Sedar tak sedar dah nak masuk bulan November. Tak lama jer lagi akan tamatnya sesi persekolahan untuk tahun 2019. Tentunya ada diantara MakPak dah mula runsing bab bajet keperluan sekolah anak untuk tahun 2020 nanti. Maunya tidak, anak-anak Nina masih mampu sedia Baju Sekolah Hari Hari pun dah syukur banyak dah. Bukan apa, kelengkapan sekolah adalah satu keperluan yang sukar dipenuhi buat keluarga golongan berpendapatan rendah dan miskin bandar kann..??
Aku di zaman sekolah ku bukan mewah
Sejujurnya zaman persekolahan Nina bukan lah mewah. Setakat beg sekolah tak berganti tiap tahun tuu perkara biasa. Buruk cuci agar nampak laaa macam baru sikit. Hakikatnya sekadar ayat sedapkan hati. Apa yang ada pakai lah sehingga lunyai. Tak boleh zip, pakai jer pin keliling beg janji boleh tutup. Yang penting boleh di pikul dalam nya
Baju pun sama. Pakai laa sehinga senteng. Nampak lusuh? Bilasan terakhir masa basuh baju buh laaa nila (pewarna biru agar tak ketara kuning lusuh baju tu).
Kasut pun gitu, pakai lah sampai ketat. Kebetulan Nina ni orang nya bersiaz kecik comel, tumbesar lambat maka boleh laaa bertahun-tahun tak berganti. Jimat kan? Itu pun rezeki..
Tak sedih ke? Hurmmm . . . Usah di tanya. Dah ku tempuhi nya tinggal kenangan terindah.
Ok tak mo sedih sedih melayan perasaan benda yang tak mampu di ulang tayang. Cuma nya apa yang penting sekarang bila kita ni antara yang bernasib baik tika ini, apakah peranan kita buat anak-anak yang senasib dengan Nina dulunya?
Kita mampu merubah nya!
Korang tahu tak kemana disalurkan sumbangan yang korang buh tabung derma merah yang ada kat kaunter McDonald’s ?
Dan kebiasannya bila kita beli hidangan McDonald’s dan ada baki kita akan masukkan jer baki belian dalam tabung tu .
Ok meh nak share ngan korang . . .
Setiap sumbangan yang korang derma dalam tabung derma merah tuu akan disalurkan ke RMHC yang merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia. RMHC bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Inisiatif McDonald’s untuk menceriakan kanak-kanak yang memerlukan di seluruh negara menerusi aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sepanjang Program Komuniti mereka.
Program Kembali Ke Sekolah 2019 McDonald’s
Ya, tidak semua keluarga mampu menyediakan keperluan ke sekolah yang baharu.
Atas sebab ini lah inisiatif McDonald’s dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, McDonald’s Malaysia dan badan kebajikan pilihannya, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), menyumbang RM 3 juta untuk program ‘Kembali ke Sekolah’ bagi memberi manfaat kepada 30,000 kanak-kanak sekolah rendah daripada golongan berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara.
Program pek ‘Kembali ke Sekolah’, yang bertujuan membantu meringankan beban kewangan keluarga kanak-kanak yang terlibat yang berpendapatan rendah dan miskin bandar. Pada masa sama memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk memulakan tahun persekolahan 2020 dengan penuh semangat. Program ini adaah komitmen berterusan pihak McDonald’s dalam mewujudkan impak positif terhadap masyarakat di lokasi ia beroperasi.
Tengok betapa seronoknya mereka dapat Pek Kembali Ke Sekolah yang baharu!
Terpancar keriangan keseronokkan keterujaan mereka dapat Pek Kembali Ke Sekolah!
Alhamdulillah … Serius Nina yang menyaksikan moment ni turut sama seronok lihat keceriaan wajah anak-anak ini. Touching sebak dibuatnya . .
Kenapa laaa dolu-dolu zaman Nina kecik-kecik belum wujudnya program sebegini. Huhuuu
Rupa-rupanya baru Nina tahu, program ini sejak ia diperkenalkan pada tahun 2017 seramai 23,000 kanak-kanak telah menerima manfaat daripada, dimana 6,000 kanak-kanak telah menerima pek “Kembali ke Sekolah” pada tahun 2017 (sumbangan sebanyak RM1.2 juta), dan 17,000 kanak-kanak pada tahun 2018 (sumbangan sebanyak 1.7 juta). Cayalah.. Bagusnya inisiatif program dibawah Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia ini.
Pek Kembali Ke Sekolah ini disampaikan untuk memberi motivasi kepada kanak-kanak ini untuk memulakan sesi persekolahan tahun 2020. Setiap pek mengandungi sepasang pakaian seragam sekolah, sepasang kasut sekolah, stoking dan juga beg sekolah dengan nilai sumbangan RM100 setiap seorang.
Kanak-kanak ini merupakan generasi masa depan
“McDonald’s Malaysia percaya bahawa aspek pendidikan merupakan perkara yang amat penting dan perlu dititikberatkan. Kanak-kanak ini merupakan generasi masa hadapan negara, dan kami percaya setiap daripada mereka berhak menerima sokongan sewajarnya untuk berjaya. Kami amat memahami beban perbelanjaan persekolahan yang perlu ditanggung ibu bapa dan penjaga pada setiap awal tahun persekolahan. Semoga sumbangan ini membolehkan mereka menarik nafas lega,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.
Inisiatif tanggungjawab sosial korporat McDonald’s Malaysia ini juga seiring dengan 9 Teras Pencapaian Setahun yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Manfaat untuk Pelajar B40 dan Murid sebagai Tonggak.
“Membantu golongan masyarakat yang memerlukan merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia dan kami amat gembira dengan sumbangan yang turut dihulurkan oleh rakan-rakan niaga, para francaisi, warga kerja dan pelanggan kami. Dengan bantuan pek “Kembali ke Sekolah” ini, wang yang sepatutnya digunakan ibu bapa untuk membeli barangan keperluan persekolahan boleh dibelanjakan untuk perkara mustahak lain. Maklum balas positif daripada guru-guru dan ibu bapa kanak-kanak yang terlibat sebelum ini, menjadikan kami lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik dan membantu lebih ramai kanak-kanak pada tahun ini,” tambah Azmir yang juga merupakan Presiden RMHC Malaysia.
Program “Kembali ke Sekolah” merupakan salah satu inisiatif di bawah program kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan McDonald’s Malaysia pada tahun 2019 berjumpah RM3juta
Kata YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan
“Pihak Kementerian amat menyambut baik inisiatif yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia dan RMHC Malaysia ini. Sesungguhnya, hal ini seiring dengan komitmen Kementerian bagi menyediakan peluang pendidikan yang berkualiti untuk semua pelajar tanpa mengira latar belakang, termasuk dari segi barang keperluan dan kelengkapan persekolahan,” kata YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan.
“Sesungguhnya, kemiskinan dan kesempitan kewangan merupakan salah satu masalah sosial yang menjadi faktor keciciran murid di sekolah rendah dan menengah. Pelaksanaan program “Kembali ke Sekolah” oleh pihak swasta seperti McDonald’s Malaysia merupakan satu nilai tambah yang wajar diteruskan dan ia juga merupakan salah satu contoh kerjasama awam-swasta yang amat dialu-alukan oleh pihak Kementerian, demi kebaikan masyarakat. Saya juga berharap program ini menjadikan kanak-kanak daripada golongan ini lebih yakin diri untuk ke sekolah,” tambah YB Teo Nie Ching lagi.
Antara rakan-rakan niaga yang turut menyumbang kepada inisiatif ini termasuklah, Kerry Ingredients Sdn Bhd, Visa Worldwide Pte. Limited, Honda Malaysia Sdn Bhd, Kumpulan Hartanah Selangor Bhd, Aladdin Pacific (M) Sdn Bhd, Glades Guppy Packaging Malaysia Sdn Bhd dan Huhtamaki Foodservice Malaysia Sdn Bhd.
Apakata korang layan tonton jap video menarik ni..
https://www.youtube.com/watch?v=AClaTfqe1zo&feature=youtu.be
Dah tengok kannn…??
Hilanglah keresahan MakPak yang berpendapatan rendah, terubat lah rintihan emosi rendah diri anak-anak ini. Lepas ni tiada lagi rasa malu segan ke sekolah dengan kelengkapan sekolah yang tak berganti. Tersentuh hati bila lihat wajah anak-anak ini seronok terharu dapat keperluan sekolah yang baharu.
Tentunya sumbangan ini akan memberi mereka satu rasa yakin bersemangat rajin ke sekolah, belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita mereka. Kelengkapan Pek Kembali Ke Sekolah untuk memulakan sesi persekolahan tahun 2020 dah siap!
Korang boleh sesama membantu meringan bebenan mereka yang kurang kemampuan ini dengan menyumbang kepada RMHC Malaysia menerusi tabung yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s atau menerusi transaksi online pun boleh di https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/
Moh lerrr kita sama-sama memotivasikan kanak-kanak sekolah rendah untuk mereka memulakan sesi persekolahan 2020 dengan penuh semangat! Mungkin dengan setiap ringgit yang kita sumbangkan amat bermakna dan akan memberi sinar keceriaan buat ribuan pelajar yang memerlukan diseluruh negara kita.



untung anak2 zaman sekarang..dapat bantuan xmacam kite dulu kan..
bagus juga kempen mcm ni,dalam pada kita menderma kita gak dapat bantu anak2 yang kurang berkemampuan..terbaik!!
Tak sangka yg tabung derma merah Mcd tu dia sumbangkan untuk budak-budak ke sekolah. Bagus sebab barang2 sekolah pun dah mahal skrg. Kempen mcmni patut ada banyak sebab education penting untuk didik generasi muda skrg menjadi orang yg berguna pada masa akan dtg.
Tahniah McD buat program macam ni. Dapat meringankan beban ibu bapa yang memerlukan
Bertuah anak zaman sekarang. Bnayak keistimewaan diaorang boleh rasa. Tahniah Mekdi atas usaha baik ni
Tahniah mcd. Tak pernah mengecewakan. Tak rasa bersalah makan mcd bila adanya program sebegini daripada team mcd.
Satu program CSR yang menarik. Sambil makan sambil membantu anak2 ya g kurang nasib baik…
Seronoknya dapat beg sekolah baru. Bagus kan buat aktiviti macam ni. Menyumbang pada yang memerlukan juga
Alhamdulillah, bgus ada sumbangan mcm ni..ringan kan sedikit bebanan ibu bapa yang tidak berkemampuan
Good to have such initiative to alleviate the burdens of some parents right? It is good that McD is supporting such program.
Tahniah kepada rakyat Malaysia yang terus membeli makanan di Mekdi kerana ia menjadi kepada dana sumbangan yang baik untuk masyarakat juga ini kita perlukan bukan sekadar nak keuntungan tapi juga saling membantu wahhh githuwww..
Tahniah McD! Memang sedih bila lihat anak-anak yang tak dapat ke sekolah. Kita nak bina generasi hebat akan datang, kena mula dari mereka kecil. Bagi pendidikan yang secukupnya. Alhamdulillah syukur ada program CSR macam ni.
Akak, rajinnyaaaaaaa mekdi punya company buat CSR macam2! Hari tu rumah mekdi now program anak2 sekolah bantu yang kurang berkemampuan.
They did give back to community kan. Happy nengok bebudak macam ni. Big international corporations harus contohi mekdi nih dalam CSR!
bagus program csr macam ni, tahniah McD. Harapnya banyak lagi syarikat dan organisasi lain boleh buat perkara seumpama ini
Zaman sekarang ni macam-macam jenis bantuan ada. Syukur alhamdulillah.