As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… petang-petang biasanya korang sajikan apa tuk anak-anak? Biasanya waktu petang anak-anak memang kelaparan. Nak nak kalau hujan.. Sibuk laaa dok cari kudap-kudapan kat dapur. Resepi Tauhu Kukus Goreng Sedap
Tauhu kukus goreng nie amat sesuai buat breakfast dan bekalan anak-anak kat sekolah. Sangat berkhasiat daripada makan nugget/sausage yang jual kat sekolah kann…? bukan boikot kantin sekolah
Eilman ada bagi kawannya seketul buat rasa, “kenapa nugget awak lain tapi sedap sangat?” :::: itu comment budak darjah tiga.
Part comment kawan Eillya yang tahan…. “ Eilman, sedap lah nugget awak, mama awak buat ehh? Esok bawak lebih kita nak beli…!”
Mmmm….. budak-budak pun pandai makan dan menilai. Homemade food sememangnya lebih sedap dan terjamin. Dan paling penting – No MSG!
Jom tengok resepi Tauhu Kukus Goreng Sedap ni… memang sedap weyy… Kalau tak, tak kan kawan Eilman siap request suh bawak lagi esok. Tengok laaa kalau esok mama rajin. Haha
Sebenarnya kan… Anak-anak tak berapa suka makan tauhu. Bila dah bikin jadi gini, laju lak depa makan. Padahal depa tak tahu, ni Tauhu! Hahha..
TAUHU KUKUS GORENG SEDAP
Bahan-bahan
2 packet tofu telur
2 keping tauhu
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur ayam
100gm isi ayam atau terpulang citarasa – dipotong kecil/dadu
1 labu bawang besar – dipotong dadu
1 biji kentang – sagat halus
1 batang carrot – sagat haus
Sedikit daun ketumbar – dicincang halus
Sedikit serbuk lada sulah
Garam seukup rasa
Cara penyediannya
1 Lenyek tofu dan tauhu hingga halus. Nina menggunakan garfu.
2 Kemudian masukkan kesemua bahan. (tepung gandum, isi ayam, bawang besar, kentang, carrot, dan daun ketumbar, lada sulah, telur dan garam secukup rasa)
3 Gaulkan kesemuanya hingga rata.
4 Kukus selama 20-30minit hingga masak.
5 Keluarkan dari acuan dan sejukkan dahulu
6 Potong-potong ikut citarasa sendiri. Nina potong petak-petak ajer
7 Salut tepung dan goreng hingga keperangan. (Nina guna tepung serbaguna goreng ayam)
8 Toskan dan sedia dihidang
Pesanan penaja >> Sila buat lebih yaa… Kalau family korang punya anak suka makan nuget macam anak-anak Nina. Risau tak cukup nanti! Hehee… Oh ya..! Korang boleh frozen kan juga. Memudahkan keje korang. Bila-bila nak makan, tunggu tak beku pastu goreng. Mmm… makan panas-panas. Wallaa..!!
Kalau anak-anak korang suka makan Tauhu, korang boleh laa try Tauhu Goreng Sumbat Isi Ayam plak… Tapi kalau korang punya kerajinan tahap tertinggi KLCC, korang harus cuba Tauhu Bunga Berinti yang cantik lawa ni plak yaa. ..
Ok Daaa…. nak nikmati Tauhu Kukus Goreng! Bismillah
Resepi Tauhu Kukus Goreng Sedap
mudahnya..blh cuba ni..:)
Belum pernah lagi rasa Tauhu kukus goreng ni…
Boleh cuba rasa ni…
Kalau anak dah kata sedap tu memang bestlah. Budak budak ni memilih sangat makan. Naik risau hati mak ayah dia.
Terpaksa jadi masterchef, karate sayur dan pegang erat sudip setiap hari. Hehe
Wahhh untung anak mak rajin masak… Kalau SS ni ntah jadi apa la tauhu kukus nih huhu
best… mcm senang je buat
Boleh try ni nina. Macam mudah jer..anak anis pun x makan tauhu.