Kek Coklat Moist sememangnya evergreen …. Sedapnya tak lapuk dek zaman. Setuju tak? Kek yang sentiasa menjadi pilihan tak kira usia mahupun bangsa. Dari orang tua sampai lah ke kanak-kanak pastinya Kek Coklat Moist pilihan ramai. Cuma semenjak dua menjak ni, Kek Coklat telah bekerjasama ngan Cream Cheese dan menghantui ramai penggemar kek coklat. Chewah… !! Pandai lak kek tuu berkolaborasi. Hehee… Dan kemudian ia diberi nama Devil’s Cake a.k.a Kek Berhantu .. !! So ramai lah giler nak cuba Resepi Kek Coklat Moist Berhantu ni. Termasuk lah Nina. HAhaaa
Ker ada yang tak tahu lagi? Ok meh Nina terangkan sikit, Kek Berhantu ni bawahnya kek coklat moist, tengah nya cream cheese dan lapisan paling atas lak cream coklat leleh a.k.a. Coklat Ganache. Ketiga-tiga kombinasi ini lah dipanggil kek berhantu. Leh bayangkan? Tak leh abaikan jer…. kesian buat korang terliur lak! hahaa
ni bukan Devil’s Kek tapi kek ni memang berhantu. Tak cukup! Sekejapan dah licin . . . HAhaa
Devil’s Cake aka Kek Berhantu | Kek Coklat Moist
Buat penggemar kek coklat dan cream cheese pasti suka kek berhantu tapi ….. Tak semua orang boleh telan dan lalu makan cream cheese! Kann….?? Sapa setuju angkat tangan. Terutama mak pak kita … iyer dak? Orang muda pun ada yang tak lalu nak telan cream cheese! Sapa tuu?? hehee
Memandangkan Nina dah agak lama tak baking kann dalam pantang maka nak gak try buat Kek Berhantu ni. Niat dihati nak sajikan tuk Raya AidilAdha kat rumah mertua. Kengkonon nak bagi depa rasa kek yang tengah trending sekarang ni.. Sekali dok godek-godek bahan dalam gobok rupanya tak cukup bahan – cheese tak de 🙁
Akhirnya Nina buat Kek Coklat Moist Bakar macam biasa pastu buh Cream Coklat deco kat atasnya. Jadi laa…
Untuk resepi Kek Coklat Moist, sememangnya Resepi Kek Coklat Lembab Versi Bakar yang moist sedap ni menjadi pilihan Nina. Dalam banyak-banyak resepi kek coklat, yang ini sangat menepati citarasa. Tak mau dah try resepi lain. Sebabnya?? Ahaaa…. korang kena baca link tadi. Klik sana yaaa…
Resepi Kek Coklat Moist Paling Sedap Mudah Versi Bakar
Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan , Kemudian ayak dan Ketepikan
Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung
Bahan D
250 ml air panas
Cara buat Kek Coklat Moist
1- Memula sekali sediakan bahan A, ayak dan satukan kemudian letak tepi dulu.
2- Satukan semua bahan B, pukul hingga putih
3- Masukkan minyak dan susu cair, pukul hingga sebati.
3- Masukkan bahan A (tepung yang telah diayak tadi) sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula. (Jika adunan banyak dan tak larat nak kaup balik dengan spatula, boleh masukkan dalam Stand Mixer. Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong.) Sebaiknya pakai spatula atau senduk aje!
Kemudian kaedah kaup balik je supanya kek moist gebu
4- Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula, tambahkan air panas dan gaul rata
5- Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak6- Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C. Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
7- Kek dah sejuk sedia dihidangkan ataupun kalau rajin boleh laa deco dulu. Curah ganache coklat kat atasnya lagi sedap!
Resepi Cream Coklat Ganache Mudah Style Nina
1 cawan Susu Segar + 2sudu besar whipping cream
2 3/4 cawan Chocolate Masakan
1 sudu kecil butter
Cara-caranya
1- Chocolate masakan dipotong kecil-kecil
2- Panaskan susu segar dan whipping cream hingga ada buih-buih kecik kat tepi periuk lalu tutup api
3- Masukkan chocolate masakan tadi dalam periuk susu dan kacau rata hingga semuanya sebati
4- Kemudian masukkan butter dan kacau lagi hingga semua rata. Biarkan sekejap (cream coklat akan sedikit pekat) kacau dan boleh lah curah atas kek. Kalau nak simpan kejap dalam fridge pun boleh tapi jangan terlama nanti keras lak!
Untuk hiasan pula, Nina simpan lebihan tadi dalam piping bag dan masukkan dalam peti ais sebentar lagi (supaya lagi pekat supaya mudah masa menghias nanti)
Lepas menghias masukkan cake dalam peti ais untuk bagi deco nya keras
Selamat mencuba!
Memang layan laaaa menikmati Kek Coklat Moist ni walaupun tak de cream cheese. Sesungguhnya Kek Coklat memang tak lapuk dek zaman. Sekejapan licin! Horayy… Oopsss….!! Alhamdulillah 🙂
Wajib cuba : Tutorial Video Cara Buat KEK BATIK LEMBUT GEBU
Seronok tau tengok licin… Lepas lelah Nina dok baking. Giler tak penat?? Baru keluarkan bahan, baby dah panggil nak susu, baru timbang-timbang bahan pi susukan baby lagi… Pastu baru ayak tepung dah stop lagi, tengah nak kacau adunan pi susukan baby lagi…. pastu baby rengek lagi nak sendawa lak! Belum bikin citer bab nak buat cream coklat, deco lagi…. “Berapa lama mau siap??” hahaha…
ppsssttt >>>> bukan jadi kek Berhantu nanti mau nya Nina yang naik hantu! Wakakaka
Akhirnya siap juga! Alhamdulillah . . . (mengada dalam pantang pun nak baking) Padan muka sendiri! hahaa . . . Korang jangan gelakkan Nina ehh.. Bababb kang! Ok.. baby panggil nak susu lagi
Daaaa . . . .
kalau saya jadi akak.. saya dah buka bakery. hiiii
ini memang bini suka makan la jawabnya.
hoho
alahai kak nina, terliur tgk…hihihi
tengokkk pun terliuqqq ehh
Terliur juga tengok… Nyam…nyam..nyam.
artikel sangat bermanfaat sekali
trimakasih admin & salam kenal
Thank you! This is what I need to find.