Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Betul ke Belimbing Buloh adalah Rawatan efektif baby kuning atau jaundice ??
October 12, 2016October 12, 2016

Betul ke Belimbing Buloh adalah Rawatan efektif baby kuning atau jaundice ??

Betul ke Belimbing Buloh adalah Rawatan efektif  untuk baby kuning atau jaundice ??

Isi Kandungan hide
1 Betul ke Belimbing Buloh adalah Rawatan efektif untuk baby kuning atau jaundice ??
2 Related posts:
3 Ikan sekarang mahal kan? Ikan murah goreng berlada sambal cili hijau padang sedap weyy
4 CARA HILANGKAN BATUK TANPA UBAT | RAMAI DAH CUBA KATA BERKESAN!
5 Roti Sausage Gulung
6 Sinopsis Drama BIDADARI SALJU TV3

Aduh duh duhh…..!! Ibu mana tak akan risau jika anak yang baru dilahirkan kena sakit kuning atau omputeh kata Jaundice. Baru-baru ni kecuh seantara malaya bila adanya gambar baby yang diletakkan belimbing buloh sebagai rawatan sakit kuning. Iyer ke mujarab??

meh baca >>>

Viral yg menjadi VIRUS❗️❗️

Terkejut beruk Doktor bertugas hari ini bertemu dgn bayi neonatal seawal 4 hari yg dibawa ayah & ibunya dgn RUAM MERAH penuh dibadan bersama dgn potongan belimbing buluh di celah-celah barut & diaper….
Sambil menarik nafas & beristighfar panjang….

Betul ke Belimbing Buloh adalah Rawatan efektif baby kuning atau jaundice ??

Lagi terkejut bila ruam tersebut hampir menutupi jaundis (kuning) yg hampir-hampir menyebabkan doktor tidak perasan disebabkan oleh ruam merah yg hampir melitupi seluruh badan si bayi…
Bukan tarik nafas lagi, ni tahan nafas terus menahan rasa nak marah apabila si ibu menunjukkan paparan i-phone 6s petua menghilangkan jaundis bayi yg hampir 2 dekad merawat tapi tak pernah bertemu dgn petua pelik sedemikian…..

Kenapa perlu merumitkan masalah yg mudah…
Penyakit fizikal InsyaALLAH ada preskripsi…
Ubat tidak tahu bertanyalah pada yg ahlinya….

Merungkai Mitos- Belimbing Buloh mengurangkan kuning pada bayi
Kuning ataupun istilah perubatannya ‘Jaundice’ merupakan salah satu fenomena yg selalu berlaku kepada bayi. Ketika di dalam kandungan, sel darah merah berserta haemoglobin dihasilkan dengan lebih banyak berbanding bayi yang telah dilahirkan. Ini kerana keadaan di dalam rahim yang kekurang oksigen. Oleh itu, Kehadiran Haemoglobin yang banyak akan membuatkan bayi mendapat oksigen yg mencukupi.

Apabila lahir, keadaan Haemoglobin yang tinggi ini tidak lagi diperlukan. Ini kerana organ paru-paru dapat membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi yang telah lahir itu. Maka, haemoglobin yang berlebihan tadi akan diuraikan menjadi kompaun bilirubin. Kompaun bilirubin inilah yang menyebabkan kekuningan pada bayi.

Penyingkiran kompaun bilirubin ini hanya melalui satu jalan sahaja iaitu menggunakan enzim yang terdapat di dalam hati. Apa-apa molekul lain yang mengganggu enzim ataupun membebankan hati akan mengganggu juga penyingkiran bilirubin. Ini akan menyebabkan kandungan bilirubin tinggi dan menyebabkan kekuningan.

Sebab itu kita nasihatkan para ibu yang menyusukan bayi supaya mengelakkan diri daripada mengambil herba pada peringkat awal kelahiran. Sebab herba tersebut boleh masuk ke dalam susu dan membebankan hati bayi. Instead dia nak singkirkan bilirubin, dia juga terpaksa berkerja untuk menguraikan molekul daripada herba tersebut.

Belimbing Buloh tidak mengurangkan kekuningan pada bayi
Menggunakan Belimbing buluh dan meletakkannya di atas kulit merupakan suatu cara yang tidak terbukti berkesan. Beberapa persoalan perlu dilontarkan berkenaan mekanisma bagaimana ia mengurangkan kekuningan pada bayi
1) Adakah dalam Belimbing Buluh mempunyai kompaun yang mampu mengurangkan kuning?
2) Adakah ia bertindak dengan cara menyerap bilirubin ke dalam buah belimbing itu?
3) Adakah dengan meletakkan belimbing itu akan menyebabkan bayi sentiasa mendapat air yang banyak drpd belimbing tersebut, lalu mengurangkan kuning pada bayi?
4) Etc, etc
Ketahui bahawa kulit manusia merupakan lapisan yang telap air. Ia tidak membenarkan air dan kebanyakkan molekul lain masuk ke dalam saluran darah. Ia juga tidak membenarkan kompaun bilirubin diserap keluar drpd saluran darah ke dalam belimbing buluh tersebut.

Para pembaca perlu tahu, seseorang bayi mampu menurunkan kandungan bilirubin dalam badannya dengan sendiri tanpa memerlukan apa2 bantuan. Sebab itu majoriti daripada bayi hanya akan diperhatikan kandungan bilirubin dalam darahnya sahaja. Jika semakin menurun kita akan biarkan sampailah ia kembali normal tanpa berbuat apa-apa. Hanya jika ia mencapai kadar tertentu sahaja baru kita letakkan dibawah lampu biru untuk mengurangkan kekuningan bayi tersebut.
Harap bermanfaat

sumber : facebook Klinik As-Salam 24 jam Bandar Baru Bangi

Andai tak tahu kesahihan sesuatu perkara, jangan lah kita tergopoh gapah pi share merata. Kesiannya buat mereka yang tak tahu lagi kebenaran. Gerenti anak-anak yang baru lahir ada kuning kena hias ngan belimbing buloh. Oh Tidak..!!

Dah tahu ni…. pi laa kasitau kebenaran kat kengkawan lain ehh.. Usah lagi tertipu dengan dusta nestapa. Huhuu . . . HuruHaraBaby kesian..

Betul ke Belimbing Buloh adalah Rawatan efektif baby kuning atau jaundice ??

Related posts:

Ikan sekarang mahal kan? Ikan murah goreng berlada sambal cili hijau padang sedap weyy

CARA HILANGKAN BATUK TANPA UBAT | RAMAI DAH CUBA KATA BERKESAN!

Roti Sausage Gulung

Sinopsis Drama BIDADARI SALJU TV3

Lifestyle Parenting Tips baby kuningbelimbing bulohhaemoglobinjaundicekelahirannewbornrawatan bayi kuningrawatan jaundicesusu ibuviral

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (9)

  1. Safeni Feni says:
    October 12, 2016 at 5:39 pm

    Tq for sharing. Good info for parent.

    Reply
  2. haffizuliskandar says:
    October 12, 2016 at 7:37 pm

    fuh! selamat baca sampai habis. kalau tak, memang terus cari belimbing buloh la. hahahaha. adoi!

    Reply
  3. JULIA JOHARI says:
    October 13, 2016 at 9:00 am

    Andai tak tahu kesahihan sesuatu perkara, jangan lah kita tergopoh gapah pi share merata.

    Setuju dengan entry kak nina share ni…mujur baca..utk msa depan…ya allah mcm2 ye petua zmn sekarang haha

    Reply
  4. yanieyusuf says:
    October 13, 2016 at 9:03 am

    aah cian baby tu.. ti lah banyak kena pelajari ni.. doakan yanie dapat baby pulak hihih

    Reply
  5. mas saari says:
    October 13, 2016 at 9:04 am

    uishhh ngarut betul.. manalah diaorg dpt cara camni! pastu yg lain pun laju jer nak viralkan..

    Reply
  6. YB Shehan says:
    October 13, 2016 at 9:04 am

    lor. entah apa2 pnya rawatan. haih. hrp xde la ibu bapa yang kalut g buat cmni

    Reply
  7. Introducer maybank/cimb-0127292850 says:
    October 15, 2016 at 5:15 am

    Kesiannya kat baby tu….petua kepalang ajar…huhu…

    Reply
  8. Suriaamanda says:
    October 17, 2016 at 11:48 am

    Jangan simply2 share atau amalkan sesuatu yang tak sahih..kesian baby

    Reply
  9. temple run 3 says:
    December 19, 2020 at 5:54 pm

    Thanks for your helpful information. I have been struggling to find many questions about this issue. I will follow you!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes