Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Rockstar Gym tempat riadah terbaik untuk asah minat bakat anak
November 16, 2016November 16, 2016

“Rockstar Gym ni best laaa Mama… Nanti kita datang lagi yaa..”

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera…Pernah tak korang tanya kat anak korang aktiviti apa yang mereka minat? Adakah mereka minat pada aktiviti lasak, indoor atau outdoor? Atau anak yang kecik, kita sekadar lepas batuk kat tangga bagi aje gadget supaya mereka dok diam? Atau yang dah bersekolah kita dok suruh mereka baca buku sekolah aje! Hurmmm … Rockstar Gym tempat riadah terbaik untuk asah minat bakat anak

Isi Kandungan hide
1 Rockstar Gym
1.1 Apa yang menarik kat Rockstar Gym ?
1.2 Rockstar Gym | One stop centre
1.3 Tenaga pengajar yang profesional
1.4 Kawasan yang selesa dan selamat
1.5 Rockstar Gym tempat riadah terbaik asah minat bakat anak
1.6 Related posts:
2 8 SEBAB RELY APLIKASI KELAS ONLINE TERBAIK UNTUK PELAJAR SEKOLAH
3 Resepi ringkas cepat siap : Ayam Masak Masam Manis ....
4 Resipi Nasi Planta Pelangi warna kehidupan
5 MY MELTY HERSHEY & Step by step to do....

Agak-agak korang tau ke potensi apa yang ada pada anak korang? Kot selama ni korang tengok anaknya dok melompat-lompat tiap kali dengar musik lagu Hip-hop. Kengkonon nak jadi ala Showdown.. Atau dok pusing-pusing ala ballerina macam dalam muzik box. Ker anak korang dok tendang bola pastu jerit “Gol”.. Atau selama ni  korang tak pernah nampak dan ambik tahu apa anak korang suka buat? Korang suka depa dok diam ajer ehh… 🙁

Hey heyy … Jangan lah gitu. Apa yang mereka main lah yang memupuk semangat dan minat mereka. Ini penting untuk tumbesar mereka. Dah nama pun kanak-kanak… Sifat aktif nak bermain tu tak pelik. Yang asyik dok diam tuu lagi bahaya!

Rockstar Gym tempat riadah terbaik untuk asah bakat tumbesar anak

Rockstar Gym

Rockstar Gym… ?? Ok, mesti korang kata alahai… Gym jer kot. Tempat untuk anak-anak bersenam. Kann..?? Ok, betul. Tapi di sini lah tempat riadah yang sesuai untuk anak korang. Rockstar Gym ni bukan sekadar sebuah gym tau!

Apa yang menarik kat Rockstar Gym ?

Rockstar Gym tempat riadah terbaik untuk asah bakat tumbesar anak
One Stop Centre. Semua ada untuk anak korang!

Rockstar Gym | One stop centre

Kat Rockstar Gym menyediakan pelbagai program dan aktiviti sukan  indoor dan outdoor. Ada ballet, gymnastik, martial art, tarian, renang, basketball, renang,futsal, tennis. Korang tak payah nak hantar banyak tempat berlainan untuk anak korang.

Bermula usia 6 bulan hingga 16 tahun boleh join. Mana yang ada anak berderet macam Nina sesuai sangat kumpulkan anak satu tempat riadah.

Rockstar Gym tempat riadah terbaik untuk asah bakat tumbesar anak

Tenaga pengajar yang profesional

Part cikgu nya memang terbaik! Nina suka tengok cara Coach Rockstar Gym yang friendly, mesra kanak-kanak dan pandai mengawal  keadaan. Maklum lah kanak-kanak ni kan sentiasa di luar kawalan. Ada aje kerenah mereka. .. Kejap degil, kejap sporting,  kejap kang merajuk laaa plak! Aduh… Tabah sungguh coach depa.. Rockstar Gym tempat riadah terbaik untuk asah minat bakat anak

Selain bersukan, semangat jati diri *self confident* terbentuk secara tidak langsung. Bila anak korang bersukan dalam kumpulan, mereka belajar bergaul dengan orang yang mereka tak kenal. Anak korang belajar berinteraksi berkomunikasi, hormat-menghormati, berkongsi, teamwork dan yakin pada keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Secara tak langsung, anak korang di didik untuk saling memerlukan. Ini penting untuk proses tumbesar mereka.

Kawasan yang selesa dan selamat

Rockstar Gym tempat riadah terbaik asah minat bakat anak
Ini ruang untuk gymnastik. Luas, selamat dan selesa.

Setiap genre aktiviti di asingkan kepada beberapa studio. So idok ler mereka berlaga-laga semasa melakukan aktiviti. Baby ada studio mereka sendiri, kanak-kanak ada kumpulan dan tempat untuk mereka begitu jugak untuk yang remaja.

Aktiviti  macam futsal, basketball, renang tempat nya juga selamat dan berbumbung. Tak yah risau kot anak korang kena panas atau hujan.

