Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis DRAMA SWEET DREAM ASTRO
August 8, 2019August 13, 2019

Sinopsis Drama SWEET DREAMS lakonan BEN AMIR yang buat ramai cair. BEST seyhhh citer ni..

Mmmm… Habis sudah Drama Setelah Terlafaznya Akad . Suka tak suka citer tu dah tamat. Tadi Anak sulung Nina balik sekolah dok kata “Mama, kengkawan tanya Mama tak share ke dalam blog Sinopsis Sweet Dreams – drama baru yang tengah trending ni? Kengkawan semua dok ketagih tengok Ben Amir. Hensemmm habis dia Mama!” Amboi … Dak remaja sekarang gini … Nasib baik laaa mama dia ni BFF dia, semua pun dia share. Bagus kat situ no rahsia antara kami. Sinopsis DRAMA SWEET DREAMS Ben Amir Mira Filzah

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama SWEET DREAMS
1.1 “Just tell me, kenapa you selalu muncul bila I susah? Macam mana you tahu semua benda tu akan berlaku?” ~ Putri.
1.2 “This might sound weird, Putri. But I’m different. Diri I tak macam orang lain.” ~ Qash Adam
2 Sinopsis DRAMA SWEET DREAMS Ben Amir Mira Filzah
3 Related posts:

Ben Amir – Wah wah wahhh..!! Tetiba nama dia meletop seyh! Secepat saat Nina pun google nak tengok gak gerangan Ben Amir ni.. Adek Ben 10 ke? Eh! HAhaa.. Yang Nina kenal buat masa ni bukan Ben Amir tapi Ben Ashaari – blogger sado fofular tu jer.. HEhee . . .

Sebab dok trending maka kena laaa tonton gak. Tak mau laaa ketinggalan update walau kita ni surirumah jer… Alasan. HAhaa.. Sesuai laaa ngan heroin nya – Mira Filzah pujaan ramai.

Meh Nina share Sinopsis Sweet Dream. Opkos korang yang tengah tengok nak tau jalan ceritanya kannnn?

Sinopsis DRAMA SWEET DREAMS ASTRO

Sinopsis Drama SWEET DREAMS

Putri seorang gadis bisu cantik berusia 26 tahun yang diberi gelaran Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang. Oh my… !!

Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya.

Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu mutant atau superhero? Datangnya sering tanpa isyarat.

“Just tell me, kenapa you selalu muncul bila I susah? Macam mana you tahu semua benda tu akan berlaku?” ~ Putri.

Wah… Menarik ni! Jodoh kah si dia tuuu?

Nasib Putri sentiasa diduga. Ayah Putri tuu jahat tau! Dia nak jual Putri untuk melangsaikan hutang dia. Sanggup seorang ayah nak jual anaknya?!

Sinopsis DRAMA SWEET DREAMS ASTRO

Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Qash punya aura mysterious, boleh tahan garang, keras hati dan agaknya ada tokoh jadi samseng juga, banyak pintu dipecahkan dan sentiasa menang bila belasah orang. HAhaa..

Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Senang citer macam tak de kawan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.

Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.

Namun kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Siapa gadis itu? Apa hubungkait antara mereka berdua? Dan dari satu pertolongan ke satu pertolongan mula menjelaskan maksud yang tersirat disebalik mimpi. Pentingkah kehadiran perempuan bernama Putri dalam hidupnya nanti?

“This might sound weird, Putri. But I’m different. Diri I tak macam orang lain.” ~ Qash Adam

Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar. Chewahhh….

Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

Bagaimana kah kesudahan drama Sweet Dream ini. Apakah konflik yang akan menduga mereka? Siapakah yang mencuri potret “berharga” dari Art Room Qash, kondo Qash. Yg ada access code cuma orang -orang tertentu aje?

Hurmmm… Jawabnya kena laaa tonton sampai habis sambil tengok hero hensem si Ben Amir yang semakin meletop ni…

Pelakon Drama SWEET DREAMS

JUDUL : SWEET DREAMS
TARIKH TAYANGAN : 5 Ogos 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama – Astro Ria 104 | Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENULIS SKRIP : Nazri M. Annuar & Mamu Vies
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, Didi Astillah, Michael Ang

WATAK PELAKON
Mira Filzah sebagai Puteri
Ben Amir sebagai Qash Adam
Sean Lee sebagai Karl
Nina Juren sebagai Laila
Yuna Rahim sebagai Cempaka
Yusuf Bahrin sebagai Amar
Nasz Sally sebagai Farah
PU Azman sebagai Fadil
Didi Astillah sebagai Melissa

LAGU TEMA / OST
iamNEETA – Ilusi

Amacam? Tergoda gak tengok Ben Amir? Gandingan yang mantap kann? Naskah dari produksi David Teoh biasanya memang cantik hensem dan jalan ceritanya santai dan boleh laaa layan…

Kot korang terlepas nonton, atau nak tonton live oun buleh… Korang pi tengok kat YouTube Astro Gempak

Pasni ramai laaa yang pandai guna isyarat tangan. Satu pendekatan yang bagus juga. Kannnn? ppsssttt … hensem tak dia? hehee

Sinopsis DRAMA SWEET DREAMS Ben Amir Mira Filzah

Related posts:

Mustajab DOA sebelum Berbuka Puasa dan Sahur
Inisiatif AEON Dan KPDNHEP WKL Program Jualan Keluarga Malaysia
Sebab kotak baru Susu LAZZ ada Omar Hana laaa anak Nina...
Review CETAPHIL Pencuci Muka Terbaik Mampu Rawat Muka Breakout
Lifestyle Review AstroBen AmirDramaDrama 10pmDrama bestMira FilzahSinopsisSinopsis Sweet DreamsSweet Dreams

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (46)

  1. Anwar Zakuwan says:
    August 8, 2019 at 10:25 pm

    Aaaaaaaa citer ni, melting habis tengok.. Humm

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      August 9, 2019 at 5:50 am

      Kannn… Ramai dok cair tengok citer Sweet Dreams ni..

      Reply
  2. Kata Pujangga says:
    August 8, 2019 at 11:16 pm

    Dah update pun…. Kita selalu tunggu sinopsis drama dari awak
    Kita suka baca olahan sinopsis awak. Teruskan tau

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      August 9, 2019 at 5:51 am

      Allahu… Ada yang tunggu tuuu yang buat kita touching.. Makaseh awak

      Reply
  3. Jessie says:
    August 9, 2019 at 10:30 am

    Yay finally ada movie berasaskan love story. Sebab last few month banyak movie hantu. Jadi memang tak sabar nak tengok movie sweet dream ni. Best pulak review ni

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      August 10, 2019 at 3:19 am

      Selamat menonton Jessie! Best citer ni tau!

      Reply
  4. mess says:
    August 9, 2019 at 12:42 pm

    orang ramai cakap drama ni macam ala-ala korea pastu ramai persoalkan mira filzah ni tak panas ke pakai gitu kat malaysia hahaha

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      August 10, 2019 at 3:17 am

      Kann…. Berlapis lapis baju dia. Sponsor kot. Terpaksa pakai. Huhuu

      Reply
  5. Julia Mahir says:
    August 9, 2019 at 2:02 pm

    Nampak trailer cerita ni kat Youtube hari tu. Macam best je. Tapi kat rumah ni tak tgk TV huhu

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      August 10, 2019 at 3:16 am

      Try laaa tonton. Boleh tengok online kat Astro Gempak. Live ada ulangan pun ada

      Reply
  6. Mohamad Khairil Bin Hassan says:
    August 9, 2019 at 2:38 pm

    Nampak menarik tapi seperti biasa, saya bukanlah seorang penggemar drama melayu. Mungkin sebab tiada masa untuk to ton dan juga lebih gemar drama Barat. Mungkin suatu hari nnti akan cuba untuk tonton drama Melayu. Terima kasih share ya.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      August 10, 2019 at 3:16 am

      Yesszaaa… Biasa jer lelaki jarang suka drama melayu. Hehee

      Reply
  7. Jane says:
    August 9, 2019 at 3:29 pm

    The movie so romantic. Kena panggil husband I bawa I pergi tengok supaya dia akan jadi lebih romantik. Ha ha ha !!!

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      August 10, 2019 at 3:15 am

      Jane, yup romantik komedi drama. Ada kat Astro jer beb.. Happy watching

      Reply
  8. adianiez AIDA says:
    August 9, 2019 at 4:12 pm

    hot la ben amir lepas ni. rambut nyer tu, aduh!!! 🙂
    aida x dpt la tgk ni, nina. takde 104.
    so, kena layan di utube lah, if available.
    ada tgk iklan nyer berlegar-legar di 105. menarik.
    mira filzah cantik ayu. ben amir segak, rambut gitu, mata kuyu kuyu gitu.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      August 10, 2019 at 3:07 am

      Aida leh tengok kat Astro Gempak. Ada live lagi tau..!! Kot terlepas pun boleh tengok gak kat situ

      Reply
  9. Maz says:
    August 9, 2019 at 5:05 pm

    Dalam novel .. watak putri memang gadis bisu ke

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      August 10, 2019 at 3:06 am

      Aahh… Mas, memang bisu. Karektor semua sama. Ending tak sure sebab biasa nya drama ada adjust sikit²

      Reply
  10. julie zinlai says:
    August 9, 2019 at 8:02 pm

    nak sangat tengok cerita ni. tak sempat lagi. malam ni la tengok. nak tengok mira filzah je. baby sayyyaaaanggggg. hahaa.. love mira filzah

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      August 10, 2019 at 3:05 am

      Wahhh…. Fans Mira Filzah was here!
      Memang comel dia

      Reply
  11. Qeela says:
    August 9, 2019 at 8:52 pm

    Um qeela totally not a fan of drama melayu and jarang tengok TV channel biasa so mmg tak up to date langsung drama2 melayu baru ni sebenarnya heheh. Dari sinopsis tu mcm comel2 la ek cerita ni..tgk gmbr Ben Amir tu mcm ada gaya Noah Centineo pulak haha. have fun la yea layan drama kegemaran

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      August 10, 2019 at 3:04 am

      Kannnn… Ramain tertengok citer ni sebab Ben Amir tu. Nina pun terpengaruh ngan citer gosip dak remaja anak sulung nina. Trending kat sekolah katanya.. Hehee

      Reply
  12. Ruby says:
    August 9, 2019 at 9:34 pm

    Rambut ben tu, hensemmmnya dia. Heee

    Gandingan mantap dengan mira filzah yang super cantik ayu tu

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      August 10, 2019 at 3:03 am

      Kannnn… Rambut dia buat nampak stylo. Match ngan watak dia yang misteri

      Reply
  13. Muhammad Naim Abdullah says:
    August 9, 2019 at 11:00 pm

    Dengar kata drama ini sekarang dah trending ka? Maaf la, Naim memang tidak minat drama ( orang lelaki) haha. semoga ia mendapat sambutan

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      August 10, 2019 at 3:02 am

      Normal orang lelaki memang jarang follow drama. Nak nak plak drama jiwang gini… Hehee
      Hilang macho kalau tengok ehh?

      Reply
  14. Mahamahu says:
    August 10, 2019 at 12:56 am

    Kita tengah follow drama ni sekarang ni hehehee setiap malam tak pernah miss nak tonton tapi tak nak lah baca detail kat sini nak tengok yang dalam drama baru betul-betul sweet hehehehe cuma Ben Amir tu muda sangat untuk Mira Filzah kalau Remy Ishak kita setuju wakakakakka…

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      August 10, 2019 at 3:01 am

      Yup setuju gak Mira Filzah ngan Remy Ishak match sangat kann?
      Tapi Ben Amir tu not bad gak lakonan dia. Mungkin sesuai ngan Intan Najwa yang lebih muda dan comel dari Mira Filzah kot kan… Eh! Memandai jer kita. HAhaa

      Reply
  15. Ana Suhana says:
    August 10, 2019 at 6:42 am

    Dah nampak promo drama ni byk kat ig. Sure meletop sebab ada MF dan BA ni. Jalan cerita pun nampak mcm best. Boleh lah try layan nanti. Kot tersuka kan.

    Reply
  16. Fadzi Razak says:
    August 10, 2019 at 10:50 am

    Saya pun terjebak tengok ni. Jarang jarang tau saya nak tengok cite drama melayu ni. Sampai suami pun tegur, best sangat ke cite ni?

    Reply
  17. AhmadiKatu says:
    August 10, 2019 at 11:23 am

    Sebenarnya tak pernah nak tengok TV dah hampir 5 tahun..sebab tu tak tau perkembangan industri drama dan movie negara kita ni. Tapi cuma ikut sikit2 je tu pun dari review kawan2 jak la…semalam kalau tak silap ada youtuber negara kita kata lakonan watak perempuan tu ada kurang sikit sebab bawa watak OKU ye,,,betul ke?

    Reply
  18. Nadia Johari says:
    August 10, 2019 at 1:17 pm

    sebab ramai cakap best nad pun tertengok..hahahhaa…tapi awat semua suka ben amir, nad tengok bias aje..hahaa..tapi mira filzah berlakon memng best

    Reply
  19. slumberlady says:
    August 10, 2019 at 3:48 pm

    Saya jarang nak layan drama. Tapi sesambil scroll instagram tengok juga sneak peek. Haha. Menarik jln ceritanya. Thanks share sebab terbit rasa nak tahu. Haha

    Reply
  20. Nisa Kay says:
    August 13, 2019 at 11:10 am

    crush baru kita, ben amirr rhahahahahaha
    nisa follow jugak drama niii

    Reply
  21. Ooopya says:
    August 13, 2019 at 11:20 pm

    Kak tahu x berapa episode cerita ni ? Puas cari xjumpa huhuhu

    Reply
  22. anis says:
    August 14, 2019 at 6:03 am

    u..Drama arahan micheal ang,.bukan david teoh..

    Reply
  23. Zharif Azis says:
    August 14, 2019 at 1:04 pm

    Kita x sempat nak catch up dgn drama2. Sinopsis drama nie nampak menarik. Nanti nk cari lah novel dia kalau ada

    Reply
  24. sha ibrahim says:
    August 28, 2019 at 11:02 am

    Honestly i pun tak ikut citer ni dari epi 1 – 4 sbb i am not a fan of both baik Mira or Ben. Sekali tertengok iklan kot, and also anak sedara dok citer2, i guess for me, mula2 tu mmg angau pasal rambut si ben tu. but overall, jalan cerita and skrip cerita ni yang sgt2 baik & menarik. Byk kali jgk tgk citer arahan Micheal Ang, but for this one rasanya sbb skrip dia yang sgt2 santai buat i lebih suka. All characters ada kekuatan, not about main cast je. ok done bebel! hahahahah anyway… i suka gandingan mira + ben. they look sweet together!

    Reply
  25. Pingback: Sinopsis Drama CINTA BELUM TAMAT TEMPOH Astro
  26. Hannamaruku says:
    September 25, 2019 at 3:00 pm

    Cite ni memang best. Rasa tak lengkap hidup kalau tak telepas episod! Hee

    Reply
  27. Pingback: Sinopsis Drama DEMI RINDUMU Astro lakonan Janna Nick dan Sean Lee - Nina Mirza
  28. Pingback: Sinopsis Drama JUJURLAH NIKAHI AKU - Astro lakonan Sean Lee dan Uyaina Arshad - Nina Mirza
  29. Pingback: Sinopsis drama CHANDELIER lakonan Ben Amir dan Mimi Lana
  30. Pingback: Sinopsis Drama SANG PEWARIS Full Episod Akhir Ben Amir Amyra Rosli
  31. Pingback: Ini 5 'Trend' Wajib Ada Dalam Drama Melayu, Adakah Anda Setuju?
  32. Pingback: Sinopsis Drama ROMANTIKA 4 HARI 3 MALAM Episod 1 - Akhir

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes