Review kasut LUCCA VUDOR best giler pakai. Puashati! Jarang sekali Nina bercerita tentang kasut. Yelah, jarang membeli so jarang lah nak cerita. Tambahan lagi kasut adalah antara benda yang Nina susah nak beli, cerewet kot atau lebih tepat hanya beli bila betul-betul suka dan rasa berbaloi.
Kasut antara benda yang Nina suka beli dulu masa Nina keje. Yelah masa keje ada duit sendiri so suka lah melaram. Asal ada sale kat Sogo je Nina akan beli handbag atau kasut as rewards to my self. Koleksi Nina pelbagai warna dan design. Sebab ketinggian nan hado maka kasut tinggi 5 inch wajib ada. Gigih nyer laaa dolu daku dengan berkasut tinggi!
Tapi sejak jadi surirumah ni, dah kurang minat nak beli kasut. Hurmm… Nak pakai pi mana jer kann?
Lagi suka sandal, atau kasut style sneakers murah murah je. Atau mungkin faktor usia kot dah malas nak melaram bergaya sakan. Lebih sukakan kesederhanaan dan keselesaan. Asal ada sudah! HAhaa..
Story tentang Aku dan Kasut
Bila jarang beli kasut, bila ada peluang membeli memang Nina pentingkan keselesaan dan kualiti.
Prefer kasut kulit original sebab bertahun-tahun pun masih helok. Setuju tak?
Saja nak share ngan korang, kebetulan baru ni Nina grab kasut original leather yang superb selesa dipakai. Benda baik kannn opkos lah teruja Nina nak share ngan korang.
Amacam lawa tak?
Tak tinggi sangat tak rendah sangat. Sesuai lah nak nampak kan sikit acah-acah Nina tinggi 2 inch. HAhaa
Jadi laaa kann
Kasut kulit lebih selesa dipakai tahan lasak
Kasut Lucca Vudor dari Singapore ni diperbuat daripada kulit anak lembu dari Italy. Original leather you!
Kasut ini mempunyai sokongan yang lembut di bahagian belakang kasut, dalam kasut dan bahagian sarung depan kasut! Selesa sangat.
Ya selesa main point dia. Empuk tapak dia bak kusyen gitu.
Korang yang mana ada masalah tumit sangat ke sesuai laa cuba kasut dari LUCCA VUDOR ni.
Design dia pun banyak yang cecantik. Nina beli online je! Size ngam, selesa!
REVIEW : Kenapa Nina suka Kasut Lucca Vudor ?
- Kasut dia BEST giler! Tapak nya cukup selesa. Pakai berejam seharian pun tak sakit kaki.
- Banyak sungguh design yang menarik dan stylo! Korang tak caya pi lah intai sendiri. Berejam berhari jugak nak buat pilihan.
Adakah daku cerewet?HAhaaa Bukan bukan.. Duit bukan berbillion so kena lah berbelanja dengan berhemah kann.. Semua cantik-cantik belaka! - Website dia friendly user sebab jenis kasut dia bahagikan kepada beberapa bahagian. Senang nak pilih. Ada jenis sandal, flat, heels, slipper dan sport shoe pun ada.
- Harga mampu milik. Memang berbaloi puas memakai.
- Dekat website ada dinyatakan – LUCCA VUDOR ni satu-satunya pembuat kasut di dunia yang membuat kasut dengan terperinci dan sempurna yang menggabungkan keselesaan dan gaya.
- Kasut yang sesuai untuk apa jua acara kerja selesa dan gaya hidup yang paling popular di Singapura.
Kelebihan Kasut Lucca Vudor
Kasut Mewah buatan tangan di Itali yang direka khas untuk keselesaan dan menitikberatkan gaya.
- Kulit anak lembu Itali berkualiti tinggi untuk keselesaan.
- Ruang tambahan untuk jari kaki yang halus – tiada luka atau geselan yang menyakitkan!
- Insoles kusyen direka khas untuk sokongan dan daya angkat tambahan.
- Sokongan di belakang kasut yang berkualiti tinggi dengan buatan tangan.
- Bahagian depan sarung kasut yang lembut.
Cara Mengukur Saiz Kasut beli online Lucca Vudor
Tidak dinafikan bila beli online ni ada kerisauan kot kasut nanti tersalah size. Kat website Lucca Vudor menggunakan saiz Asia/Eropah yang menawarkan saiz 35 hingga 41 untuk kebanyakan reka bentuk kasut.
Tapi kalau korang cam was-was nak order size apa, korang boleh minta bantuan staff Lucca Vudor dengan message diorang di website. Diorang akan bantu korang untuk memilih saiz kasut yang sesuai dengan korang. Cepat pantas respond derang. Terbaik laa..
Kenapa beli Online Kasut Lucca Vudor ?
- Korang akan menikmati diskaun sebanyak 35% untuk semua jenis kasut kalau korang beli kasut Lucca Vudor secara online. Banyakkan diskaun?
- Kadar rata SGD20 untuk penghantaran antarabangsa ke mana-mana tempat di dunia
- E-mel akan dihantar apabila pesanan korang telah dihantar
- Penghantaran yang cepat. Korang boleh menjangkakan kasut korang akan sampai dalam tempoh 5 hari bekerja.
Cara beli Online?
Website : https://luccavudor.com/
Review kasut LUCCA VUDOR puashati. Best giler pakai. In Love!
Don’t Choose Between Comfort or Beauty when You Can Have Both with Lucca Vudor!
Chewah… cakap omputeh Nina. Meh translate tuk korang
Berbelanja ni kena pasti ianya berbaloi. Beli kasut macam percaturan entah kan ok ke tidak sebab kadang tuu kasut dah cantik stylo tapi bila pakai tak selesa dan begitu juga sebaliknya.
Tapi di Lucca Vudor korang boleh dapat kedua-duanya sekali, keselesaan dan design yang menarik. Alah membeli menang memakai gitu.
Kasut dah cantik gini sdok veragan indahnya photoshoot healing Cheery Blossom di Jeju. Aaa gitu! Berangan tu kan percuma. HAhaa
Ok laa back to reality, kita jalan-jalan tempat menarik Ipoh pun jadi laaa.. Bergambar di Pasar Karat Ipoh, Taman Mini Jepun, Time Tunnel Ipoh pastu round-round bergambar lagi. Berangan memang best! HAhaa
Okies buat yang takut-takut nak beli kasut online, dont worries!
LUCCA VUDOR ada je butik kat Malaysia terchenta ni di Atria Shopping Gallery PJ Selangor
Pi laa intai usha sendiri. Jangan nanti dah tengok belum ada bajet nak beli sudahnya termimpi-mimpi nanti. Parah!
Orang pompuan memang gini, bila dah suka memang kecamuk jiwa raga. HAhaa
Alamat butik Lucca Vudor
MALAYSIA
Atria Shopping Gallery (Lot G-15)
Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Opening Hours: 11.00AM TO 7.00PM
SINGAPORE
Suntec City #02-346
3 Temasek Boulevard Singapore 038983
Opening Hours: 11.00AM TO 8.30 PM
Star Vista #01-30
Envy And Pride
1 Vista Exchange Green Singapore 138617
Opening Hours: 11.00AM TO 9.00PM
Beauty World Centre #02-30
Envy And Pride
144 Upper Bukit Timah Road Singapore 588177
Opening Hours: 11.00AM TO 7.00PM
Tips beli kasut
Pemilihan kasut yang betul amatlah penting untuk kaki kita. Boleh jadi satu pengalaman yang mengerikan kalau kita tersalah pilih kasut. Bukan apa, kalau terbeli yang tidak berkualiti akibat nya mungkin akan mencederakan dan menjadikan parut di kaki apabila kasut bergesel dengan kaki kita. Sudahnya nanti kaki akan luka, ia juga memberi kesan negatif kepada kesihatan, postur dan kesejahteraan kaki dalam jangka masa panjang.
Bagi memastikan korang memilih kasut yang betul, korang perlulah mempertimbangkan beberapa perkara supaya tidak salah memilih. Antaranya :
• Pastikan saiz kasut betul bagi mengelakkan kasut terlalu kecil atau besar. Elakkan ukur kaki masa waktu petang sebab waktu petang kaki kita mengembang sikit. Saiz kasut yang tepat memudahkan pergerakan korang.
• Material kasut perlu diambil tahu. Takut korang tak sesuai dengan material kasut tersebut dan menimbulkan masalah pada kaki korang nanti.
• Jenis kasut perlulah dipilih mengikut tujuan penggunaan kasut tersebut. Korang nak gunakan kasut tersebut untuk apa situasi. Jangan lahh kasut sukan tapi dipakai untuk majlis rasmi dengan berbaju kurung pakai. Atau sakit tumit tinggi untuk acara suka. Tak sesuai kann..? HAhaa
So apa kasut kegemaran korang?
Cantik sungguh. Nampak kelembutan permukaan tapak kasut tu.