As’salamualaikum dan Salam Sejahtera.. Sapa suka makan nasi lemak? Haishh … Sapa yang tak suka kann.. Semua golongan pun suka nasi lemak. Malah pelbagai kaum kat Malaysia ni pun suka makan nasi lemak. Setuju tak? Kat mana Nasi Lemak MakSu RM1 murah sedap
Sekarang ni berapa harga sebungkus nasi lemak kat kawasan korang? Biasanya sekarang sebungkus di jual pada harga RM1.50 ke RM2 sebungkus. Kat KL ni mana nak jumpa lagi nasi lemak RM1 sebungkus. Ada ke..?? Kat Kuala Lumpur?? Hurmm….
Kuala Lumpur.. Senyumanmu Di pagi ini, sungguh bererti kerna cinta bersemi lagi setelah kemarau panjang… Aduduuu …. Ternyanyi lak! Usah dilayan sendu Nina. Ngade!
Ok.. Nasi lemak RM1 kat KL? Ahaa… Ada tau! MyGang beria-ia nak Nina rasa. Memula memang tak percaya masih ada yang jual nasi lemak RM1 kat area Kuala Lumpur. Yelah, KL ni santan mahal, daun pisang pun mahal… semua pun mahal! Untung tak seberapa… 🙁
Akhirnya …. tadaaa
Nasi lemak semangkuk, ada sambal ikan bilis, kacang dan telur dadar. Sedang cukup! Dibungkus alas daun pisang, Wangi …. RM1 memang berbaloi-baloi. Paling Nina suka sambal nya! Menepati selera..
(tak de ikan bilis goreng, timun dan telur rebus sebelah biji) Haipp…!! Singgit jer kannn
Memandangkan Nasi Lemak ni berharga hanya RM1 , maka berhinggit-hinggit sampai seploh hinggit Nina beli! Tamaknya…!! Hahaha . . .
Kat mana? Kat mana Nasi Lemak MakSu RM1 murah sedap
Kat Datuk Senu Sentul. Berdekatan dengan 7-11. Gerai nya kecik jer tepi simpang. Ada signboard tulis ‘Nasi Lemak MakSu RM1’
Tapi . . . Kalu nak beli kena datang pepagi sesangat! Kalau korang rasa jam 8 tuu pagi sila balik sambung tido yaa.. Kena datang sebelum pukul 7pagi. Itupun kalau ada lagi…
“Bagus memanda menteri, bagus. Jikalau begitu sebelum subuh beta sampai” Cut! hahaa . . .
Kalau korang nak, sila cari kat sana ehh… datang awal tau! Rasai sendiri kesedapan sambal Nasi Lemak RM1 yang Nina citer ni.. Tapi kalau korang rasa tak sedap maaf laa yaa. Sedap tuu kan subjektif.
Soft reminder >>> Chewah! Soft lah sangat… Nasi Lemak sehinggit so jangan lak KPI korang nak kan rasa dia, bahan-bahan dalamnya complete macam Nasi Lemak kat Hotel yaa.. hehee
Peace No War 🙂
sakan jugak tu siap ada telur goreng dan kacang goreng..
alhamdulillah kat tempat husna masih ada.. rata2 mmg dijual dgn harga RM1..;)
Husna tinggal mana? Beruntung masih ada jual RM1 kat sana…. kalau Nina ada sana, mau di borong tiap hari
Hahaaa
ada lagi ehh rege seringgit… agak susah skrg nak jumpa.. kat kampung pun masih ada laa tapi seciput je , makin lama makin sikit
Tu laaa … tak sangka masih ada RM1
Sebab kat kawasan Nina ni semua dah mahal
Nampak sedap tu. Kat kaw rumah i ada gak nasi lemak seringgit camtu, tp telur rebus suku. Jadilah…janji sedap!
Betul3x… janji sedap!
dulu-dulu selalu dating ngan edy kat nasi lemak sting garden belakang kelab sultan sulaiman ,kg baru heheheh nasi lemak dia dari 70sen tapi dah naik 90 sen,suka makan sampai 3 bungkus sorang sebab kecik-kecik tapi suka sebab pilihan lauk banyak terutama ikan bilis sambal petai dengan paru goreng berlada hehehhe selalu kedai tu bukak malam je.
Nanti nak pi cari laaaa … tak sabar nak rasa paru berlada…. baru baca dah terbayang-bayang
Hahaha
Teringat zaman sekolah dulu… Makan nasi lemak rm1 da kenyang.,.
Nasi lemak bungkus daun pisang lebih wangi dan sedap dr makan hidang dlm piring