As’salamualaikum dan Salam Sejahtera.. Sekarang ni kalau ke pasar dok ke hulu ke hilir Eh! Bukan Nina yang pi pun… Geng yang pi pasar. Hehehe… Pastu kadang-kadang buntu nak beli apa. Semuanya mahal. Tapi … Walaupun mahal, tak kan tak beli apa-apa kot! Kann….
Hurmm… Gini lah lumrah kehidupan. Walau mahal mana pun, kita tetap berbelanja untuk meneruskan kehidupan seharian. Orang bodoh pun boleh pandai dengan sendiri nya bila tahu barang dah mahal. Kena beli yang penting saja dan beli lah yang murah! Amboi …. laser lak Nina hari ni. Haha.. Bukan selalu cakap lepas, iyer tak? Nina marah ke…? Dak aihh… Suka! wakakaa
Kadang tuu terfikir… Macammana ya orang yang betul-betul susah? Macammana depa meneruskan perbelanjaan seharian andai mereka golongan berniaga tepi jalan tu… kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Mudah-mudahkan untung lepas duit modal dan tuk pusingan modal esoknya. Nak beli bahan mentah mahal, belum tentu ada orang beli… Tak mau fikir lagi, sedih :'(
Kalau korang yang tak pernah pi pasar, ni nak kasitau… Harga ikan kembung pun boleh buat mata terjojol keluar nengoknya. Berbelas-belas hinggit. Mahal! Jalan altenatif, bersedia tuk makan ikan yang murah sikit. Contohnya Ikan Sardin. Sedap gak.. Atau yang selalu Nina beli Ikan Cencaru. Sedap weyy…. Ikan cencaru bakar cecah air asam
Ada ker korang yang tak pernah makan Ikan Sardin. Bukan yang dalam tin tu tau. Rasa dia lagi sedap dari yang dalam tin ready made tu. Fresh. Isi dia tak muak pun. Berbaloi laaa beli. Ikan sardin pun bagus, kaya dengan sumber khasiat dan omega. Sila buang jauh-jauh persepsi kuno bahawa ikan mahal aje banyak khasiat. No no no…!!
Ok, nina kongsikan menu pilihan yang kerap Nina masak buat masa sekarang. Ikan Sardin Goreng Garing bersama Sambal Cili Hijau Style Padang. Selain Ikan Sardin, ikan lain-lain pun sedap makan sama ngan Sambal Cili Hijau Padang ni. Ikan keli, Ikan Tapalia, Ikan Kembung yang mahal tuu, Ikan bawal yang sememangnya mahal, Ikan Merah yang sekeping sepotong dah duit merah seploh hingget. Hahaa… Kenyataan dan realiti. Ikut suka korang ikan apa pun sedap boleh layan dan yang penting ikan nya di goreng garing yaa. ..
Ikan Goreng Berlada Sambal Cili Hijau Padang
Bahan-bahan
Ikan sardin secukupnya – dibersihkan dan toskan
8 biji cili hijau – cuci bersih dan toskan
cili padi hijau – ikut suka banyak mana nak pedasnya – cuci bersih dan toskan
5 biji bawang merah – hiris
1 biji tomato hijau – potong dadu kecik-kecik
½ genggam ikan bilis – dibersihkan, cuci, tos dan goreng garing
2 camca besar jus lemon
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara penyediannya
1. Sediakan ikan goreng terlebih dahulu. Ikan dibersihkan kemudian dilumur sedikit serbuk kunyit dan garam. Digoreng garing dan diketepikan.
2. Mula-mula kukus cili hijau dan cili padi anggaran 8 – 10 minit, angkat dan toskan. Kemudian tumbuk cili tadi dan bawang merah hingga lumat.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis hingga sambal garing, gunakan api perlahan dan kacau selalu.
4. Perah lemon, masukkan jus lemon dalam 2 sudu dan kacau rata. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Kacau rata dan kemudian akhir sekali masukkan ikan bilis goreng. Tutup api dan gaul rata. Pastu curah atas ikan goreng garing tadi atau sedap gak buat cecah ngan lempeng atau cucur .
Walau apa , siapa pun, di mana pun, bagaimana pun…. Hidup harus diteruskan dan usah stress sampai meroyan mengenangkan nasib. Tak de faedahnya salahkan sesapa. . Bukan dapat apa pun
Senyum dan teruskan perjalanan dengan bijak! Yakin rezeki ALLAH ada … dan harus berusaha.
sedapnyer……..
Memang semuanya mahal sekarang ni..ayam pun RM10 utk sebelah je….sedih tul..bila la keadaan nak kembali seperti sediakala…
For example, you may broadly tell yourself, “I want to be happy.” This is a very large and vague goal, but it can be specified in time. Right now, what’s important is that you’ve identified a big idea that will help guide you through the process of finding your goal.
This isn’t a problem- starting broad will actually help you map out a clear path towards more specific, attainable goals.