Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Restoran Nelayan Ampang Steamboat Seafood Lambak BEST
March 12, 2018March 12, 2018

Haishhh … Betul ke Steamboat dan Seafood Lambak sedap kat Ampang BEST Sedap?!

Kat mana Steamboat BEST ,  Seafood Lambak sedap area Ampang?

Isi Kandungan hide
1 Kat mana Steamboat BEST , Seafood Lambak sedap area Ampang?
2 Majlis Pembukaan Restoran Nelayan Ampang
3 Restoran Nelayan Ampang Steamboat Seafood Lambak BEST
3.1 Suasana restoran yang santai, luas, selesa
3.2 Steamboat pelbagai pilihan. Rambang mata weyyy . . .
3.3 Beraneka pilihan sos steamboat
3.3.1 Harga Steamboat Dewasa – RM28 Kanak-kanak RM16 (5-11tahun)
3.4 Seafood Lambak Restoran Nelayan Ampang terbaik!
3.4.1 Harga Seafood Lambak 2 pax RM39.90 4 pax RM75.90 8 pax RM150.00
3.5 Lunch hanya RM3.50
3.6 Kat mana Restoran Nelayan Ampang
3.6.1 Alamat Restoran Nelayan Ampang 33A-1 Jalan AWF 1 Ampang Waterfront 58000 Ampang Selangor
3.6.2 Landmark : Crew Planet Cafe
3.6.3 Waktu Restoran Operasi Selasa – Ahad (Isnin Tutup) 11am – 12 am
3.7 Parking
3.7.1 Facebook : https://www.facebook.com/restorannelayanampang/
3.7.2 Untuk tempahan, korang hubungi 011-3960 6966 / 03-61858400 / 019-2279017 Atau email ke nelayangombak@gmail.com
3.8 Restoran Nelayan Ampang Steamboat Seafood Lambak BEST
3.9 Related posts:

Ahaa… Buat penggemar steamboat mahupun seafood lambak yang dulu sinonim dengan Shell Out  ada berita baik tuk korang yang tinggal kawasan Ampang dan seangkatan dengan nya.  Kot korang tinggal area Kg Pandan ke, Pandan Indah ke, Taman Maluri ke, Taman Melawati ke, mahupun Nina yang dok Gombak ni pun kategori acah-acah  #dekatjer

Majlis Pembukaan Restoran Nelayan Ampang

Restoran Nelayan Ampang Steamboat Seafood Lambak BEST

Korang tentu biasa dengar Restoran Nelayan kann..?? Haa laaa Dulu tu femes kat Tasik Titiwangsa tu. Ingat tak? Hah.. yang tu off record. Dah tak de yaa. Sekarang dia dah ada yang baru , masih Nelayan cumanya Nelayan ni dok kat Ampang lak…  Nostalgia sungguh ngan Nelayan tu agaknya. Hehe . . .

Depa dah buka dan dah mula beroperasi di Restoran Nelayan Ampang.  Bertuah rasa diri ini bila dapat jemputan special dari owner tuk sama-sama memeriahkan majlis soft launching Restoran beliau bersama kengkawan KBBA9 yang lain.

Restoran pertama beliau di Restoran Nelayan Gombak dan setelah setahun setengah, beliau berjaya buka cawangan ke-2 di Ampang ni. Bangga tengok adanya  anak bumiputera berjaya macam beliau. Tahniah dari Nina…

Restoran Nelayan Ampang Steamboat Seafood Lambak BEST

Suasana restoran yang santai, luas, selesa

Restoran Nelayan Ampang Steamboat Seafood Lambak BEST

Berkonsepkan ruang yang terbuka open air gitu, nyaman rasa bila angin sepoi-sepoi dok terbangkan tudung satin nan lembut ni. tetiba rasa ala model tudung Che Ta. Eh! poyo… Hahaa…  Ok serius, suasana Restoran Nelayan Ampang  amat minimalis. Ringkas, santai namun selesa. Sesuai bawak keluarga , kawan mahupun sahabat sejati.

Steamboat pelbagai pilihan. Rambang mata weyyy  . . .

Restoran Nelayan Ampang Steamboat Seafood Lambak BEST

Restoran Nelayan Ampang Steamboat Seafood Lambak BEST

Tarikan utama sini adalah steamboat nya. Ada tuk steam dan ada gak tuk grilled. Nah … Korang tengok ada pelbagai bola-bola api.. ikan, , cucuk-cucuk, daging perap, ayam perap, seafood dia lak … ada udang, lala, ketam, kupang, pepahat macam-macam lagi laaa…

Mee, bihun, kuey teow pun macam-macam ada tuk korang makan ngan kuahnya. Kuah lak ada tomyam dan sup.  Kalau tanya Nina, paling suka Tom Yam. Sedap! Tak pedas melangit ke-7. Sedang elok hirup-hirup sampai licin mangkuk! Hehehe . . .  tolong jangan bayangkan. Hahaa

Air lak ada air panas ( tea dan kopi) dan air kordial. Bagus kan… Macam Nina ni jarang minum sejuk terasa dihargai sebab ada favorite air Nina – Kopi! Yeayy …. Bukan apa, kebiasaannya air tak termasuk dan kalau ada pun air sejuk jer. Huhuuu . . . .

Beraneka pilihan sos steamboat

Restoran Nelayan Ampang Steamboat Seafood Lambak BEST

Beraneka sos pencecah. Pepandai laa tekak kroang nak pilih rasa yang mana. Ker nak rasa semua sana sikit, sini sikit pun boleh.. Nina paling suka sos black pepper dia. Just nice omputeh kata. Sedap!

Harga Steamboat
Dewasa – RM28
Kanak-kanak RM16 (5-11tahun)

Seafood Lambak Restoran Nelayan Ampang terbaik!

Kalau korang biasa makan shell out, kat sini pun ada. Tapi nama dia Seafood Lambak. Memang selambak pelbagai seafood dengan kuah yang menggamit selera depa buh atas meja! Sila behave makan share-share yaa… Hahaha . . .

Ada 2 jenis pilihan untuk kuahnya. Korang boleh pilih samada nak HongKong Spicy atau Green Curry.  Nina dah rasa kedua-dua nya sedap! Kalau tanya paling sedap ikut selera tekak Nina, pilihan Nina Green Curry. Tapi sedap kann subjektif. Sebaiknya korang rasa dua-dua! Pastu tentukan sendiri. Jangan ikut tekak Nina. Tak mo kena kecam. Hehee . . .

Restoran Nelayan Ampang Steamboat Seafood Lambak BEST

Ini Green Curry.  Walau nama ada curry, tak rasa sangat pun kari nya. Suka laaa… Bayangkan Nina b oleh habis semangkuk nasi tuu licin! Penangan kuah Green Curry ni laa… haishh.. Jahat kuah ni. Habis diet ku. Huhuu  . . . buruk perangai, salahkan kuah lak… sendiri makan!

Harga Seafood Lambak
2 pax RM39.90
4 pax RM75.90
8 pax RM150.00

Selain tu killer menu depa tu … Ni nak share lagi ngan korang. Kat tempat lain gerenti tak ada! Korang tak akan dapat harga macam ni.. Tambah-tambah area Ampang.

Lunch hanya RM3.50

Restoran Nelayan Ampang Steamboat Seafood Lambak BEST

Tengok jangan tak tengok! Dah tengok pi laaaa rasa sendiri. Nikmati sendiri dengan duit poket sendiri. Hanya RM3.50 awakkk …  Tak mo makan boleh jer bungkus, tak mo bungkus sila makan sana sepuasperut! Hahaa . . . .  (ok gurau! Risau ada yang terasa bila sebut perut) Ooppss…!! Tersebut lagi.. hehee

Kat mana Restoran Nelayan Ampang

Ok, nak datang sini tak susah pun nak carinya. Senang jer… Korang waze Sri Changgong Bikers. Wase akan bawak korang sampai ke tempat yang di tuju.  Kalau korang drive sepanjang jalan kat rea Ampang Waterfront,  toleh belah kiri jerrrr ….. Gerenti korang akan nampak restoran ni  terletak kat atas Crew Planet Cafe. Bawahnya kedaiCeramic – White Horse. Sila tengok atas ehh …

Alamat
Restoran Nelayan Ampang
33A-1 Jalan AWF 1
Ampang Waterfront
58000 Ampang Selangor
Landmark : Crew Planet Cafe
Waktu Restoran Operasi
Selasa – Ahad (Isnin Tutup)
11am – 12 am

Parking

Datang sini nak parking sangat mudah. Pihak Restoran Nelayan Ampang ada sediakan tempat parking. Pepandai laa susun atur kete korang yaa… Jangan sampai block pintu keluar masuk udah lerr yaa..

Amacam..?? Macam best ke best? Menarik kann… Moh ler ajak teman kengkawan pi serbu eh call laaa dulu buat tempahan pi makan sana. Bukan apa, ramai yang baca cerita Nina ni, risau lak nanti korang tak de meja. Nangis buruk lak nampak rupanya… Baik telefon buat booking yaa . . .

Restoran Nelayan Ampang Steamboat Seafood Lambak BEST

Ada diskuan ni sehingga 31 March 2018. Apa tunggu lagi …
Korang nak kan lebih maklumat atau sebarang promosi terkini, korang laaa like page depa pastu rajin-rajin laa pi intai sana ehh…

Facebook : https://www.facebook.com/restorannelayanampang/

Lupa nak kasitau, kot korang ada plan nak buat  apa-apa majlis kahwin ke, tunang ke,   birthday  party ke,  cukur jambul ke,  jamuan ke,  boleh jer buat kat sini.  Atau pun korang  boleh tempah dewan  kat cawangan depa lagi satu di Restoran Nelayan Gombak.  Semua depa boleh set kan tuk korang. Dari dewan, katering hingga lah dekorasi majlis.

Untuk tempahan, korang hubungi 011-3960 6966 / 03-61858400 / 019-2279017
Atau email ke nelayangombak@gmail.com

Restoran Nelayan Ampang Steamboat Seafood Lambak BEST

Restoran Nelayan Ampang Steamboat Seafood Lambak BEST

Sebelum balik, kena laaa ambik gambar keng-kenangan bersama owner dan rakan-rakan blogger KBBA9. Terima kasih Tuan sudi jemput kami. Semoga terus sukses! Aamiin . . .

Related posts:

Teman
Resepi Bubur Lambuk Bonda | menu wajib tiap kali Ramadan Resepi Rahsia Arwah Makcik tersayang
Resipi mudah open house / jamuan : Mee Kari Simple
MARRYBROWN APP DISKAUN DEALS LEBIH MURAH JIMAT 
Lifestyle Review Tips dewanharga buffet steamboatInfo - Food ReviewKateringLunch Murah AmpangMakan murah AmpangMakan sedap AmpangRestoran Nelayan AmpangShell Out Seafood Lambak Sedapsteamboat bestSteamboat Grill Sedapsteamboat murahtempat makan bestTempat makan murahtempat makan sedap

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (18)

  1. Julia Johari says:
    March 12, 2018 at 10:02 am

    Murahnya set lunch tu kak nina…RM3.50 je…ish2 kena ajak geng family mkn sini ramai2 ni…tq kak sharing!

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 12, 2018 at 10:57 am

      Tak sangka murah kann? Berbaloi-baloi.
      Juju, kat cawangan Restoran Nelayan Gombak pun ada set lunch RM3.50 ni….
      Pi terjah sana…. Dekat area kita.

      Reply
  2. Mama Kembar Tiga says:
    March 12, 2018 at 10:47 am

    Teringat ingat green curry tu, fuhh sedap!

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      March 12, 2018 at 10:55 am

      Kannn….?? Sama taste kita suka Green Curry. Tak sabar nak pi lagi bawak family lak. Jom…

      Reply
  3. Min Shamsuddin says:
    March 12, 2018 at 10:54 am

    memang terbaik..wajib repeat

    Reply
  4. IQ aka Izyan Balqis says:
    March 12, 2018 at 2:19 pm

    bestnye =! dah lama tak makan steamboat! jom pergi layan steamboat jom!

    Reply
  5. lisak says:
    March 12, 2018 at 2:49 pm

    lama tak merassa… huwaaa mood diet lagi haha

    Reply
  6. fizafantagiro says:
    March 12, 2018 at 2:50 pm

    Fuhh, fiza dah la tengah teringin nak makan steamboat ni, boleh try kat sini ni

    Reply
  7. Maisarah says:
    March 12, 2018 at 5:01 pm

    best ni. banyak pilihan. harga pun boleh kata berbaloi juga. nampak sedap dan menyelerakan betull perghhhh

    Reply
  8. Lyssa Faizureen says:
    March 12, 2018 at 5:17 pm

    pernah dengar nama restoran nih.. nanti boleh cuba 😀

    Reply
  9. mas saari says:
    March 12, 2018 at 10:46 pm

    Fuhhh banyaknya pilihan, memang rambang mata. Harga pun berpatutan!

    Reply
  10. mrhanafi says:
    March 13, 2018 at 3:45 pm

    terbaik la…

    teringin pulak nak makan nie..

    in shaa kalau ada kesempatan

    Reply
  11. Liez says:
    March 13, 2018 at 10:50 pm

    Liez lama xmkn steamboat.. harga dkt sana pun not bad murah.. nak try g sana sbb dh lama xpergi waterfront jln2 cr mkn

    Reply
  12. Uncle Zuan says:
    March 14, 2018 at 1:29 pm

    jarang makan steamboat. tapi bila akak dah rekomen ni, nak kena cuba juga ni

    Reply
  13. Qaseh says:
    March 15, 2018 at 5:23 pm

    Yummeh nampak sedap semuanya

    Reply
  14. Noriza Rahman says:
    April 20, 2018 at 11:23 pm

    Ini kalau suami nengok memang diajaknya makan kat sana, umah mak mertua pun kat area situ juga

    Reply
  15. Hans says:
    May 2, 2018 at 4:33 pm

    peerggghhhh
    syurga makanan nih

    Reply
  16. Betty says:
    December 1, 2018 at 11:11 pm

    1st and last sy pg steamboat ni..xde yg menarik..x berbaloi pun..sorry to say not recommended

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes