Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

August 12, 2019August 12, 2019

Sinopsis Drama KAU YANG PERTAMA TV3

Sinopsis Drama KAU YANG PERTAMA TV3

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama KAU YANG PERTAMA TV3
2 Related posts:
3 Surprise cuti sekolah | Jelajah Klate day 1
4 Triffle Puding
5 Bubur Pulut Hitam
6 Menu baru Hard Rock Cafe KL - Rock 'n Bowls rockin' beb!

Nina cukup suka tengok lakonan Farah Nabilah dalam drama Halalkan Hati Yang Kau Curi . Lakonan dia cukup santai dan natural. Masa citer tu asal iklan jer muka dia tayang Loreal. Sebab Farah Nabilah yang flawless cantik laaa Nina terjebak pakai Loreal Water Essence . HAhaaa

Selepas tamat drama Utusan Cinta Buat Adam , penggantinya Drama Kau Yang Pertama heroin nya lak Farah Nabila, terus rasa nak tengok. Kali ni bergandingan dengan Fikry Ibrahim yang tahap hensem  dia comel bila dia buat memek muka. Mereka pernah bergandingan dalam drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek tahun lalu.

Dan pelakon lain semua tak kurang hebat pun ada. Ada Tasha Shilla,  Marissa Yasmin dan paling suka adanya Elly Mazlien kak Lina pom pomm yang selalu on point karektor dia.  Tak caya pi tengok. Terbaik lakonan dia kannnn? Tentu Best layan citer ni…

Meh Nina sharekan sinopsisnya …

Sinopsis Drama KAU YANG PERTAMA TV3

Kisah percintaan antara boss dan intern. Farhan lakonan Fikry Ibrahim adalah CEO/Pengasas Butik Carla’s Collections. Ikatan pertunangannya dengan Ameera (Tasha Shilla) sentiasa mendapat perhatian netizen.

Namun sesuatu terjadi dalam perhubungan mereka dan secara tak sengaja perkahwinan mereka terbatal pabila Ameera tiba-tiba pengsan semasa upacara akad nikah . Kemudian semasa di hospital  terjawab persoalan mengapa  Ameera pengsan.

Rose Natasya merupakan pelajar praktikal di Butik Farhan. Dia punya sentuhan design yang kreatif dan cantik.  Rose suka berangan.  Beberapa adengan lucu yang akan buat kita tersenyum simpul.

Farhan selesa dengan kehadiran Rose di Butik nya . Pelbagai ragam berlaku antara mereka hingga mewujudkan rasa cinta. Chewahhh….

Apakah yang akan berlaku kemudian?
Apakah punca perkahwinan antara Farhan dan Ameera terbatal? Menjadi kah cinta antara Farhan dan Rose?  Dugaan demi dugaan yang penuh dengan emosi , di hiasi dengan kerenah rakan sekerja mereka akan menghiburkan kita.

Sinopsis Drama KAU YANG PERTAMA TV3

Drama bersiri Kau Yang Pertama menampilkan gandingan Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah. Drama 28 episod terbitan Sha’s Media Sdn Bhd, diarahkan oleh Hadith Omar.

Akan disiarkan menerusi slot Akasia TV3 bermula 12 Ogos, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam.

JUDUL : Drama KAU YANG PERTAMA

EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 Ogos 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Shahremy Ikmal & Eja Lorena
PENGARAH : Hadith Omar
PRODUKSI : Sha’s Media Sdn Bhd
PELAKON : Fikry Ibrahim, Farah Nabilah, Tasha Shilla, Elyas Abdullah, Yusuf Bahrin, Wan Sharmila, Marisa Yasmin, Sheila Hassan, Wan Nor Azlin, Elly Mazlein, Amar Asyraf, Erul Samah, Nashra Shah, Imam Shah, Nasz Sally, Laila Nasir

Sinopsis Drama KAU YANG PERTAMA TV3

WATAK PELAKON

Fikry Ibrahim sebagai Farhan
Farah Nabilah sebagai Rose Natasha
Tasha Shilla sebagai Ameera
Yusuf Bahrin sebagai Tajul
Wan Sharmila sebagai Aya
Marisa Yasmin sebagai Sally
Laila Nasir sebagai Puan Aida
Amar Asyraf sebagai Harris
Nashra Shah sebagai Anne
Imam Shah sebagai Syamel

Dah tengok ke? Amacam best ke best? Lakonan Farah Nabilah yang cantik,  manis bertudung pastu ada lak kak Lina pom pomm yang natural comel pastinya buat korang ternanti aksi seterusnya…

Kot terlepas tonton, korang boleh laaa tengok ulangan di http://www.tonton.com.my

Lagu tema : Alif Satar – i want you to love me

Related posts:

Surprise cuti sekolah | Jelajah Klate day 1

Triffle Puding

Bubur Pulut Hitam

Menu baru Hard Rock Cafe KL - Rock 'n Bowls rockin' beb!

Lifestyle Review Akasia TV3Drama sangatFarah NabilahFikry IbrahimFull SinopsisSinopsis Kau Yang Pertama

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. a says:
    August 14, 2019 at 12:41 am

    a

    Reply
  2. Pingback: Sinopsis Drama LELAKIMU YANG DULU TV3 - Nina Mirza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes