Kerana sayang ku turutkan… Chewah! Alkisah semalam temankan Yana praktis exam lukisan ari ni. Dia pilih tajuk batik teknik resis. Balik tuition pun dah jam 10pm, pastu kemas bag sekolah laaa, siapkan baju sekolah laaa… Gedebak gedebuk jam 12.30am selesai teman Yana. Ayam Sweet Sour Sedap Paling Cepat Mudah
Pastu terus ke dapur memalam buta masak ayam sweet sour untuk lunch anak-anak nanti sebab pepagi jam 7.30am Nina harus keluar ada event McD kat SK Klang Gate. Tak jauh dari rumah Nina tapi nak elakkan jammed Geng cadangkan Nina keluar awal, sampai awal .
Masak Ayam Sweet Sour mudah cepat sangat sebab ayam nya Nina dah siap-siap goreng petang. Tinggal nak masak kuah memang sap sap suii jer… Masak Masam Manis antara menu yang kerap Nina masak sebab senang, cepat dan anak-anak pun suka. Yelah, menu tak pedas kannn
Dah sudah masak Nina teruskan keje-keje media social Nina kat FB IG. Ikutkan mata ni dah mengantuk tapi memandangkan FB IG macam krik krikkkk, so kena lah tambah sikit masa dan rajin like komen kengkawan punya. Manalah tau kot depa sudi balas ker kannn . . .
Sudahnya 3am baru masuk tido. Sian kita kannnn Pass Nina upload kat FB gambar Ayam Sweet Sour Nina ada lak kengkawan yang pm nak kan resipi style Nina. Moh lerr tengok
Cara Masak Resipi Ayam Sweet Sour Sedap Paling Cepat Mudah
Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
Separuh ekor Ayam – dipotong sederhana Tepung beras + sedikit garam dan Serbuk kunyit
5 ulas bawang putih – ketuk je
2inch halia – nina ketuk aje
2 sudu besar cili sos
2 senduk nasi tomato sos
½ sudu besar cuka
1 senduk nasi gula
minyak untuk menumis dan menggoreng
Tambahan Carrots Kentang
Cara Masak Resipi Ayam Sweet Sour Sedap Paling Cepat Mudah
• Ayam dibersihkan dan ditoskan. Gaul ayam bersama tepung beras , sedikit garam dan Serbuk kunyit
• Goreng hingga kekuning-kuninggan dan toskan, ketepikan
• Panaskan minyak, tumis bawang putih & halia hingga keperangan dan naik bau
• Masukkan sedikit air, kemudian masukkan carrots dan kentang. Masak hingga empuk
• Masukkan cili sos dan tomato sos. Kacau rata
• Kemudian masukkan gula. Setelah itu, masukkan cuka.
• Masak lagi selama 2minit dengan api yang besar sehingga kuah pekat. Kalau suka kuah yang lebih pekat, masukkan air tepung jagung sikit.
• Last … Masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Gaul rata, tutup api, siap!
Senang kan…?? Kalau nak kuah banyak sila gandakan sukatan dan boleh ditambah air jika terlalu pekat. Ikut citarasa masing-masing juga. Kita yang nak makan kannn… Pepandai laaa adjust ikut selera tekak memasing.
Selain ayam, Telur Masam Manis pun sedap gak, cepat dimasak berbanding ayam. Tapi kalau nak lagi cepat, tak yah masak, tak yah makan! HEhee . . . ok gurau.
Nampak sedap masakan ni boleh try gak nanti ni
Banyak gak gula kena buh rupanya