Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Bahaya GLAUKOMA Buta
January 28, 2021January 30, 2021

Bahaya GLAUKOMA! Jika dibiar boleh BUTA

Bahaya GLAUKOMA Buta andai dibiarkan tanpa rawatan

Isi Kandungan hide
1 Bahaya GLAUKOMA Buta andai dibiarkan tanpa rawatan
2 Apa itu Glaukoma
2.1 Gejala Glaukoma
2.2 Rawatan Glaukoma
2.2.1 Bahaya GLAUKOMA Buta
2.2.2 Ubat Glaukoma
2.2.3 Pencegahan Glaukoma
2.3 Bahaya GLAUKOMA Buta
2.4 Related posts:

Bahaya GLAUKOMA Buta Punca Rawatan Cara Pencegahan Ubat

Bahaya GLAUKOMA Buta

Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa .  . .
Ohhh.. Aku tergoda, aku tergoda terkecewa. Eh! Ternyanyi pulak. HAhaa
Ya, Mata yang cantik berseri-seri idaman semua orang!

Tapi sering kali kita terabai akan perihal mata. Sebab janji nampak ok dah!
Hakikatnya mata juga perlu diberi perhatian dan penjagaan yang rapi.
Pernah dengar tentang Glaukoma?

Apa itu Glaukoma

Glaukoma adalah sejenis penyakit saraf mata. Ianya menyebabkan medan penglihatan hilang sedikit demi sedikit, sehingga semua medan penglihatan hilang dan seterusnya mengakibatkan kebutaan yang kekal.

Glaukoma boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang berkait rapat dengan peningkatan risiko untuk mengidap glaukoma. Ini termasuklah tekanan pada bola mata yang melebihi tahap normal iaitu melebihi 22 mmHg (Hipertensi ocular).

Risiko ini boleh meningkat seiring umur. Faktor lain adalah mempunyai ahli keluarga yang menghidap glaukoma, pesakit migraine, penghidap rabuh jauh yang teruk, pesakit diabetes, penghidap tekanan darah tinggi atau rabun jauh yang teruk. Selain itu, pesakit yang mempunyai alahan pada mata dan mengambil steroid juga terdedah kepada ancaman glaukoma.

Terdapat dua jenis glaukoma iaitu Glaukoma Sudut Tertutup dan Glaukoma Sudut Terbuka.

Gejala Glaukoma

Glaukoma Sudut Tertutup
1. Sakit pada bola mata
2. Kabur penglihatan mata yang yang mengalami glaukoma
3. Mata menjadi merah
4. Sakit kepala
5. Mual dan muntah
6. Tekanan bola mata yang meningkat

Peningkatan tekanan bola mata terjadi akibat daripada sistem pengaliran cecair dalam mata tersumbat. Kebanyakan pesakit yang mengidapi glukoma jenis ini mempunyai struktur dalaman mata yang berbeza dari struktur normal. Doktor mata boleh mengesan struktur yang tidak normal dengan melakukan pemeriksaan mata sebelum berlaku serangan glukoma akut agar rawatan pencegahan dapat dilakukan.

Bahaya GLAUKOMA Buta

Glaukoma Sudut Terbuka

Glaukoma jenis sudut terbuka mengalami gejala kehilangan penglihatan secara perlahan dan tidak sakit yang mungkin tidak disedari oleh pesakit. Oleh itu saringan bagi mengesan glaukoma adalah penting terutama bagi seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang menghidapi glaukoma.

1. Selalunya tiada tanda-tanda sehingga glaukoma di tahap yang serius.
2. Kehilangan penglihatan yang perlahan dan berterusan
3. Pengecutan medan penglihatan
4. Peningkatan tekanan bola mata
5. Peningkatan nisbah ‘cup disc’ (menunjukkan kerosakan pada saraf optik)

Tanpa rawatan yang berkesan, glaukoma menyebabkan kerosakan yang kekal pada saraf optik. Medan penglihatan pesakit akan mengecil sehingga ketahap seperti melihat melalui teropong atau sehingga buta kekal.

Rawatan Glaukoma

Tujuan utama rawatan adalah untuk mengekalkan penglihatan. Terdapat beberapa bentuk rawatan termasuk penggunaan ubatan, rawatan laser dan akhir sekali rawatan pembedahan.

Rawatan membantu menurunkan tahap tekanan mata sama ada menggalakkan pengaliran cecair keluar dari bola mata atau mengurangkan pembentukan cecair oleh tisu mata.

Bahaya pakai Contact Lens

 Ppssttt > > > > Bahaya pakai contact lens!

Bahaya GLAUKOMA Buta
Ubat Glaukoma

Antaranya ialah ubat-ubatan iaitu ubat titis mata.

Yang kedua ialah rawatan laser.
Rawatan ini boleh dilakukan bagi glaukoma jenis sudut tertutup dan juga sudut terbuka. Bagi glaukoma sudut tertutup, laser sering dilakukan menghindarkan berlakunya serangan akut dengan melakukan lubang pada iris bagi menggalakan pengaliran cecair dalam bola mata.

Bagi kes glaukoma sudut terbuka, laser dilakukan apabila ubatan tidak dapat mengawal tekanan mata.

Yang ketiga ialah rawatan pembedahan. Ini melibatkan penghasilan laluan alternatif untuk cecair keluar dari dalam bola mata. Ia sering dilakukan apabila rawatan dengan ubatan dan rawatan laser tidak lagi berkesan untuk mengawal tekanan mata pada tahap yang diperlukan.

Kedai cermin mata murah EYE PRO VISION Sungei Wang

Pencegahan Glaukoma

Dengan rawatan yang berkesan, glaukoma boleh dikawal. Memandangkan kebanyakan pesakit glaukoma tidak merasai gejala glaukoma terutama jenis sudut terbuka, pemeriksaan mata untuk mengesan penyakit glaukoma, termasuk melakukan ujian seperti di atas adalah penting.

Kaedah saringan merupakan langkah pencegahan yang berkesan bagi mengelakkan buta akibat penyakit glukoma.
Tak susah pun, macam Nina atleast setahun sekali Nina akan ke Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza untuk check power mata Nina. So far Alpha Blue 420 lens terbaik untuk jaga mata kita.

Perkongsian ini adalah dari #HealthDrZubaidi

Bahaya GLAUKOMA Buta

Related posts:

Sinopsis BIDADARI KIRIMAN TUHAN watak Autism lakonan hebat Mira Filzah
Donut oh donut... ni dia Resipi Donut Mudah Lembut sampai besok
Resepi Bubur Lambuk Bonda | menu wajib tiap kali Ramadan Resepi Rahsia Arwah Makcik tersayang
Tempat Makan BEST Senawang | KoffeeKabin Cafe sedap berpatutan
Lifestyle Tips Apa Perlu BuatDr. ZubaidiGlaukomaInfo - kesihatanInfo - SemasakesanPencegahanrawatansimptomTips jaga matatips kesihatanubatan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. Tutuapp says:
    February 25, 2021 at 4:03 pm

    This includes making sure storm windows are installed and closed in place if you have them.

    Reply
  2. Vidmate says:
    February 25, 2021 at 4:04 pm

    Windows should be latched. Open them during the day if the temperature outside is higher than the temperature indoors.

    Reply
  3. Pingback: TIPS CARA JAGA MATA DARI GAJET Terutama Kanak-kanak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes