Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Ikan Tenggiri masak Taucu menu dalam pantang
September 8, 2016April 5, 2023

Ikan Tenggiri Masak Taucu Menu Dalam Pantang

Ikan Tenggiri Masak Taucu Menu Dalam Pantang yang sedap membuka selera. Cara masak pun simple ringkas je. Selain ikan tenggiri, Nina ada kongsikan jenis ikan yang sesuai untuk yang berpantang. Check it out!

Isi Kandungan hide
1 Jenis ikan yang boleh dimakan semasa dalam pantang
2 Ikan Tenggiri Masak Taucu Menu Dalam Pantang
3 Related posts:

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Dalam pantang ni tak banyak jenis ikan yang boleh dimakan. Masa awal-awal dalam pantang hari tu, Geng masakkan Ikan Haruan je. Setiap hari dok makan Ikan Haruan aje! Ikan Haruan bakar, masak sup, goreng pastu ulang semula menu yang sama. Huhuu… :'(

Memandangkan Baby kuning masa awal pantang hari tu, ikan digoreng tanpa serbuk kunyit. Hanya lumur garam jer sikit buat rasa. Selain tuu di masak Sup. Oopsss…. Bukan Sup tapi lebih pada rebus aje! Sebab nurse kata elakkan dulu segala rempah termasuk halia, bawang putih dan bawah merah. Habis tuu.. nak letak apa aje?? Rebus gitu aje dan hanya tambah sikit garam buat rasa… Tabah jer laa

Jenis ikan yang boleh dimakan semasa dalam pantang

Ikan Haruan
Ikan Yu
Ikan Selar
Ikan Tenggiri
Ikan Gelama
Ikan Jenahak
Ikan Kurau
Ikan Bawal Putih
Ikan Senangin
Ikan Bilis

Selain tuu pastikan ikan yang tak berbisa, tak gatal dan senang citer Ikan besar dan ikan mahal. hehee…
Kalau baby tak kuning boleh jer masak pelbagai menu. Sedap-sedap semuanya… Memandangkan Baby Nina dah tak de kuning lagi dah, kali ni Nina masak Taucu. Simple dan mudah dan cepat.

Selain ikan tenggiri, masak taucu ni sedap gak pekena ngan Ikan Cencaru Masak Taucu dan Ikan Kerisi masak Taucu. Ikut selera korang ikan apa nak masak… Kita yang nak makan.. Kot nak try ikan bilis pun buleh. Sedap gak!

Ikan Tenggiri masak Taucu menu dalam pantang

Ikan Tenggiri Masak Taucu Menu Dalam Pantang

Bahan-bahan
Beberapa keping Ikan Tenggiri (atau ikan pilihan anda)
1 camca besar taucu
1 camca besar sos tiram
1 cawan air (atau secukupnya)
Sedikit sos ikan
Secubit gula
1 biji bawang besar saiz sederhana – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 batang cili merah – dihiris
1/2 inch halia – dihiris
1 biji bawang besar – dihiris kasar utk hiasan

Cara-caranya

1- Ikan dipotong pada saiz sederhana, cuci bersih, lumur dengan sedikit kunyit dan garam, kemudian goreng dan toskan.
2- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan halia hingga harum dan keperangan
3- Masukkan taucu dan sos tiram masak hingga mendidih
4- Setelah mendidih, masukkan ikan dan renjiskan dengan sos ikan. Tak payah buh garam sebab taucu dah masin. Kot perlu buh laa sikit garam dan gula secukup rasa. Siap!
5- Sedia dihidangkan bersama nasi putih. .. makan panas-panas memang menyelerakan !! Paling sedap kalau makan ngan bubur nasi

Ikan Kembung Masak Singgang

Selain masak taucu, masa berpantang Nina pun suka makan ikan kembung masak singgang . Resepi ni pun senang sangat masaknya. Buh je semua dalam periuk, tunggu mendidih masak dah settel. Mudah!

Biasanya masa berpantang ni lah saat paling sesuai untuk sapa yang nak turunkan berat badan. Antara menu yang sesuai korang amalkan ialah menu eat clean yang sebenarnya senang, ringkas mudah disediakan. Contohnya korang boleh cuba menu Eat clean Resipi Ikan Siakap Stim Lemon Sedap Mudah  yang paling suka Nina masak. Sedap weyhh..!! So dinasihatkan korang makan dengan portion yang betul ehh. Ghisauuu pulak tertambah tambah tambah nasik nanti! Naya je HAhaa

Eat Clean Cara Masak Resipi Ikan Siakap Stim Lemon

Nampak sedap kannn? Memang naya naya
Korang boleh je ganti kan jenis ikan lain ikut citarasa korang. Yang penting kuah dia sedap!

Selamat mencuba dan Selamat Berpantang buat yang tengah pantang bersalin tuuu!! Jaga diri yaa..

Related posts:

Rupanya ada 31 istilah nama lain BABI dalam bahan makanan
Semestinya Kasut Sekolah PALLAS !!
APAKAH PRODUK MUSLIM BENAR-BENAR MUSLIM?
Oh indahnya zaman kanak-kanak
Lifestyle Parenting Resepi Tips Jenis ikan yang boleh makan dalam pantangLauk Paukmenu dalam pantangResepiresepi mudahresipi ringkas

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (8)

  1. YB Shehan says:
    September 8, 2016 at 5:36 pm

    masa pantang.. ikan talang bes gak. heeee.. sedap resipi2 ni n mudah

    Reply
  2. lisa says:
    September 8, 2016 at 5:40 pm

    ikan keli takleh makan ke kak ? hehehehe…

    Reply
  3. Mama Kembar 3 says:
    September 9, 2016 at 7:58 pm

    Dah lama tak makan msak taucu, nak kena buat lah, teringin plak

    Reply
  4. Shiqeen sattar says:
    September 10, 2016 at 5:54 pm

    Sedapp pulak tgk menu nihhh… kebanyakan menu masa pantang sedap2 belaka

    Reply
  5. Attiey says:
    September 19, 2016 at 4:21 pm

    tenggiri ngan taucu…dah terbayang dah kesedapannya

    Reply
  6. husna zahidi says:
    September 23, 2016 at 11:11 pm

    kalau kat kedai rajin gak makan masakan taucu nih, tp kat rumah tak pernah buat lg..

    Reply
  7. Bella says:
    April 3, 2023 at 9:08 am

    Kata elak bawang merah , bwg putih dgn halia…awl story line tulis camtu…lpstu baca resepi ada plak bwg dgn halia bagai ..haha adoi

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 5, 2023 at 4:45 pm

      Hi Bella,
      Ya betul-betul awal story line kita citer tak letak bawang, halia bagai sebab baby kuning. Nurse yang suruh elakkan.
      Tapi perenggan berikutnya, kita ada mention memandangkan baby dah takde kuning, dah baik dah so kita masak macam biasa. Bawang halia bagai tu sedap letak dalam masakan dan bagus untuk kesihatan ibu berpantang. Hanya elakkan kalau baby ada kuning awal awal berpantang je 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes