Resepi Yee Mee Sizzling Mudah Sedap ramai jugak dok search kannn?
Bukan apa, tiap kali pi food court anak-anak order Yee Mee Sizzling.
Awat laaaa… Sedap sangat ke?
Ok kita try buat sendiri. Senang je rupanya. Hah ambik.. sekawah kuah nya! HAhaa
Puashati. Makan laaa puas-puas anak ku Sayang.
Resepi Yee Mee Sizzling Mudah Sedap
Style NinaMirza
bahan-bahan
1/2 ekor ayam atau isi ayam bahagian dada. Dibersihkan, potong kecik.
10 ulas bawang putih, ketuk cincang halus
2 1/2 inci halia, ketuk cincang halus
Segenggam Cili kering, rasa dalam 10 tangkai potong pendek dalam 2 inci
Cendawan shitake yang kering dalam sepaket / 20 biji direndam hingga kembang. Cuci bersih hiris sederhana tebal
Sayur sawi dicelur dalam air panas menggelegak. Bubuh sedikit minyak. Kalau sudah bertukar warna, angkat dan toskan.
Yee Mee dalam 2 paket. Boleh dibeli di pasaraya.
Kicap pekat dalam 3 sudu besar (nak gelap boleh tambah lagi)
Satu botol kecik kicap Jalen Lemak Manis
Sos tiram 1 senduk / 4 sudu besar
Serbuk lada hitam secukupnya. Ikut citarasa
2 kiub pati ayam
Garam dan Gula secukup rasa
Air tepung jagung (mengikut kepekatan yang diingini)
Air secukupnya.
Cara Masak Yee Mee Sizzling
1. Tumis bawang putih dan halia hingga keperangan, masukkan cili kering. Masak hingga naik bau. Masukkan Ayam masak hingga separuh masak.
2. Kemudian cili kering. Masak rata kesemuanya
3. Masukkan cendawan. Masak hingga cendawan lembut. Gaul sebati.
4. Masukkan air. Agak-agak laaa nak kuah banyak mana. Masak hingga mendidih.
5. Masukkan kicap.
6. Masukkan sos tiram, kiub pati ayam. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, Masak dan biar hingga menggelegak dan kecikkan api.
7. Bila cendawan dan ayam agak lembut. Masukkan air tepung jagung hingga kuah agak pekat. Sesuai rasa dan selera, boleh tutup api.
8. Untuk menghidangkannya letakkan Yee Mee dalam mangkuk, hiaskan dengan sayur sawi, tuangkan kuah atasnya. Sedia dinikmati.
9. Kalau mahu boleh hidangkan atas sizzling pan. Masukkan kuah, pecahkan telur dan masukkan Yee Mee sesanggul , letakkan sayur sawi dan ready to serve.
Mudah je kannn?
Selain Kuah Sizzling, Nina suka jugak nikmati Yee Mee KungFu . Kuahnya tak pedas, anak-anak suka!
korang boleh laa try Resepi Yee Mee Kung Fu Style Nina
Sapa suka order Yee Mee Sizzling gak kalau pegi food court?
Thank you very much for giving us to express our feeling and thoughts about above information. I think you will keep updating and changing these information time to time if there is need to change.
This is a really awesome and helpful article for me. I appreciate your work providing such useful information; thank you so much!