Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

August 1, 2011January 11, 2016

My Baby Sos Carbonara Nina Stlye

Alhamdulillah …. Ramadhan datang lagi. Salam Ramadhan buat semua ….
Moga Ramadhan ini dapat memberi penuh makna buat kita semua. Dan moga kita dapat menjalankan ibadah Puasa ini dengan sempurna hendaknya.
Insya’Allah, amin …



Hari nie Nina nak share resipi Nina yang simple & cepat disediakan. Nina nie semuanya nak cepattt ajerrr … Paling penting, bahan yang senang didapati dimana-mana. 


Nie Nina nak citer sikit, bagaimana terjadinya My Baby Sos Carbonara Nina Style. Kisahnya bermula begini ….. 
Anak Nina no.2 Eilman Mirza semasa keciknya tak berapa suka makan nasi, dia suka makan pasta ajerr. Ala-ala anak omputih lah katakan.. Memang dia putih melepak punn …. (macam mama dia…. “terpuji diri sendiri la plak) ngeh ngeh ngehhhhh ~~~~
Anak-anak  Nina memang amat menggemari Sos Carbonara. Terpaksa lah Nina beli  yang ready made atau pun di Pizza Hut. Kalau nak beli hari-hari memang tak mampu – Mahal juga kan kalau hari-hari. So, bermula lah episod menderhakan resipi. Nina gantikan whipe cream ngan susu segar, manakala tepung jagung Nina gantikan dengan Quaker Oats. Berkhasiat kannn …?? Good for kids dan masa Nina buat resipi ini anak Nina yang no.2 Eilman masih baby sebab tuu Nina letak nama “My Baby” Sos Carbonara. Manakala topping, kebiasaannya adalah ayam, tapi Nina tukar kepada Udang sebab anak No.1 Eillya memang hantu Udang. Begitu lah ceritanyaa. 
Hehehee ….



My Baby Sos Carbonara Nina Stlye
Bahan-bahan
1 packet pasta (terpulang samada nak guna spaghetti, spiral ataupun fettucinnie)
6 ulas bawang putih – diketuk & dicincang halus
1 helai daun Bay
1/2 kg udang besar *** terpulang banyak mana… Nina buh banyak2… hehhee ….
1 tin cendawan butang – hiris nipis-nipis
1 kotak susu segar (1 litre)
2 kiub pati ayam Knorr
6 sudu besar Quaker Oats


Bahan hiasan
lada hitam – tumbuk2 halus
bawang goreng
daun pudina
daun bawang



Cara-cara

  • Masukkan pasta dalam periuk bersama garam & sedikit Olive oil. Masak sehingga masak …. kemudian tos & ketepikan.
  • Panaskan minyak, goreng udang separuh masak. Ketepikan.
  • Gunakan minyak lebihan goreng udang, tumis bawang putih hingga keperangan.
  • Masukkan daun bay, cendawan butang. Kacau rata hingga cendawan masak
  • Masukkan air sedikit bersama kiub pati ayam Knorr
  • Masukkan susu segar. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan Quaker Oats masak hingga kembang untuk pekatkan kuah. Kepekatan kuah bergantung pada individu. 
  • Masukkan udang yang telah digoreng separuh masak tadi. Kacau rata
  • Tuangkan pasta ke dalam mangkuk, sendukkan kuah Carbonara, sedia dihidangkan
  • Sedap makan bersama Lada Hitam, bawang goreng, daun bawang, daun pudina untuk hiasan.




Selamat mencuba …. Menu berkhasiat !!


Ini lah dia Tuan Punya Resipi…. “EILMAN MIRZA “…
















Related posts:

Udang Galah Berempah
Roti Canai Kayu Arang Melaka wajib singgah Sarapan pagi sedap
D'AURA Minyak Kelapa Dara menyerlahkan lagi AURA nya dengan
BEST ke , Bagus ke Anti Wrinkle Premium Cream Himalaya ?
Lifestyle Western Menu

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes