Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Eat Clean Cara Masak Resipi Ikan Siakap Stim Lemon
October 10, 2019April 5, 2023

Eat Clean : Cara Masak Resipi IKAN SIAKAP STIM Ala THAI Sedap Mudah Cepat

Eat Clean Resipi Ikan Siakap Stim Lemon Sedap Mudah Cepat resepi yang Nina nak kongsikan hari ni. Resepi paling mudah, paling cepat, paling sempoi. Yang penting ini jugak resepi paling sedap boleh makan tanpa rasa bersalah! HAhaa

Isi Kandungan hide
1 Eat Clean Resipi Siakap Stim Lemon Sedap Mudah Cepat
2 Related posts:
3 Bihun Sup ajer laaa yea
4 CINTA BERSEMI DI WADI SAFIYYAH | SINOPSIS EPISOD 1 - AKHIR ENDING
5 Ruam Lampin! Kesian baby. .. Sapa ada Magic Lotion?
6 Kat mana Satay sedap? Dagingnya lembut empuk lagi moist?? Amboi ... cerewet nya! Haruslah kannn.. H...

Sapa tengah diet tuuu? Meh rapat meh   . . .  Orang yang tengah diet biasa amalkan eat clean kann? Buat yang tak tahu, eat clean ni menu cara masak nya kukus, bakar, rebus, grill gitu. Semua nya tak de goreng-goreng mahupun menumis.

Sebenarnya bagus menu eat clean ni dan paling best sebab senang dan cepat di masak. Penyediannya pun ringkas jer.. Kalau rebus tu, semua pun masukkan jer dalam periuk. Settel!

Resipi Eat Clean Asam Rebus Sedap Ikan Jenahak

Resipi : Asam Rebus Ikan Jenahak Bersama Nenas

Hari ni Nina nak share menu eat clean Kukus. Atau lebih ramai orang cakap Stim. Omputeh lak panggil Steam.  Biasanya proses kukus pun kejap jer dalam 10-20 minit tempoh masak.

Nina suka kukus berbanding bakar atau grill sebab bakar ni proses penyediannya agak lama . Tempoh perapan. Lagi lama perap lagi sedap selalunya … Kannn…??

Ayam Bakar Berempah Sedap Resipi Eat Clean

Resipi : Ayam Bakar Berempah Paling Senang Mudah

Kukus lak kejap jer sebab sambil masak nasi , atas tu kita boleh sekali kukus. Nasi masak, lauk pun siap!

Nah … Menu eat clean hari ni, Ikan Siakap Stim Lemon.   Kali ni special lemon saja sebab nakkan rasa lemon sebenar gitu . . . Kalau korangnak ala Thai, korang add Daun Limau Purut.

Eat Clean Cara Masak Resipi Ikan Siakap Stim Lemon

Eat Clean Resipi Siakap Stim Lemon Sedap Mudah Cepat

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap – cuci bersih pastu rendam dalam air asam kejap, pastu cuci bersih, ketepikan
4 inci halia – hiris nipis
4 ulas bawang putih – ketuk jer
2 batang serai – satu ketuk satu lagi Nina hiris halus
Cili padi secukupnya – ikut laaa nak buh berapa…
Cili kering ikut suka jugak
2 biji lemon – hiris- hiris selit kat ikan. Lagi satu perah atas ikan
Daun ketumbar – hiris tabur atas ikan
Tomato – belah ikut suka
1/2 cawan air panas atau ikut suka nak kuah banyak mana
1 sudu besar sos ikan
Garam gula secukupnya

Cara masak Siakap Stim Lemon
1. Masukkan ikan siakap dalam bekas untuk stim. Macam Nina ikan ni besar kerrr bekas kecik maka ku potong belah terus ikan.
2. Taburkan semua bahan-bahan atas ikan.
3. Kukus 10 minit. Tabur daun ketumbar. Siap di makan!

Senang kann?
Kota piuk nasi besau, sekali masak nasi, sekali kukus ikan. Jimat masa!

Selain Ikan, ayam pun sedap gak kukus. Tapi untuk eat clean, isi ayam part dada sebaiknya walaupun part ada tulang-tulang tu lagi sedap kannn..?? Kita tahu citarasa awakkk .. HAhaa . . .

Resipi Eat Clean AYAM STIM HALIA MUDAH SEDAP

Resipi Eat Clean Ayam : Ayam Stim Halia Mudah Cepat Sedap

Ikan siakap korang suka masak apa? Meh share citarasa korang…

Related posts:

Bihun Sup ajer laaa yea

CINTA BERSEMI DI WADI SAFIYYAH | SINOPSIS EPISOD 1 - AKHIR ENDING

Ruam Lampin! Kesian baby. .. Sapa ada Magic Lotion?

Kat mana Satay sedap? Dagingnya lembut empuk lagi moist?? Amboi ... cerewet nya! Haruslah kannn.. H...

Lifestyle Review Tips Cara Masakcara selamat nak kurusEat CleanIkanIkan Siakap Kukus Lemonmenu cepatmenu dietMenu RingkasMenu Stimnak kurusresipi mudah

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (6)

  1. Hasrul Hassan says:
    October 17, 2019 at 12:30 pm

    Dah lama tak masak siakap stim ni. Kali akhir saya masakkan untuk isteri waktu pantang bersalin. Uhh lama giler.

    Reply
  2. Pingback: Sedap rupanya Ikan Siakap Masak Lemak - Nina Mirza
  3. Pingback: Resipi Mudah Eat Clean : Sup Ayam Jernih | Clear Chicken Soup
  4. Pingback: Resipi Mudah Buka Puasa Sahur MENU EAT CLEAN diet senang dimasak
  5. Pingback: Ikan Tenggiri Masak Taucu Menu Dalam Pantang
  6. Pingback: Resipi Mudah Sahur EAT CLEAN Menu diet senang dimasak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes