Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Penawar Asma Minyak Herba Asmak Mujarab Sdn Bhd
May 7, 2018September 2, 2022

Allahu… Asthma menyerang kali ke-2. Nasib baik ada ….

Klinik 1Malaysia Kuala Lumpur

Isi Kandungan hide
1 Semalam dah pegi klinik tapi .. .
2 Akhirnya pegi Klinik 1Malaysia Intan Baiduri, Kuala Lumpur
3 Klinik 1Malaysia – Pilihan altenatif selain klinik swasta
4 Ya, bayar RM1 jerr…
5 Klinik 1Malaysia Kuala Lumpur
6 Ubat-ubatan yang terbaik
7 “Lepas ni jangan degil lagi tau..”
8 Related posts:
9 MAHARAJA STEAMBOAT SELAYANG BEST! Berpatutan, marvelous beb~
10 Roti Lapis Daging Cheese..... Nyummy!
11 RESEPI PARU GORENG GARING CRISPY INI CARA TIPS NYA
12 Kobis Masak Lemak Putih

 

“Abang, sayang tak larat laa… Asthma ni makin menjadi-jadi. Sayang dah pakai pump pun tak reda” Huhuu . . .

Kesian Nina masa tu.. Nak cakap pun payah. Dada ni bak dihempap batu sebesar gua, nafas ni rasa sempit. Nak tarik nafas pun termengah-mengah, tercungap-cungap macam baru lepas lari marathon tanpa henti kena kejar hantu gamaknya. Eh! Tak takkk .. Tipu jer. Tak pernah lagi kena kejar hantu dan mintak simpang tak mo nampak pun. Tu andaian jer… hehe

Ketahui Asthma sesak nafas simptom rawatan pencegahan

Penawar Asma Minyak Herba Asmak Mujarab Sdn Bhd
Asthma inhaler … Benda wajib ada tatkala asma penyerang. Huhuu . . .

“Nanti abang balik kita pi klinik yaa… Dah sekarang rehat, relaks… Tak payah masak atau buat apa-apa pun tau, dah 5;45pm ni… Jap lagi abang sampai rumah”

Kalau dengar macam seronok jer kann… tak yah buat apa-apa gitu. Tapi >>>>> Dah sakit tahap rasa terjunam-junam jantung ni tak kuasa nak feeling bunga-bunga mekar kembang mewangi di Taman Rashidah Utama. Saat sakit asthma ni menyerang memang rasa nak tercabut nyawa sakitnya! Hanya yang mengalami jer faham derita nya. Huhuu

Semalam dah pegi klinik tapi .. .

Ikutkan sehari sebelumnya Nina dah pi klinik swasta ambik neb. Sekali neb. Memang kebiasannya bila pi klinik swasta memang depa bagi neb sekali jer. Dan lepas tu doktor akan pesan balik nanti berehat kat rumah. Andai tak berkurang lagi nanti, datang lagi … Atau sakit sangat terus ke hospital.

Leganya rasa bila dah terpacul muka Geng depan mata. Walaupun ianya tak meredakan asthma ni namun my other half is here. Cehh … cakap omputeh lak! HAhaa . . . Semangat , semangat tuk berjuang menahan derita sakit tertusuk bak sembilu ni kurangggg peritnya. Korang pun pernah rasa gitu kann..?? Nak nak waktu nak teran bersalin iyer tak? Eh! Ke situ lak … Perumpamaan. Hehe . . .

“Dah siap, jom pi klinik. Semalam dah pi klinik swasta ‘teetttt’, ni nak pi tempat sama ker?”
Dalam hati ni dah berat nak pi klinik yang sama, risau ianya tak menyelesaikan masalah. Nak terus ke hospital waktu gini tentu prosesnya lagi lama. Aduh … Acaner ni? Tengah sakit memang otak beku nak fikir lebih. Sel otak tak leh berhubung. DHA dah jadi DAHI berpeloh-peloh gamaknya. Huhuu . . .

“Kita pi klinik 1Malaysia jer laa… Semalam bayar mahal tapi tak berkesan pun”
Eerkkk … Padahal bukannya bayar sendiri pun semalam kat klinik teettt. Pakai medical cover ofis Geng. Hurmm … Typical mak mak kot, berkira! HAhaa . . . Korang pun ada yang  perangai  gini gak kannn?  Nak yang murah tapi ianya berbaloi..  Sapa tak nak kannn,  kita bukannya Ahmad Albab.  Hehe

Akhirnya pegi Klinik 1Malaysia Intan Baiduri, Kuala Lumpur

Klinik 1Malaysia Kuala Lumpur

Dasar blogger kann… Sakit-sakit pun nak gak selfie. Oopsss..!!

Sampai jer kat Klinik 1Malaysia, Nina bagitau Nina tengah asthma ni. Dan petugas terus bawak Nina ke bilik neb. Tak lama lepas tu, Nina diperiksa dan dapat rawatan neb yang pertama. Dan kemudian selepas diperiksa, neb kedua diberi.

Allahu … Syukur Alhamdulillah . . . Selepas mendapat rawatan, asthma Nina berkurangan keseluruhannya. Lega! Nikmatnya rasa saat dapat bernafas semula dengan selesa, longgar ruang nafas ni, luas lagi menenangkan. Pemeriksaan mereka lebih terperinci dan betul-betul pastikan asthma Nina reda sepenuhnya sebelum melepaskan pesakit balik. Puashati!

Klinik 1Malaysia – Pilihan altenatif selain klinik swasta

Klinik 1Malaysia Kuala Lumpur

Memandangkan waktu operasi Klinik 1Malaysia dibuka sehingga jam 10 malam, sememangnya pilihan terbaik tuk Nina sekeluarga dapatkan rawatan selepas Geng balik keje. Nak pi sendiri boleh jer tapi kadang tuu mengade-ngade nak gak Geng temankan… hehee

Waktu Nina pi sana , Alhamdulillah tak ramai orang pun. Proses berlangsung dengan cepat dan lancar. Depa pun ramah tamah… Doktor yang bertugas turut memberi sepatah dua kata nasihat buat Nina supanya ianya tak berlaku lagi. Banyak betul watikah dari Doktor yang bertugas. Baik Doktor!

Ya, bayar RM1 jerr…

Apa yang paling membuatkan Nina suka dapatkan rawatan kat Klinik 1Malaysia ni sebab harga kita kena bayar hanya RM1. Tolong laaa… Duit belanja anak sekolah pun lebih dari RM1 setiap hari. Sangat berbaloi-baloi dan perkhidmatan yang kita dapat melebihi nilai yang kita bayar.

Bayaran tuk warga emas Malaysia adalah Percuma! Ya awakk… Mak Pak kita, Tok Nenek kita pi sini percuma jer… Bagus kann..?? Yelah depa ni bab kesihatan perlu lebih dititikberatkan. Mereka mudah sakit dan kalau pi klinik swasta mahal kos nya. Kalau korang dari keluarga Nyonya Mansor Ibu Mertuaku boleh laa.. Doktor Ismadi kann ada! Eh.. Melalut ke filem P.Ramlee lak.. Nina ni memang gini orangnya. ngeeee~

RM20 tuk bukan warganegara Malaysia. Orang Bangladesh ke, Indon ke, Myanmar ke, Nepal ke….Eh! Muhibahnya. Huhuuu . . . Ok, kot korang baca cerita Nina kannn, dengan RM20 pun korang boleh dapat perkhidmatan rawatan kesihatan kat Klinik 1Malaysia ni. Beruntungnya korang…

Klinik 1Malaysia Kuala Lumpur

Klinik 1Malaysia Kuala Lumpur

Ubat-ubatan yang terbaik

Bab ubat memang Nina yakin dengan Klinik 1Malaysia sebab segala ubatan dikawal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dos yang rendah dan Nina sekeluarga serasi dengannya. Pernah masa anak sulung Nina masih baby, dia dok selsema pastu masa tu plak Nina ni kurang ilmu bab ubat-ubatan ni. Dok laaa mintak kat doktor klinik swasta tu ubat selsema tuk baby Nina. Doktor tu pun bagi jer bersama sukatannya. Dan sekarang barulah tahu rupanya ubat selsema TAK PERLU pun untuk baby. Jauh sudut hati ni rasa bersalah sangat dah beri kat baby sulung Nina dulu. Huhuu . . .

“Lepas ni jangan degil lagi tau..”

Itu lah antara kata-kata pujangga nasihat yang Doktor berikan. Hehe .. Khidmat nasihat dan penerangan selepas rawatan sangat membantu kita lebih kenal tindak balas tubuh badan kita. Doktor kat Klinik 1Malaysia juga selalu update tentang jenis-jenis penyakit yang sedang merebak terutama kat kawasan kita tinggal. Tu bagusnya dapatkan rawatan kat sini.

Contohnya kes Denggi, Kaki Tangan Mulut, Influenza dan macam-macam penyakit terkini. Sekurang nya kita akan lebih berhati-hati bila berada kat tempat awam. Perkara ni penting teruatama bila melibatkan penyakit berjangkit dan anak-anak yang ke sekolah. Best kannn … Pi klinik pun dapat update keadaan semasa.

Eermm … Kot korang nak tau lebih lagi pasal Klinik 1Malaysia korang pi laaa mentelaah kat Informasi, lokasi, harga, rawatan – Klinik 1Malaysia

Walau apa pun status korang, kesihatan harus di utamakan. Tak kira laaa korang nak pi klinik mana pun. Tepuk dada rasa ketebalan poket korang sendiri.

Related posts:

MAHARAJA STEAMBOAT SELAYANG BEST! Berpatutan, marvelous beb~

Roti Lapis Daging Cheese..... Nyummy!

RESEPI PARU GORENG GARING CRISPY INI CARA TIPS NYA

Kobis Masak Lemak Putih

Lifestyle Parenting Review Tips #hebatkannegarakuHarga rawatan Klinik 1MalaysiaInfo - kesihatanInfo - SemasaKadar Bayaran Klinik 1MalaysiaKKMKlinik 1MalaysiaKuala LumpurRawatan Klinik 1MalaysiaSenarai lokasi Klinik 1MalaysiaUbat klinik 1MalaysiaWaktu operasi Klinik 1MalaysiaWilayah Persekutuan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (11)

  1. Anuar says:
    May 7, 2018 at 10:30 am

    Bahaya penyakit Asthma ni…Anak sulung dan anak kedua saya ada Asthma… Anak kedua saya alhamdulillah boleh dikatakan dah sembuh sepenuhnya… Tapi anak sulung saya masih ada Asthma sehingga sekarang…. Semoga bertabahlah hadapi salah satu ujian daripada Allah S.W.T,,

    Reply
  2. Hasrul Hassan says:
    May 7, 2018 at 3:44 pm

    kelebihan Klink 1Malaysia ni sbb ia dekat dgn penempatan … tu yang boleh beri manfaat pada ramai orang yang berpendapatan rendah..lebih lagi kalau hospital kerajaan jauh

    Reply
  3. miza says:
    May 8, 2018 at 2:42 pm

    Tak tau pulak klinik 1M boleh untuk rawatan asthma. Tq nina kongsi pengalaman lepas ne kalau anak miza semput tak perlu pergi bayar mahal-mahal pergi klinik 1malaysia jew

    Reply
  4. katijah bt tugiman says:
    May 8, 2018 at 3:41 pm

    memang bagus klinik 1M ni, dekat dengan kawasan perumahan dan tak perlu tunggu lama untuk ke hospital.

    Reply
  5. Mrs Pip says:
    May 8, 2018 at 11:09 pm

    alahai, risau bab bab asthma ni … datang menyerang tak kira waktu …

    Reply
  6. Noor Akma says:
    May 9, 2018 at 7:15 am

    Bayaran RM1 yg berbaloi, walau kena tunggu lama. Tempat murah memang jadi tumpuan.

    Reply
  7. Cekgu Norazimah says:
    May 9, 2018 at 4:58 pm

    Best klinik 1M ni bukak sampai 10 malam, bayar RM1 je.

    Reply
  8. Marsha says:
    May 9, 2018 at 11:53 pm

    Asthma ni boleh menyerang bila2 masa…nasib ada K1M

    Reply
  9. Marsha says:
    May 10, 2018 at 12:00 am

    Bayaran sangat murah

    Reply
  10. el says:
    May 10, 2018 at 12:19 pm

    harap ianya kekal smpai bila2

    Reply
  11. Ciktie says:
    May 11, 2018 at 11:17 am

    Memang ok klinik 1malaysia ni. Dah la bukak sampai pukul 10malam

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes