Melaka Oh Melaka…!! Interesting places in Melaka yang harus dikunjungi
Hurmm… Tak lama lagi cuti sekolah awal tahun bakal bermula. Ke mana korang bawak anak-anak korang pi bercuti? Nina tengah usha-usha survey lokasi menarik tuk bawak anak-anak bercuti nanti. Rasa-rasa macam nak bawak pi dekat-dekat aje. Janji bercuti! Dekat-dekat pun derang dah happy sokmo dah 🙂
Survey punya survey, Nina rancang nak bawak anak-anak ke Melaka jer kot. Walaupun dah beberapa kali dok ulang jalan-jalan bercuti ke Melaka Bandaraya Bersejarah namun, banyak lagi tempat menarik kat sana yang belum anak-anak jejaki. Last Nina ke Melaka sekitar tahun 2016 yang lalu. Lama dah kann…??
Hurmm… Dah nak hampir 2 tahun berlalu, pasti interesting places in Melaka a lot more to explore. Acehcehcehhh… Nina cakap omputeh lak. Dah rupanya pelancong omputeh gamaknya. Hahaa…
Ok, dah tentu tempat menarik di Melaka turut berubah kann..?? Bak kata pepatah “Sedangkan pasir di pantai berubah, inikan pula Melaka.” Eh! Sesuka hati jer Nina tukar pepatah Melayu. Hahaa. . . .
Sambil santai lepak ngan anak-anak, Nina dok google tempat menarik Melaka yang harus dikunjungi terkini. Pastu tunjuk laaa gambar-gambar yang rancang nak terjah cuti sekolah nanti. Antara beberapa tempat yang dah masuk dalam list Nina …
The Shore Sky Tower Melaka
Memula tengok gambar The Shore Sky Melaka kat google bersama anak-anak, Eilman ngan Eillya dok riuh cakap “ Wahhhh…. Best nya tangkap gambar kat sini! Mama, tinggi nya tempat ni? Mesti Yana akan nangis mengade-ngade sebab takut gayat kann..?? Pastu dia tak mo tangkap gambar kannn Mama? Mesti best kita snap gambar candid dia!” Hahaa
Amboi … Dah plan nak kenakan adek dia! Sabar jer laaa.. Suka menyakat!
Nina tengok kat ada lantai berkaca yang boleh nampak bawah. Tuuu yang bikin gayat tuh! Silap-silap Mamanya yang gayat kot. Huhuuu . . .
Pastu kan, ni nak kasitau korang – The Shore Sky Tower ni adalah bangunan tertinggi di Melaka dengan ketinggian 153m di atas paras laut. Ok, Nina pun baru tahu! Ada 43 tingkat! Tinggi weyy… Nina tengok lawa-lawa gambar kat google tu. Tak sabar Nina nak abardikan kenangan kat sini. Snap gambar cecantik puas-puas. Korang tengok, malam lagi lawa seyhh …
The Shore Oceanarium Melaka
Kat sini gak ada lagi yang menarik! Terletak di tingkat 2, The Shore Shipping Centre, ada Oceanarium. Wahh …. Part ni anak-anak pasti teruja! Merasai pengalaman seolah berada kat dasar laut gitu. Satu pengalaman interaktif yang unik untuk mereka.
Tengok tu … Siap disediakan prop menarik untuk pengunjung snap gambar! Huishh … Ini favorite anak-anak Nina beraksi. Pantang nampak depa ni. Masing-masing suka tunjuk memek muka pelbagai aksi dalam gambar. “Uncle Zuan, Aunty Nina pinjam gambar buh sini ehh…” Nape ehh nama dia Uncle Zuan? Dah tua sangat ke dia? Eerrkk… Ok, terkeluar topik lak. Oopssss…!
The Shore Oceanarium Melaka ni adalah hasil kerjasama dengan Jabatan Perikanan Melaka, macam-macam jenis hidupan laut dapat tengok kat sini sambil mengenali nama scientific dan habitat haiwan tersebut. Menarik ni , sambil berjalan sambil belajar untuk anak-anak. Ok save!
The Majestic Hotel Melaka
Tempat tinggal lak, Nina plan berangan nak bawak anak-anak tido kat Majestic Hotel Melaka. Nina dok usha tengok cantik nya hotel ni. Ciri-ciri klasik rekabentuk bangunan sejak tahun 1920 masih dikekalkan dalam senibina bangunan ni. Dekorasi nya unik, esklusif dan nampak sangat selesa dan menenangkan.
Paling best sebab facility ada swimming pool! Ini pasti akan lebih menggembirakan percutian buat anak-anak. Bukan tu aje, banyak lagi facility yang ada kat hotel ni. Ada spa tuk mamanya, wink wink … Ada library tuk kakak Eillya yang hantu buku tuu, ada WiFi tuk Eilhan dan Yana yang busy nak tengok Youtube pastu gadoh berebut handphone. Huhuuu . . . (dengar citer WiFi dia laju!). Yeayyy…!!
Dan paling penting lagi …. Ada parking! Sebab pi cuti mana-mana pun Geng akan cari hotel yang sediakan parking untuk tetamunya. Bukan apa, risau weyyy … park kete kat tepi-tepi jalan. Kann…??
Tempat menarik di melaka yang harus dikunjungi
Ok, yang ini pula antara list tempat menarik kat Melaka yang Nina akan datang lagi tiap kali bercuti ke Melaka. Bukan apa, walau tempat dan sejarah nya tetap sama, tapi orang yang dalam gambar tak sama. Derang dah semakin membesar! Kenangan tu yang mahal…
Kota A Famosa
Walau pun dah Nina dah pernah bawak anak-anak ke sini tapi tuu dulu! Kali ni kena lah snap gambar lagi, derang pun dah besar dan adek-beradek pun dah bertambah! Heheh . . . Yang kenet-kenet ni pun nak gak jejaki dan bergambar kat Kota A Famosa yang penuh dengan sejarah.
Lagi pun kot-kot anak yang besar dah lupa sejarah Kota A Famosa, gerenti dah lupa tuh boleh laa depa baca lagi dan hadamkan sejarah nya. Kannn…?? Korang pun gerenti tak ingat dah sejarah Kota A Famosa kann? Nina pun sama.. Hahahaa… gelakkan diri sendiri
Sejarah Kota A Famosa
Ikon bersejarah negeri Melaka ini sering menjadi tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Tempat wajib singgah sini sebab Kota A Famosa ialah salah satu simbol tempat menarik di Melaka. Kita rakyat Malaysia rugi laaa tak singgah dan ambik tahu sejarahnya.
Meh Nina citer sikit kat korang sejarah Kota A Famosa. Kot korang pun dah hilang ingatan sejarahnya kann…
Kota A Famosa – Kota yang dibina oleh orang-orang Portugis sewaktu menakluki Melaka pada tahun 1511. Kota ini mengalami kerosakan teruk sewaktu penaklukan Belanda dan seterusnya dimusnahkan oleh British, namun dengan campurtangan dari Sir Stamford Raffles pada tahun 1808, sebahagian daripadanya berjaya diselamatkan, iaitu dinding pintu masuk, A’Famosa yang kekal hingga ke hari ini.
Ok sikit jer… Cukup laaa kasi basic sejarah. Bukannya nak suh korang hadam semuanya lak. Boring lak nanti, dah jadi kitab sejarah lak gamaknya blog Nina. Nehi nehi…!! nak tau lebih sila laa korang google ehh.. hehee
The Stadthuys
Sini pun antara tempat yang akan Nina singgah snap gambar buat kenang-kenangan. Bangunan lama yang tetap utuh. The Stadthuys ni dulu adalah penempatan rasmi gabenor Belanda..masih lagi cantik dan dipelihara sejak dibina pada tahun 1650. Bangunan sejarah tuu, rugi tak snap gambar tuk kenangan…
Sejarah The Stadthyus? Tak kuasa Nina nak type eh citer.. Pepandai laa korang selongkar https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Melaka yaa… Hehe
Pantai Klebang
Gambar ni masa Nina punya 4 orang anak. Pasni boleh laaa snap gambar lagi plus Baby Eilysa.
Anak-anak Nina memang suka lepak pantai. Ok mengaku mama nya. Hehe.. Bukan apa, sambil lepak santai kat sini pastu feeling muka ni kena hembusan angin bayu tiup-tiup menyisir terbang rambut memang asyik. Gerenti cantik gambar ala model gitu. Eh! Nina kannn pakai tudung, tak payah nak verangan vogue. Hahaa…
Ok, ok ni serius. Datang sini nak ambik gambar ler… Kami ni memang suka snap gambar. Anak-anak pun ada saja posing spontan depa nak pose! Entah ikut perangai sapa tuuu entah ler… Harap bukan perangai mama nya. Huhuu
Makan apa BEST kat Melaka
Ok dah penat jelajah sejarah, ni part paling seronok. Food! Citer bab makan ni … Nina memang laju berdesup.. Haha.. Favorite Nina sememangnya makan! Hehhe..
Asam Pedas Melaka
Melaka memang terkenal dengan Asam Pedas nya. Nak pekena Asam Pedas origonal memang kena terjah kat Melaka. Mat Saleh omputeh pun gigih datang Melaka semata nak rasa asam pedas tau! Tak kan kita ni nengok ajer yer tak? Eerkk … fakta mana entah Nina songlap tah. Huhuuu . . .
Nina masih mencari kolasi yang paling tersedap yang memenuhi selera tekak Nina yang cerewet namateyyy ni. So far belum ketemui lagi yang paling WIN! Tak pe, tak pe… Cuti-cuti Malaysia kali ni Nina kan terjah lagi lokasi paling terkesan di sanubari. Chewah … macam cari calon menantu gamaknya. Haaha
Coconut Shake Klebang
Ahaa..!! Yang ini setiap kali datang Melaka tak payah cakap gerenti kami singgah. Jalan-jalan memang cepat dahaga. Nak pula selalunya time jalan ni laaa cuaca panas terik. Tapi >>>> Sila laaa pupuk ketabahan setinggi The Shore Sky Melaka sebab pasti kaki korang kaki keras kejung beratur lamaaaaaa..!! Tak tau kenapa, tiap kali datang memang ramai orang.
Alololoooo …. Relax! Tu hanya dugaan kecik jer sebab lepas penat beratur kejung kaki , pekena lak sorang satu gelas Coconut Shake Klebang memang terasa kenikmatannya tatkala cuaca panas lit-lit. Lega tekak kita awak! Hehe . . .
Ok save! So far inilah list interesting place in Melaka yang bakal Nina terjah tuk cuti sekolah nanti. Gigih korang baca perancangan Nina. Makaseh laaa banyak tuk korang. tepuk tangan sikit tuk diri sendiri. Kalau korang pun tak tahu mana nak pi cuti sekolah nanti, korang intai aje https://www.traveloka.com/ en-my/travel/malaysia/melaka . Bukan sahaja Melaka, malah tempat-tempat menarik seluruh Malaysia ada. Korang pula plan ke mana cuti sekolah nanti?
Selamat merancang percutian!
Hahha asben org melaka, tp kak azni pun tak tau beberap tpt yg nina ckp ni
Cuti sekolah ni cadang nak ke Melaka. Terima kasih share info tempat-tempat menarik yang ada di Melaka
Macam2 tempat best kat Melaka. Nak bercuti kat melaka lagi,tak sempat tahun lepas round semua tempat best kat Melaka.
Melaka mmg best! Dah beberapa kali pi pun dok rasa nak pi lagi
kota A Famosa tu memang menggamit memori.
skolah2 dulu mmg selalu sangat lawatan sambil belajar kat situ.
bestnyeee… lepasni bole guna tips kak nina.Ehehehe..terimakasih.Tak sabar la nak pergii
Coconut shake tu sy paling minat kalau p Melaka
Acflo is a top supplier of heating and air conditioning repair and replacement in Orlando. We offer AC for casement windows at best price.