Rockstar Gym tempat riadah terbaik asah minat bakat anak
Kolam renang ni berbumbung. tak der anak sun burn sangat nanti berkubang. Kot risau jatuh saham. Hehe..

Tempat tuk ibubapa menunggu pun selesa. Siap ada kerusi meja. Sambil tunggu anak, korang boleh laa  update blog! hehe… Tak nak tunggu dok melanguk pun tak per, kot korang nak pegi shopping ker sebab pintu keluar masuk hanya untuk ahli. Cukup masa nanti, korang jemput derang…

Rockstar Gym tempat riadah terbaik untuk asah minat bakat anak
Ini plak ruang menunggu santai untuk ibubapa. Relax dan selesa

Rockstar Gym tempat riadah terbaik untuk asah minat bakat anak

Rockstar Gym tempat riadah terbaik untuk asah minat bakat anak
Martial Art pun ada! Pasni anak-anak punya keyakinan diri. Tak sapa berani buli depa. Wachaa.!!

 

Rockstar Gym tempat riadah terbaik asah bakat tumbesar anak
Baby seawal 6 bulan pun boleh join. Belajar menyanyi, menari, berkomunikasi. Bagus untuk tumbesar mereka. Dah besar nanti tak kecut teriak tengok orang tak kenal.. hehe

Rockstar Gym tempat riadah terbaik asah minat bakat anak

Sambil anak bermain, korang akan nampak apa kelebihan dan potensi yang ada dalam diri anak korang. Kot selama ni anak korang dok lompat sana sini terpusing pusing menari, korang ingatkan anak suka gymnastik, rupanya bakat lebih terserlah bila dia menari ballet. Melentuk lembut rupanya badan anak korang lepas join beberapa kelas kat Rockstar Gym ni..

Entah-entah anak korang adalah athlete harapan negara satu hati nanti. Chewah…. Eh! Sapa tau kan..?

Korang pi intai-intai program menarik yang Rockstar Gym tawarkan.  Ada 7 hari  free trial tau! Cepat-cepat pi tengok >>>>

Blog official : http://www.rockstar-gym.com/
Facebook : Rockstar Gym Malaysia

Rockstar Gym tempat riadah terbaik asah minat bakat anak

Rockstar Gym tempat riadah terbaik asah minat bakat anak
Seronok anak-anak first time dapat join! Nanti kita datang lagi ehh… Banyak lagi aktiviti belum cuba..

Rockstar Gym tempat riadah terbaik asah minat bakat anak

Related posts:

8 SEBAB RELY APLIKASI KELAS ONLINE TERBAIK UNTUK PELAJAR SEKOLAH

Resepi ringkas cepat siap : Ayam Masak Masam Manis ....

Resipi Nasi Planta Pelangi warna kehidupan

MY MELTY HERSHEY & Step by step to do....

Lifestyle Parenting Review Tips aktiviti bayi 6 bulanAsah bakat anakballetBasketballBelajar sambil bermainFutsalGymnastikMartial ArtRemajaRenangRockstar GymRockstar Gym MalaysiaRockstar Gym Setiawalk MallRockstar Gym The MinesRockstar Gym TropicanaSukanTarianTempat riadah

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (10)

  1. trex says:
    November 16, 2016 at 8:46 am

    anak dh besar nanti boleh la bawa sini. nampak menarik sgt

    Reply
  2. shiqeen sattar says:
    November 16, 2016 at 9:37 am

    ruginya ss x join sekali hari tu huhuhu

    Reply
  3. Kak Sue says:
    November 16, 2016 at 9:50 am

    Menarik tempat nie..anak-anak Kak Sue mesti suka nie..

    Reply
  4. shark says:
    November 16, 2016 at 10:45 am

    ini kalau dapat pergi rasanya memang xnak balik dah masing-masing ni,
    heheh.
    lengkap semuanya.

    Reply
  5. Mama Kembar 3 says:
    November 16, 2016 at 11:21 am

    Tadi baca kat blog Shehan, ni kat blog Nina plak…lagi laa berkobar rasa nak bagi anak anak try. Nampak best sangat!

    Reply
  6. ciktie says:
    November 16, 2016 at 12:07 pm

    nampak cam menarik tempat ni.. kalau bawa si kecil tu mesti seronok dia

    Reply
  7. nadia johari says:
    November 17, 2016 at 2:06 am

    semuanay menarik dekat sini. Tunggu fariza besar sikit lagi bawak la sini

    Reply
  8. anuar says:
    November 17, 2016 at 5:39 am

    Banyak aktiviti dan kemudahan yang disediakan di rockstar gym ni rupanya..
    Siap ada swimming pool lagi… memang seronok samgatlah anak-anak yang datang ke sini..

    Reply
  9. Mazniazmi says:
    November 17, 2016 at 6:02 am

    Banyaknya aktiviti kat gim ni. Taekwando pun ada

    Reply
  10. Yanieyusuf says:
    November 17, 2016 at 11:52 pm

    Seronok tgk dan bertuah anak2 skrg..pelbagai kmudahan disediakan.ibubapa perlu ambil peluang utk anak2 ni..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes