Apakah Tanda nak bersalin ? Soalan lazim bila seorang wanita bakal menjadi ibu. Tapi ramai jugak walau dah mengandung entah kali keberapa tetap dok ulang ulang ulang baca dan hadamkan. Kannn?
As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Minggu ni Nina dah 38+ minggu kehamilan. Dup Dapp Dup Dappp aje jantung ni berdegup setiap saat. Jantung memang lah berdegup kannn….?? hehee… Maksudnya gementar / nervous! Giler tak nervous !! Walaupun nak bersalin anak ke-5! Sapa pun tak akan tahu bila saatnya akan bersalin. Kalau yang czer tuu ok lagi sebab doktor dah sedia maklum tarikhnya. Yang normal ni…. Bila lah agaknya…?? Hanya Allah Yang Tahu dan Maha Mengetahui.
Ibu-ibu yang sedang hamil, mesti tertanya-tanya apa tanda-tanda hendak bersalin kannn….? Terutama bagi ibu-ibu baru yang akan bergelar ibu tidak lama lagi.. Haishh …. Nina yang dah beranak pinak ni pun masih tertanya-tanya. Maklumlah, setiap kelahiran tak sama tanda bersalin nya. Semuanya punya ceritera yang tersendiri.
Biasanya malam hari, paling mendebarkan. Nak tido memang dah tak lena. Risau aje… Bukan setakat tido tak lena, nak baring tak selesa, mengiring pun tak selesa. Yelah, perut dah ke depan, keras padat lak tuu. Kena lak time kita nak tido ni laa baby tengah aktif dia main bola sepak kat dalam. kann….?? hehee… Kadang tuu tido duduk baru laa selesa. Macam-macam gaya janji dapat lelap. Dugaan seorang ibu, so daddy ayah kat luar sana buat-buat laa tunjuk konon faham walaupun tak faham ehh. Prihatin gitu. Heheh . . .
Ok, walaupun semua orang akan mengalami situasi yang berbeza, namun kebanyakkan ibu-ibu pasti akan merasakan tanda-tanda bersalin ini. Kiranya salah satu tanda ni korang akan laluinya. .. yang utama sekali rasa sakit memang akan rasa! Bohong laaa kalau cakap tak sakit! kannn….
Apakah Tanda-tanda Hampir Nak Bersalin
Ngilu di bahagian ari-ari, kejang, sengugut
Semakin anda hampir hendak bersalin, rasa ngilu dan pedih di bahagian ari-ari akan kerap terasa. Pastu rasa kejang seolah-olah sengugut. Bakal ibu juga lebih kerap membuang air kecil mahu pun besar, sakit perut serta buang angin. Ini disebabkan tekanan kepala bayi yang sudah turun ke bawah laluan tulang pelvik. Baby dah standby nak turun.
Sakit tulang belakang
Kesakitan di pinggul dan tulang belakang semakin kuat dirasakan. Ini kerana di akhir kehamilan, berlaku pergerakan pada janin yang akan menekan tulang belakang ibu.
Keluar lendir berdarah
Ada sesetengah bakal ibu akan mengalami keluarnya lendir bercampur darah sebagai tanda hendak bersalin. Ia berlaku disebabkan pintu rahim dalam proses pembukaan. Jika anda mengalami tanda ini, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan saiz bukaan pintu rahim.
Keluar air ketuban
Tidak semua bakal mama mengalami situasi ini. Bagi yang mengalami pecah air ketuban dari vagina iaitu air jernih yang mengalir sedikit atau deras, segeralah ke hospital untuk pemeriksaan segera. Biasanya tidak lama kemudian ibu akan bersalin. Ahaaa… yang ini Nina alaminya tuk setiap kali Nina nak bersalin. tetiba aje rasa basah. Ingatkan terkencing tapi rupanya air ketuban. Tak berbau pun air ni..
Kontraksi rahim
Jika memang sudah sampai masanya, anda akan mengalami sakit kontraksi yang beturutan bermula sejam sekali sehingga lima minit sekali dan menjadi semakin kerap. Bagaimanapun adakalanya sesetengah ibu akan mengalami kontraksi palsu.
Jadi, ibu perlu kenal mana satu sakit kontraksi yang betul. Kebiasaanya nurse akan mengajar sedikit cara mengenal pasti kontraksi yang betul. Kalau yang palsu tuu, bila ubah posisi sakit tu hilang. Kalau yang betul, sakit tuu kerap. Walaupun kita ubah posisi, sakit tu tetap ada. Cuba laaa dari duduk ke berdiri, dari berdiri ke jalan-jalan, pastu menonggeng lak, duduk lak… Sakit tetap ada memang nak bersalin lah tuu..!! Standby..
Bukaan pintu rahim
Semakin mendekati saat melahirkan, tanda yang paling jelas sekali adalah proses pembukaan rahim. Inilah kemuncak saat terindah sebelum bergelar ibu. Walaupun sakit kontraksi iaitu proses pintu rahim terbuka dari 1 hingga 10 cm ini adalah kesakitan yang paling sakit namun ia satu nikmat kelegaan saat kepala bayi mula keluar dari pintu rahim ibu.
Setiap insan bergelar ibu akan merasai dengan pelbagai cara yang berbeza. Semuanya ketentuan dari DIA. Andai punya rezeki moga kita semua dipermudahkan segalanya dan semuanya berjalan lancar, mudah, cepat dan selamat.. Aamiin…
Ini pun rezeki buat kita, Apa pun sentiasa berdoa agar diberi yang terbaik dari Allah. Pasti ada hikmah dari NYA.
Baca : Selepas 40 minggu overdue selamat bersalin normal . Apa perlu tahu andai kelahiran masih belum ada tanda walau dah cukup 40 minggu. Tak pe ker? Kena buat apa?
Meh Nina share kan pengalaman Nina > Tips mudah bersalin normal
Moga tips dan pengalaman Nina sedikit sebanyak membantu bakal ibu melalui saat yang terindah ini. Hayati dan nikmati kenangan terindah ini..
saya dl keluar darah dulu.. semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti kak nina
Aamiin…. terima kasih Ainul
Wahh… Dah dekat nak bersalin rupanya Nina Yer… Saya doakan semoga segala urusan nak bersalin dipermudahkan…. In Shaa Allah…
Mudahan semuanya selamat dan dipermudahkan. Banyakkan berdoa ye nina. Tak sabar nak tengok baby awk hehe
Alamak! Nebes lak baca entri nina ni.. Kak Diamond baru 33 weeks plus.. Tapi dah start rasa ngilu2 dah kat bhgn serviks.. Kadang bangun pagi2 tu ada rasa satu tekanan kat bhgn serviks mcm ada benda tekan. Memang tak tau nak jangka bersalin sbb tak pernah ada pengalaman.. Terima kasih nina sebab kongsikan tanda2 bersalin ni.. Kena more alert la ni lepas ni.. Brg persiapan baby pon belum setel lagi.. Huhu.. Harap baby boleh bertahan duduk dlm perut ibu sampai cukup bulan.. Huhuhu~