Resipi SUP TULANG MERAH SINGAPORE Paling Mudah Senang Sedap rekemen korang cuba! Selamat Hari Raya Aidiladha! Kebiasaanya Raya Korban memasing dok google cari Resipi berasaskan Daging. Ada gak cari Resipi berasaskan Tulang kannn..? Selain Menu Sup Tulang biasa, meh Nina share Resipi SUP GEAR BOX TULANG MERAH SINGAPORE Paling Mudah Senang Sedap
Dalam blog Nina ni korang tak akan jumpa resipi yang susah. Semua yang senang mudah disediakan sebab nya kita pun memang tak suka yang susah leceh. Janji masak dan sedap, settel..
Bukan apa nak susah payah kann, sedang ada jer cara yang senang tak yah remeh leceh sangat. Kannnn?
Sup Gear Box Tulang Merah ni popular kat Singapore. Apa jua majlis penting depa akan hidangkan sup ni. Memang sedap terangkat makan sup merah ni tau.. Ketagih!
Dulu Nina dah pernah share cara masak sup tulang merah Singapore sedap senang masak tapi kali ni Nina dah tambahbaikkan resipi nya kasi lagi uuummphh..!! Dulu tu cobaan, yang ni betul-betul. Macam dialog P.Ramlee lak..
Resipi SUP TULANG MERAH SINGAPORE Paling Mudah Senang Sedap
Bahan-bahan
Untuk rebusan
1kg tulang gear box kambing / tulang lembu
Halia hiris nipis
2 pack Sup Bunjut Tulang Adabi
4 biji Tomato – dipotong dadu
1 tin kecil tomato puree
1 1/2 cawan Sos Tomato
3 sudu besar remoah sup. Bancuh dengan sedikit air
Sedikit pewarna merah – Nina buh sikit jerr
1 biji telur- dipukul rata guna garfu ala telur dadar
1 buku gula melaka
4 biji kentang – kupas kulit, potong kecik kemudian goreng. Pastu lenyek-lenyek kan. Nak senang blender jer terus. Ketepikan. Nanti nak masuk dalam kuah untuk pekatkan kuah.
Tapi alternatif lain kalau malas sangat, sediakan bancuhan air tepung jagung. Tapi eh.. Tapi lagi, kentang lagi sedap sebab manisnya rasa kentang tu…
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit kicap lemak manis. Dalam 4 sudu besar
Daun ketumbar – cuci bersih, tak payah buang akar dia, masukkan sekali dengan akar. Penting tau, aroma daun ketumbar ni buat Sup Gear Box Tulang Merah ni sedap!
Untuk tumisan
6 biji Bawang Besar – dikisar
5 ulas Bawang Putih – dikisar
1 inci Halia – dikisar
1/2 cawan cili kering yang dikisar
2 batang serai – dikisar
Sedikit minyak untuk menumis
Rempah 4 sekawan
2 batang kulit kayu manis
4 kuntum buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
Bahan sampingan
Kentang
Carrot
Cara masak SUP TULANG MERAH
1- Memula sekali korang cuci bersih tulang gear box dan direbus bersama sup bunjut dan halia hingga empuk dan ketepikan
2- Tumiskan bahan-bahan yang dikisar (bawang besar, bawang putih dan halia) bersama rempah 4 sekawan hingga wangi. Pastu masukkan cili dan masak hingga pecah minyak
3- Kemudian masukkan pes rempah sup, masak hingga mendidih.
4- Pastu masukkan tomato puree, akar daun ketumbar dan tomato yang dipotong dadu, gula melaka masak hingga tomato hancur dan gula melaka larut.
5- Masukkan tulang yang telah direbus bersama air rebusan tadi. Biarkan mendidih. Kalau air kurang tambah laaa air ikut banyak mana perlu.
6- Masukkan bahan sampingan (kentang/carrot) dan masak hingga empuk.
7- Pekatkan kuah dengan kentang blend tadi atau bancuhan air tepung jagung dan sedikit pewarna merah. Dah nama dia sup gear box tulang merah kannnn, opkos kena laaa titiskan sikit pewarna merah baru laaa uumpphhh..!! Tapi kalau tak mau masukkan pewarna merah pun ok jer… Warna jer laaa tak menyelerakan, jangan salahkan kita lak ehh.. . Kacau rata kesemuanya.
8- Kuah dah mendidih, masukkan telur yang dipukul tadi – kacau rata, masak hingga mendidih. Kepekatan kuah ikut selera masing-masing. Korang yang nak makan kannn, pepandai laaa adjust ehh
9- Akhirnya sekali, titiskan sikit kicap lemak manis dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ceduk kuah buh dalam mangkuk, (mangkuk tu biar laaa besar sikit supaya idok lerrr malu kot nak tambah nanti) hehee…
Tabur bawang goreng, daun ketumbar sedia untuk di makan cecah bersama roti perancis. Slurrrppppp… Sedap beb!
Amacam, kali ni nak masak lain dari lain? Rare sikit sup nya, asyik sup tulang biasa jer kannn?
Bahannya tak susah pun kannnn? Cara masak pun simple jer, korang ikut jer step Nina share tu… InsyaAllah menjadi. Selamat Mencuba! Salam Aidiladha, maaf zahir batin
Ok, Nina kongsikan koleksi RESEPI DAGING yang sedap mudah untuk korang cuba
Ada dalam 13 Resipi Daging antara nya Sup Tulang Merah, Daging Black Pepper, Daging Korban Berempah, Daging Singgang special untuk yang berdiet eat clean, Western food untuk anak yang picky eater Resipi Meatballs Ikea homemade, Daging Masak Kicap style Nina, Rendang Daging, Sambal Goreng Pengantin Singapore Menu Raya Nina, Daging Masak Kurma dan banyak lagi
thank you for this recipe! boleh buat reference untuk future nanti bila-bila teringin nak makan sup gear box
Tenkiu share resipi. Nanti teringin nak.makan bolehla try resepi ni.
Uishhh. Terliurnya tengok. Nak buat macam senang je sebab bahan-bahan pun tak complicated tapi nak cari tulang tu yang payah tuuu.
haaa ni entry laku keras ni musim musim ibadah korban. hehehe. kalau kena dengan masa, boleh buat jgak ni.
Ala kenapa gambar sup tulang tu tak nampak merah hehehe kita baru nak tengok sebab kita pernah makan kat kedai merah tu menyala dan terang sangat sehingga kesan kat tangan tak tahu mereka pakai pewarna apa hehehe tapi mudah boleh lah cuba….
Memang kalau masak nak resepi yang simple. Sebab masa kita masak tu mmg malas kalau yang remeh, bahan remeh. haha. Sis pun jenis guna bahan apa ada. Tq share, next ada kelapangan boleh la saya cuba. Salam AidillAdha juga ya!
Pergh kak nina! Padu betul supgear box. Makan pns² dok hirup. Memang marvelous! Tak sempat nak menolehlah orang keliling! Huhu
Baru je awal pagi tadi makan sup tulang Gear Box mak masak semalam. Haha…Sup gear box versi masakan Bugis tak pernah nak mengecewakan.
Wowwww sedapnyaa…
Nanti nak cubalah buat..eh tulang tu macam kata GOOD laa…hehehehe
Selamat Hari Raya Haji Mama Ninaa..
Selamat menyambut Hari Raya Haji mama Nina! Bolehlah masak sedap2 dan jamu selera sekeluarga.
Wow! macam best recipe ni, nanti nak share with my frens coz i tak makan beef maybe can replace with lamb or chicken.
Looks like is easy to cook but I’m so bad in cooking! Gonna try out when I’m free, thanks for sharing
nanti cek nak buat jugak.. tapi nampa tak nampak kemerehan sup ni… cer amik gambar yg mera menyala tu