Resipi Spaghetti Bolognese Mudah Senang Tak Perlu Paste Segera yang Nina nak kongsikan hari ni. Ya, tanpa paste segera, tak susah pun! Pasni korang tak perlu dah pes segera dalam botol tuh. Pernah jadi isu, rupanya dalam kandungan ada bahan tak halal. Naya pak karim ooiii… So sebaiknya, jom kita buat better buat sendiri je.
Apa khabar semua teman-teman yang sudi kunjungi teratak Nina….? Terima kasih banyak-banyak yea….. Moga-moga anda semua dalam keadaan baik disamping tugas harian. Kalau cerita bab kerja nie…. sampai bila-bila pun tak akan ada kesudahannya so buatlah semampu yang boleh dan jangan dipaksakan diri nanti sendiri yang susah. Kitalah yang perlu bijak menyusun atur kehidupan seharian kita ….. Jangan stress- stress ehh …
Hrrmm …. cerita bab stress nie pula, ada beberapa tips yang ingin Nina sharekan disini. Info ini Nina dapat kat pintu lift di salah sebuah hospital yang Nina kunjungi baru-baru nie.
Tips tangani STRESS
Antara beberapa tips yang boleh diamalkan untuk menangani stress ;-
- Mulakan dengan bertenang
- Tarik nafas dalam-dalam
- Berkata pada diri “relaxlah…..”
- Beribadat
- Bercakap dengan seseorang (pilihlah orang yang mampu memberi kata-kata semangat bukan mengapi-apikan tau~~ hehe)
- Berurut
- Berehat dan mendengar muzik
- Beriadah
- Bersenam
- Berfikiran positif
Ok laa…. Jom tengok resepi spaghetti bolognese Nina kali nie..
Resipi Spaghetti Bolognese Mudah Sedap
bahan-bahan
1 paket spagetti
400 gm daging ayam cincang halus [mince meat]
1 tin cendawan butang – dihiris halus-halus
1 biji carrot – dipotong dadu
4 biji tomato – dipotong dadu
4 s/b cili mesin (Nina kurangkan dalam 2 sudu besar sahaja)
2 labu bawang besar – dipotong dadu
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 s/b lada hitam
1 tin tomato puree
1 cawan air rebus pasta (boleh tambah lagi ikut suka kepekatan kuah)
minyak untuk menumis
garam
1-2 sudu besar Mixed herbs
daun parsley untuk hiasan
Cara penyediaannya
- Panaskan air bersama sedikit garam. Bila mendidih masukkan spagetti.
- Masak hingga lembut dan toskan.
- Gaulkan dengan sedikit Olive oil dan masukkan dalam pinggan.
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Masak sehingga wangi.
- Masukkan cili dan kacau sehingga wangi & naik minyak.
- Masukkan ayam cincang dan kacau rata. Hancur-hancurkan ayam tersebut kepada ketulan-ketulan kecil. Kacau rata sehingga ayam masak.
- Masukkan sos tomato puree, carrot, garam, air rebus pasta dan lada hitam bersama mix herb dalam satu sudu besar)
- Gaul rata kesemuanya sehingga kuah mendidih.
- Angkat dan tuangkan kuah ke atas spaghetti
- Hiaskan dengan daun parsley.
Selamat mencuba !!
Mudah kannn? Actually resipi spaghetti bolognese Nina resepi yang biasa dan simple! Pasta merupakan antara menu untuk dinner pilihan keluarga Nina. Mostly spaghetti dan spiral yang menjadi kegemaran selain macaroni. Sauces yang menjadi pilihan pula adalah bolognese dan carbonara. Boleh tengok Spaghetti Carbonara dan Pasta Carbonara untuk sauce carbonara ehh ….
Actually dah beberapa kali juga Nina sharekan resepi Spaghetti Bolognese nie. Nina sharekan lagi resepi nya. (sebagai rujukan Nina kemudian hari juga) Selalunya untuk kuah Nina akan doublekan sukatan, Suka kuah banyakk….. hehee
kt sini dh tayang spaghetti plak..nampak bukan main sedap…dh macam2 dh anak tekak ni nk makan..hahhaah
salam ziarah dan salam perkenalan… terlior tgk spagheti…
slm Kak Nina cyggg…menu omputih yer hari ni…mnarik!! jadi tliur dr pg td tgk spagheti ni…
Wslm Gee,
Terima kasih sudi singgah blog Nina yang tak seberapa nie.
Salam perkenalan juga dari Nina 🙂
Wa'salam Qasey Honey….
Sekali sekala menu omputih..erkkk>>> selalu gak ;p
Actually, hubby kak Nina kurang makan nasi tu yang selalu dok masak pasta 🙂
as'salam Adda…
teliur ehh?? anak tekak Adda tuu bilang dia nak makan spaghetti lah tuu
hehehe…
thanks sahre resipi nih 🙂
sama-sama PinkUmmi …
moga menepati citarasa PinkUmmi sekeluarga hendaknya 😉