Wajib tahu! TIPS CARA JAGA MATA DARI GAJET Terutama Kanak-kanak
Nak kata lagu mana?! Mau atau tidak anak memang TERPAKSA mengadap gadjet sekarang ni. Dah ini lah cara pembelajaran terkini, semua online. Tidak dinafikan hampir 2 tahun sejak PKP anak akan terjebak dengan gadjet setiap hari. Ya Isnin – Jumaat. Sabtu Ahad pun terleka. Acaner?
TANDA AWAL KABUR PENGLIHATAN PADA KANAK-KANAK
- kedudukan kepala yang senget ketika memfokus ni berlaku semasa membaca atau menonton TV
- juling (nampak jelas pada anak mata)
- membaca atau menulis pada jarak yang terlalu dekat
- kesukaran menulis atau menyalin semula apa yang ditulis oleh cikgu di papan hitam / putih
- kerap meniru kawan kerana tidak nampak dengan jelas butir-butir yang ditulis oleh cikgu
- suka menonton TV dari jarak dekat
- selalu menggosok mata
- kerap mengerdipkan mata walaupun tidak mengantuk
- sensitif terhadap cahaya, mata kerap berair
- menutup sebelah mata untuk memfokus pada benda yang ingin dilihat dengan jelas
- mengadu sakit kepala / atau penat bahagian mata
- mengadu melihat objek menjadi dua (double vision) /silau
Korang perasan tak kot anak korang adanya tanda-tanda di atas?
Jangan lah ambik remeh! Punca dan tanda awal anak rabun akan memudaratkan mata mereka kelak. Mata ni tak de ganti nya. Kita juga kena JAGA MATA sebab penggunaan gadjet tidak terbatas dah laa ni. Gadjet ni dah jadi keperluan kann..? Senang kata terpaksa gunapakai.
Bukan sakit mata macam ketumbit (sakit yang ketara) baru korang nak buat sesuatu. Huhuu
Kesan Penggunaan Gajet Pada Mata Terutama Kanak-kanak
Penggunaan gajet lebih dari 3 jam akan memberi kesan ada mata anak anak. Opkos dalam sehari anak akan terjebak dengan penggunaan gadjet lebih dari 3 jam. Bohong laa kata anak tengok phone kejap je. 30 minit je. Eh eh… Tok sah menafikannya. Kita sendiri entah berbelas jam dok mengadap phone.
Antara kesan kesannya adalah;
1. Peningkatan power spek mata
Ini akan berlaku kalau anak anak kita dah start pakai spek mata. Makin lama makin banyak peningkatan power spek. Pengembangan bola mata berlaku saraf kat belakang mata akan koyak. Jika saraf belakang mata koyak ini akan menyebabkan mata menjadi buta.
2. Otot fokus mata yang tak stabil
Kanta dalam mata kita ibarat macam kanta dalam sebuah kamera. Cuba bayangkan bila kita selalu hadap gajet terlalu lama dan terlalu fokus akan sampai satu ketika mata akan jadi kabur. Oot fakus mata kita menjadi tidak stabil dan akan ambil masa untuk kembali ok.
3. Mata cepat penat
Mata akan jadi cepat penat dan tak boleh di kawal akibat terlalu aktif sangat dengan gajet contohnya main game. Bila main game mata akan fokus pada game dan tidak teralih ke tempat lain.
4. Juling
Juling adalah salah satu lagi kesan disebabkan penggunaan gajet berlebihan. Doktor Mohd Hafidz Ithnin turut berkongsi pengalaman beliau pada tahun 2020 berkenaan remaja 14 tahun yang mempunyai masalah juling. Doktor tanya apa dia buat hingga mata menjadi juling. Remaja berkenaan bagitahu dia main game PUBG 5 jam sehari dan kadang kadang lagi lama menjadikan auto fokus tak terkawal. Aduyai lamanya ngadap phone. Parah tuh!
Doktor bagi terapi pada remaja berkenaan dan biasanya proses penyembuhan mengambil masa enam bulan hingga ke setahun jika masalah juling yang di hadapi tidak terlalu teruk.
5. Susah nak tidur (imsomnia)
Bila menggunakan smartphone terlalu lama kita akan jadi susah nak tidur. Sebab apa susah nak tidur? Sebab badan kita bila terdedah pada cahaya biru dari smartphone akan mengganggu penghasilan hormon yang menjadikan kita susah nak tidur.
TIPS CARA JAGA MATA DARI GAJET
Terutama Kanak-kanak Tanpa Meninggalkan Gajet
Doktor Mohd Hafidz Ithnin turut berkongsi beberapa tips yang boleh digunakan untuk jaga mata tanpa meninggalkan gajet. Okies, meh Nina kongsikan tips yang telah di kongsikan oleh Doktor Mohd Hafidz ;
1. Berehat seketika dan boleh sambung semula pengunaan gajet
Berehat seketika dan boleh sambung semula penggunaan gajet. Satu jam hadap gajet pastu rehat sekejap. Boleh tengok pemandangan jarak jauh supaya mata boleh berehat. Lima minit rehatkan mata dan boleh sambung semula. Yang penting jangan terlalu fokus sampai tiga jam straight duk mengadap gajet.
2. Galakkan aktiviti luar rumah (outdoor activity)
Kanak kanak yang menghabiskan masa di luar rumah, kurang menghadapi masalah juling dan power spek mata tinggi. Ini kerana mereka banyak menghabiskan masa di luar rumah dengan membuat aktiviti berfaedah yang tidak melibatkan gajet. Jadi sesekali tu, bawa anak anak kita biat aktiviti kat luar rumah, jangan bagi diaorang asyik dengan gajet jer. Biasanya Nina bawak anak brisk walk setiap pagi sebab brisk walk senaman paling mudah murah sambil nikmati Vitamin D.
3. Kanta khas untuk penggunaan gajet
Kadang kadang anak anak kita ni bila dah terdedah pada gajet diaorang akan leka dan seronok dengan gajet. Bagi mengelakkan masalah pada mata anak anak seeloknya gunakan kanta khas untuk penggunan gajet.
4. Penggunaan kanta penapis berwarna biru
Pastikan juga penggunaan kanta penapis berwarna biru atau blue light filter supaya cahaya biru tak masuk terus pada mata anak anak kita. Ada banyak je jual kat pasaran tapi sebaiknya dapatkan dari pakar mata. Bukan nak kata, kat luar tu belum tentu original, risau ada kesan lain kelak.
Macam spek mata yang Nina pakai, lens Alpha Blue lens pilihan Nina agar mata terjaga dari sinar UV, infra red yang membahayakan.
5. Beri ganjaran pada anak (tak semestinya duit)
Ini satu teknik yang perlu ibubapa terapkan pada anak anak. Menurut Doktor Mohd Hafidz Ithnin dalam perkongsiannya , sebagai ibubapa kita boleh bagi insiatif pada anak anak. Contohnya kalau anak anak behave tak tengok phone lama lama ibubapa boleh bawa anak anak pergi melancong ke atau boleh belikan anak anak buku lukisan ke kalau anak anak suka melukis. Bijak laa buat pilihan. Orang kata beli jiwa gituu..!! HEhee
Dengan cara ini ibubapa boleh mengurangkan penggunaan gajet agar tidak digunakan secara keterlaluan di kalangan anak anak.
Buat Pemeriksaan Mata Anak
Ya sebagai ibubapa, tanggungjawab kita menjaga amanah dari Allah. Mata ni deria lihat yang tak de gantinya. Sekurangnya bila kita dah bawak anak buat pemeriksaan, kita dapat mencegah dari jadi lebih teruk. Jangan nanti nanti!
Oh ya, untuk makluman korang Doktor Mohd Hafidz Ithnin adakan sesi perjumpaan ramah mesra bersama ibubapa dan anak pada 11.12.2021
Nanti korang boleh lah bersoal jawab perihal mata dan penjagannya lebih terperinci. Jumpa depan-depan ni lagi mudah faham kannn?
Optom Eyecare Bangi
No.37, Jalan 8/1, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(Berdekatan Marrybrown, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi)
Tel : 011-11479093
So elakkan dari jadi lebih teruk. Punca silau, mata letih memang akan mengganggu tumpuan anak dalam pembelajaran.
TIPS CARA JAGA MATA DARI GAJET Terutama Kanak-kanak
Nak share ngan korang lagi, Optom Eyecare Bangi turut memperkenalkan servis baru khas untuk kanak kanak iaitu Kiddos Eyecare. Untuk maklumat lanjut berkenaan servis dan perkhidmatan yang disediakan oleh Optom Eyecare Bangi, korang boleh layari;
Website : https://optom.com.my/
Instagram : www.instagram.com/optombangi
Fb: www.facebook.com/optombangi
Jaga mata anak dengan sebaiknya. Tak lupa mata kita jugak!
Buat lah sesuatu sebelum terlambat. Baca akibat rabun jauh yang teruk contohnya Glaukoma
Paling penting kena rehatkan mata tu kan. Set alarm lah supaya ingat untuk take a break.
saya orang dewasa pun kena jaga mata terutama daripada gadget. makin lama makin naik power spek saya. risau juga hari tua macam mana mata.