sungguh dia, dok ulang-ulang banyak kali dia menang! Eeewwww…. Nyampah..!! Terasa bingit kat telinga ni. Ye lah.. Mama stress sebab kalah. Huhuuuu . . . Majuk arr
LEGO VR Roller Coaster
Nama penuh VR dia = Virtual Reality Roller Coaster. Ini yang pertama dan tak pernah ada kat mana-mana LEGOLAND Theme Park. Cehh … Bangga weyyy kita dapat rasa dulu. Dia macam roller coaster biasa tapi lagi terasa cabarannya bila pakai tutup mata tu yang dipanggil VR. Ada game race kete dalam VR tuu.
Sambil roller coaster tuu menjunam terjunam, sambil tu screen VR yang kita pakai ni dok tunjuk yang kita tengah bertarung lumba race kereta. Pastu kann, masa kete kita kejap ke kiri, pastu tergolek ke kanan lak, feeling ni memang terasa macam nak terkeluar dari landasan track perlumbaan tu. Dah rasa macam nak tercampak pun ada awakkkk. Nervouse weyy…!! Terasa jantung ni jatuh tergolek-golek tertinggal sana, tak sempat kutip pun .. Hahhaa…
Lagi syiokkk game ni sebab dalam game race kete tu ada babak action, penceritaan, kelakar jatuh tergolek, gembira bila dah sampai ke destinasi. Seronok laaa weyy ..!! Korang kena cuba, Yes.. kena cuba! Satu pengalaman baru. Extreme tapi serius enjoy giler.
Eilman ngan Eillya dah buli mama nya sekali pastu mintak suh naik lagi. Aduduuuuuhhhh… Memang tak laa !! Korang pi laa naik. Tak larat dah mama. Nina turun jer VR Roller Coaster tuu rasa macam diri ni berterbangan terawang-awangan kat langit nun sana tuh. Kaki ni rasa tak jejeak bumi wakk… Hahaa…
Miniland : Asia in LEGO Bricks
Serius terpegun dengan hasil sususan Miniland kat LEGOLAND Malaysia ni. Korang tau tak, projek ni yang terbesar kat Asia Tenggara. Beberapa mercu tanda Negara Asia yang femes di alih ke LEGO. Depa menggunakan lebih dari 30 million LEGO bricks. Antaranya ada KLCC, Menara KL, Tugu Negara, dan negara Asia yang lain antara nya Singapore, Brunei, Cambodia. China, India, Indonesia , banyakkkk lagi laaa…
Dalam 3 tahun baru derang dapat siapkan keseluruhan projek ni. Lama kann…? Paling suka kat sini dak Eilhan. Bagus dia menghargai rekabentuk LEGO ni. Setiap inci dia tengok, lama dia dok belek-belek setiap negara. Setiap negara ada kesan bunyi, angin, air yang berlainan. Kena tekan satu butang sensor. Eilhan dok tekan bendalah tu …. Abah nya dok melayan tunggu dia.
Antara game lain yang terlajak best di Legoland
1- LEGO Star Wars Miniland
2- The Observation Tower. Geng bawak anak-anak naik ni tengok keindahan persekitaran LEGOLAND pemandangan dari atas tower.
3- The LEGO Movie 4D : A new adventure – best weyyy tengok movie siap ada hembusan angin, percikan air, buih bak salji turun. Menarik laa…!!
4- LEGO Academy – asah bakat bina LEGO. Dapat sijil lagi bila dah siap. Yang ni Eilman & Yana dok main dalam tu. Lama betul. Mama penat tunggu kat depan tu ada cafe berborak ngan kengkawan.
5- The Dragon – yang ni Nina naik ngan Eillya & Eilman. Lebih kurang macam VR Roller Coaster gak tapi tak de pakai VR masa main game ni. Nampak laaa luas pemandangan duniawi ni tertonggeng terbalik. Huhuhu . … Rasa macam tercicir-cicir, menjejes-jejes, menitik-nitik darah ni kuar dari liang roma. Hahaa…
6- Junior Driving School – Alahai … Anak-anak ambik feel bawak kete sendiri. Hah! Bukan senang kannn nak handle sebuah benda yang bernama kereta. Ada yang accident langgar penghadang jalan raya. Mak Pak pun sama riuh risau anaknya kecelakaan. Konon jer over protection, padahal selamat jer dalam tu. OCD kot mak dia tu… Sapa tu?? Ahahaa
Ni Geng bawak anak-anak naik Observation Tower.
Kat luar jalan panas-panas, pastu singgah masuk ke The LEGO Movie 4D : A new adventure – Tengok movie sambil ambik udara sejuk air-con kat dalam ni. Best weyyy tengok movie sini siap ada hembusan angin, percikan air, buih bak salji turun. Menarik laa…!!
Nak citer semua game yang Nina main, mau 4 tahun gak tak sudah. Hahaa… Banyakkkkk…!! Seronok…!! Bukan anak-anak aje seronok awak…. Mak Pak pun sama enjoy. Nah … Korang layan video Nina yang dah dipendekkan dari 4jam x 2 =8jam ke 4 minit punya video. Idok lerr cantik mana video Nina tapi jadilah buat kenang-kenangan kannn…. Jom Layannnn zasss…
Korang, nak fe feling sikit share ngan korang. Nina rasa sebak kegembiraan bak bunga-bunga mekar berkembangan lagi wangi kat jauh dalam dasar hati ni… Syukur Alhamdulillah rezeki dari Allah. Atas tiket blogger Nina dapat bawak anak-anak Nina rasai keriangan Theme Park yang paling di idam-idamkan anak-anak selama ni. Yelah… Sebelum ni depa dok dengar citer kengkawan sekolah yang kata LEGOLAND best sangat! Mama nak bawak sendiri memang tak mampu. Anak kita ramai awakk… cer kali 5 pastu dewasa 2 orang. Gulp! Telan air liur… hehee…
Tapi lepas ni memang nak kumpul pi lagi. Tak puas! Next time nak bawak depa masuk Water ThemePark lak. Kelmarin depa dok jeling-jeling jer area waterapark tu.. InsyaAllah yaa sayang. Ada promosi ni kita korek tabung eh.. hehe
Beli Pas Tahunan dengan harga tiket 1 hari dan berpeluang untuk memenangi NISSAN ALMERA!
Berita baik! Nina nak share ngan korang gak… Kot korang pun sama impian macam Nina, moh lerrr kita beli tiket Annual Pass. Tengah promosi ni. Tawaran hebat dari Legoland. Pass tahunan tuu weyy … Harga lak hanya RM199. Banyak benefit lain yang korang akan dapat dengan belian pass tahunan ni selain tuu korang pun berpeluang menang kete Nissan Almera. Mana lah tau, rezeki kann…
Apa yang BEST di LEGOLAND
Nina nak citer banyak bukan reti sangat, risau korang lak tak faham ker kann…. Senang citer kalau korang nak tau lebih lagi pasal tiket ni dan berpeluang menangi kete Nissan Almera, korang tengok details annual pass dan how to win a Nissan Almera ni ehh …
Web : www.LEGOLAND.my
Facebook : https://www.facebook.com/LEGOLAND.my/
Jutaan Terima Kasih banyak tak terhingga buat team AJK Family Day KBBA9 @ LEGOLAND Malaysia. Tercipta lagi kenangan terindah kita sesama blogger KBBA9 bersama family semua. Terima kasih juga buat Team LEGOLAND Malaysia.
Alhamdulillah seronok tgk anak2 happy dapat main kat legoland kan kak nina..
Aahh Lya… Kepuasan tengok anak-anak gembira tu susah nak terangkan ke ayat.
Mak Pak jer yang faham rasanya..
Semua best kat Legoland…Tak sempat jelajah semua
Yesss memang kena repeat. I yang dah dua kali pi pun rasa nak pi lagi, marilah menabung hehehe
best kan K.Nina .. syukur dapat peluang gini..tapi Sal nak menabung sebab nak repeat..banyak tempat tak sempat lagi nak teroka
Walaupun dah 2x ke Legoland memang tak pernah boring. Lagi best buat family day. Seronok tengok anak-anak happy kan. Nanti nak plan ke sana lagi tahun ni.
Wah bestnyer dapat pergi Legoland.
Saya pun dah lama tak pergi.
Tapi yang menariknya kat sini, kita yang dewasa pun boleh main.
Excited mengalahkan anak-anak kecil..hehe
Banyak aktiviti menarik di Legoland ni. Tak permah lagi sampai sini. Nanti memang nak bawa anak anak datang sini. Mesti anak anak seronok
Seronok anak- anak kak Nina kan..sesekali dapat peluang bercuti satu family macam ni memang best..eh dah besar dah si kecik tu..rasa macam baru semalam akak bersalin…hehehee
best kan kak nina pergi Legoland satu family. patut la tak terserempak dengan family akak, ruper yer g main kat NinjaGo dulu. huda jalan ikut jer anak-anak nak main apa dulu. tak puas datang sini, semoga ada rezeki datang sini lagi nanti
Woww! jam 1 pagi dah bergerak dari KL…semangat!
Annual pass tu sangat menarik lah promosi, murah dah tu utk 1 tahun. Mana tahu sambil beli dpt menang hadiah tu wahhhhh syoknya…nampak keletah comel anak2 kak nina enjoy betul di legoland…syurga comel utk si cilik!
dah lama tak kesini. pastu pergi sini confirm tak puas
Seronok pulak tengok anak2 ramai nin, meriah hehe
Tak pernah jejak kaki dekat Legoland, tapi dah banyak kali park kereta dekat depan dia.. Bajet tiada lagi nak bawa anak-anak ke tempat macam nie, if tempat mandi2 dorang suka la
Bestnya pergi legoland !! Sy belum berkesempatan ke sana lagi. One day nanti insyaAllah sy pergi. Mesti best
seronoknya! tengok pun dah rasa teruja nak pergi sana. macam-macam benda best ada kat sana kan. saya belum pernah ke sana lagi. insyAllah jika ada kelapangan nak merasa juga masuk Legoland ni
Dah lama tak datang legoland dulu pernah pergi sekali tapi masa tu masih tak banyak mainan hehehe nanti nak datang tidur hotel kat sini…
anak2 la paling seronok sekali dapat pergi legoland..rumah ciktom 5 min je nak ke legoland..tapi tak pernah masuk sebab anak pun baru 3 bulan..tunggu anak besar dah pandai mintak pergi legoland..baru ciktom bawak..hahaa
Suddenly I miss this place la. I wanna go back there be big kid again. I love Lego so much and when I was there I felt so excited!!!
What a great time I can see you guys had! It’s Legoland, after all! I have been there a few times myself and feel like a kid each time I visit!
Lama
Dah x masuk sini. Tunggu anak free sikit sbb thn ni thn peperiksaan blh bw anak2 jalan2 kat sini
jeles kita tgk dia dan keluarga jln kat legoland… mesti bestkan? anak-anak mmg seronok klau dapt berjalan sakan tambah2 ada lego ni… mau ada yang taknak balik nnt
Legoland salah satu tempat yang tak pergi lagi. Kita lalu jer. Bestnya tengok gambar2 dalam tu. Tak sabar nak pergi sendiri.
http://www.liahasty.com
Dah lama tak ke Legoland. tak tau nak ke sini lagi ke tak, sebab dah dkt 5 kali dah ke sini. skang mesti dah makin banyak tarikan baru kan
Tarikan-tarikan baru kat Legoland ni memang best dan puas hati..
Harga dia agak mahal jugakkan, tapi demi anak-anak mesti wajib bawak dorang ke sini supaya depa puas hati. Syoknya kak dapat ke legoland bersama anak-anak… 😀
rezeki anak anak kan.. gembira jelas terpancar di mata anak-anak kanina tu. Best betul tengok game yang ada kat sini
legoland memang seronok, anak-anak yang rasa paling best, banyak kali pergi pun tak muak, cuma kitalah mak-mak ni semput nak pusing kawasan. jenuh.
murah juga weihhh best2 .. boleh beli ni anual pass tu
Bestnya.. dah lama mengidam nak pergi legoland. Nampak menarik sangat. Dalm tahun ni insyaAllah nak pergi jugak
Puas hati dpt spend time seharian kat legoland tp tak puas main sbb seharian pun x ckup.. Nak kena beli annual pass ni.
Kamu semua terbaik..
memng best datang sini..takkan paus sehari..macam-macam permaiann ada..ninjago tak pernah masuk lagi..kene datang lagi la ni..hee