Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

July 11, 2019July 11, 2019

Mimpi ngeri Bahaya pakai Contact Lens!

Bahaya ke pakai Contact Lens?

Isi Kandungan hide
1 Bahaya ke pakai Contact Lens?
2 Mimpi ngeri Contact Lens hilang dalam mata!
3 Eh… Mana contact lens sebelah ??????
4 Besoknya Ehh… Awat terang jelas pandangan ku sebelah ni?
5 Mimpi ngeri Bahaya pakai Contact Lens
6 Related posts:

Pakai contact lens ini konsepnya memudahkan kerja. Untuk buat aktiviti lasak / bersenam, pakai contact lens lebih selesa berbanding pakai cermin mata. Nina dah pernah pakai pakai contact lens sejak tahun 1995. Lepas SPM gitu… Mimpi ngeri Bahaya pakai Contact Lens

Kiranya kalau pakai contact lens masa tu yang ada warna kira rare laa..!! Nak plak masa tu umur baru 18 tahun. Tapi biasanya Nina lebih selesa pakai yang plain (tak de warna).

Sebabnya bola mata Nina agak kecil so tak semua contact lens warna sesuai dengan anak mata Nina. Dan hanya beberapa jenama tertentu jer serasi dengan mata Nina.

Bahaya pakai Contact Lens

Namun korang kena sedar ada beberapa perkara PENTING sebagai pengguna contact lens yang wajib korang tahu.

Nina sharing ilmiah dari Doktor Khairul Faizie untuk korang.

Antaranya:

1) Jangan tidur sambil pakai contact lens. Kadar penyerapan oxygen berkurangan pada mata, dan tinggi risiko jangkitan / ulcer pada kornea mata.

2) Jangan guna contact lens tiruan.

3) Jangan pakai lama sangat dalam sehari. Saranan biasa sekitar 6- 8 jam. Namun aku sendiri kadangkala pakai >8 jam. Kadangkala pakai sampai 12- 14 jam…Apa yang aku buat ialah aku memang bawa kit contact lens masa kerja ( solution & lens casing ), so aku bukak kejap dan cuci lens sebelum sambung pakai. Yang terbaik rest kejap few hours ( dan pakai spek masa tu ). Elakkan pakai berterusan >8 jam.

4) Buang bila dah sampai masa expiry. Bergantung jenis daily / every 2 weeks, atau monthly.

5) Kalau dah rasa mata tak selesa each time guna contact lens sedia ada, stop pakai, rest kan mata ( guna spek) dan buang contact lens tu. Lepas few days, baru guna new lens.

6) Jangan pakai contact lens masa mandi /swimming.

OK, part ini aku mengaku, aku susah elak. Risikonya ialah jangkitan parasit dipanggil Acanthamoeba dalam kornea mata. Penggunaan contact lens boleh melukakan ( kecil) cornea, so luka kecil ini boleh jadi entry point buat parasit ini. Dan parasit Acanthamoeba memang boleh ada dalam sumber air seperti air paip / swimming pool / sungai/ etc.

Bahaya pakai Contact Lens tiruan
Bahaya pakai Contact Lens tiruan

Kalau ambik wuduk, korang yang guna contact lens bukak ke lens?
Aku tak.
So, ikhtiar sebaik mungkin jaga hygiene.
Jaga penggunaan contact lens utk rendahkan risiko luka pada kornea yg boleh jadi entry point parasit.
Kalau boleh bukak lens masa mandi, lagi bagus.

Pautan tentang Acanthamoeba keratitis ( jangkitan parasit pada kornea mata )

Bahaya Acanthamoeba keratitis jangkitan parasit pada kornea mata

Berita tentang pemuda yang buta sebelah mata kerana jangkitan Acanthamoeba:

https://dailym.ai/2XTX3XQ

So korang jaga laaa kesihatan mata. Pakai spek bukannya buruk sangat pun. Dan…. Ada jer Kedai Spek Murah Viral kat Sungei Wang yang banyak pilihan cecantik lagi stylo.

Kedai cermin mata murah EYE PRO VISION Sungei Wang

Nina pun sekarang dah tak pakai contact lens lama dah. Rasanya sejak dah kawin kot. Sebab…

Mimpi ngeri Contact Lens hilang dalam mata!

Memang tak boleh lupa sampai bebila. Ngeri beb! Nina pakai contact lens setiap hari pi keje. Balik keje biasanya lewat dan Nina naik komuter. Balik dah lewat, penat maka Nina TERtido sepanjang perjalanan.

Masa sedar dah sampai stesen, kenapa kabur ni ehh…? Sebelah mata tak berapa jelas penglihatan Nina. Pi toilet belek-belek mata…

Eh… Mana contact lens sebelah ??????

Ya Allah… Takutnya. Nangis sepuasnya…. Mana dia pegi?  Dah masuk sampai ke otak ke?  Macam-macam fikir!  Kelam kabut bukak sebelah lagi simpan dan terus pakai spek. Drive balik rumah dengan mata dah bengkak nangis kerisauan. .. Huhuu…

Sampai rumah masih dok belek-belek lagi mata ni cari mata laaaa peginya Contact lens lagi sebelah. Tak jugak jumpa . Masa tu zaman tak de Internet untuk refer.. Takut!

Sudahnya tertido dengan penuh debaran ketakutan. Mata dah bengkak rabak sebab nangis risau takut.

Besoknya Ehh… Awat terang jelas pandangan ku sebelah ni?

Ya Allah… Syukur Alhamdulillah. Contact lens yang hilang entah pi mana dalam mata ke dah pegi otak dah kembali ke tempat asalnya.

Tak terkata gembiranya. Terus bukak! Taubat tak mo pakai Contact lens lagi… Huhuuu… Mujur tak de apa-apa infection.

Ppsstttt > > > Lepas belas tahun kemudian, berani gak pakai semula Contact Lens tapi SANGAT berhati-hati. Pakai kejap jerrr hanya untuk majlis tertentu. Fobia beb!

Apa pengalaman ngeri korang dengan Contact Lens?

Mimpi ngeri Bahaya pakai Contact Lens

Related posts:

Disebalik nama OMBAKBERGIGI | Shuhada Herman fulltime blogger berkongsi resepi dan travel juga seora...
Akhirnya..... Tauhu celop tepung ajer. Senang!
Sarapan paling mudah sedap! Resipi Breakfast Egg Bread Muffin.
30 Resipi Berbuka Puasa TANPA NASI Paling Mudah Senang Mee , Bihun, Kuey Teow, Pasta
Lifestyle Tips Bahaya Contact LensDoktor Khairul Faizie Mohammad KamarInfo - kesihatanKanta Lekapnak cantik

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. Pingback: Bahaya GLAUKOMA! Jika dibiar boleh BUTA - Nina Mirza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes