Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Tips dan cara nak banyakkan SUSU IBU susu badan dengan berkesan
October 15, 2016December 19, 2023

Tips cara banyakkan SUSU IBU susu badan dengan berkesan

Tips cara banyakkan SUSU IBU susu badan dengan berkesan | Sekarang ni baby Eilysa dah berusia 2 bulan lebih. Alhamdulillah Nina masih susukan baby secara esklusif. InsyaAllah akan terus susukan sehingga baby Lysa 2 tahun. Anak-anak Nina yang lain semua pun sama. 

Isi Kandungan hide
1 Susu ibu
1.1 Kenapa susu ibu kurang?
2 Tips cara banyakkan susu Ibu
2.1 1. Kerap bagi babu menyusu – Ikut jadual mengepam
2.2 2. Jaga minum
2.3 Minuman terbaik : Cuba amalkan Air Nabeez. Ketahui Apa itu Air Nabeez Apa khasiat nya
2.4 3. Amalkan pemakanan berkhasiat
2.5 4. Suplement tambahan – Milk booster
2.6 5. Sentiasa tenang Relax
2.7 6. Jaga kesihatan diri
2.8 Keep positive!
2.9 Related posts:
3 Click Snap, Click snap...!! Terima kasih sudi order. Syukur Alhamdulillah
4 Puding Ice-Cream Jagung
5 Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli Online lagi mudah jimat selamat
6 KASUT HITAM SEKOLAH PALLAS TETAP JADI PILIHAN! ANAK SELESA PAKAI, BERKUALITI

Cuma yang no.1 aje,  lepas habis pantang Nina dah bagi baby susu formula. Sedey nya…!! Masa tu tak pandai, maklumlah pertama kali jadi ibu. Masa tahun 2003 tu lak zaman teknologi internet ni tahap katak dalam tempurung – google apa pun tak reti. Nina aje kot Pendedahan pasal susu ibu ni kurang… Sadis sungguh! Maaf mama yaa Eillya.. Mama tak berniat pun nak stopkan susu ibu.

Nafkah Anak Kandung Wajib

Susu ibu

Bayi baru lahir akan menerima kolostrum sebagai susu awal dalam tubuh ibu. 2 hingga 4 hari kemudian, susu badan anda akan ada dan menjadi cecair pertama.  Susu ibu ialah susu yang dihasilkan oleh kelenjar susu yang terletak di dalam payudara wanita manusia. Susu ibu adalah sumber utama nutrisi untuk bayi baru lahir, mengandungi lemak, protein, karbohidrat dan mineral dan vitamin yang berubah-ubah mengikut keperluan bayi. Susu ibu adalah susu terbaik untuk bayi .

Sekarang ni dah semua di hujung jari. Beruntung dan senang korang nak cari ilmu. Nina pun dah reti tenet ni bagai, Nina lak yang tulis blog. Hahaa.. Korang lak baca hasil dari pencarian Google. Kita berkongsi ilmu moga berkat dan saham tuk Nina kelak. Harap-harapnya… Aaminn

Tips cara banyakkan SUSU IBU susu badan dengan berkesan

Ok,  Normal jer ibu yang susukan baby tetiba rasa risau kengkonon stok susu tuk anak rasa macam kurang. Walaupun hakikatnya banyak! Standard chartered jer tuu.. (Normal). Sebenarnya kan.. lagi korang dok risau susu kurang, maka susu memang akan jadi kurang! Minded setting kata omputeh. Sila set fikir “susu banyak, susu banyakkk…!!” Maka banyak lah susu korang… Tak bohong tau ini fakta.  Jom baca ilmu ilmiah bertaraf doktor kengkonon macam terror dari pengalaman Nina yang tak seberapa ni… 

Kenapa susu ibu kurang?

  • Ibu tidak membenarkan bayi menyusu seberapa kerap dan mengikut kehendak bayi.
  • Bayi tidak melekap dengan betul dan bayi tidak dapat menyusu dengan berkesan.
  • Ibu berhentikan penyusuan di waktu malam lebih awal.

Ikuti panduan yang mudah korang kena amalkan agar susu ibu mengalir lebih lancar dan banyak susu dapat dikumpul buat stok.

Tips cara banyakkan susu Ibu

1. Kerap bagi babu menyusu – Ikut jadual mengepam

Paling utama kena kerap bagi baby menyusu. Lagi kerap bagi , lagi banyak susu dihasilkan. Duduk posisi yang betul supaya kita rasa seronok menyusukan baby.
Selain tu boleh cuba pump susu. Tugas mengepam susu memainkan peranan penting dalam soal pengumpulan susu ibu.  Jangan ngelat mengepam! Bagi ibu yang bekerja, sebaiknya sesi mengepam di pejabat dilakukan dua hingga tiga kali bergantung kepada jenis kerja iaitu awal pagi, tengah hari dan petang. Paling penting jangan malas dan banyak alasan. Tak perlu tunggu terjadinya bengkak susu baru nak pam. Konsisten pam akan menghasilkan pengeluaran susu yang banyak. Omputeh kata Supply and demand gitu …. hehee

Sebaik tiba di rumah, pam sekali lagi. Sebelum tidur, ibu boleh mengepam sekali lagi. Untuk menjimatkan masa, ibu digalakkan mengepam menggunakan double pam. Lagi cepat, jimat masa! Atau…. masa korang susukan baby secara direct, sebelah lagi korang pakai pam.

Tips cara banyakkan SUSU IBU susu badan dengan berkesan
Masa dalam pantang hari tu, nina kena bengkak susu… pam susu pastu baby Eilhan minum. hehe…

2. Jaga minum

Tanpa air dan makanan, camner susu nak ada kannn…? Ibu disarankan minum air sekurang-kurangnya tiga liter setiap hari. Sebaik-baiknya air suam. Jangan lak minum air gas tau! Mau kembung baby tuu… Cian dia… Sebelum tidur pula, ambil minuman susu bermalta atau beroat. Senang citer Milo! Pastu kan,   setiap kali selepas menyusukan anak, minum air untuk mengekalkan bendalir dalam badan biarpun di waktu malam.

Minuman terbaik : Cuba amalkan Air Nabeez. Ketahui Apa itu Air Nabeez Apa khasiat nya

3. Amalkan pemakanan berkhasiat

Makanan yang ibu makan akan mengalir dalam susu yang dihasilkan. Jadi bayi akan mendapat khasiat yang sama daripada makanan ibu. Makanan yang sihat memperbanyakkan susu badan. Antara makanan yang boleh menambahkan susu adalah kurma, sup lobak putih, sawi, halba, jantung pisang, pucuk betik, pengaga, makanan berasaskan oat, makanan berasaskan susu. Sebaiknya jangan mengada-ngada sesuka hati makan makan jajan atau lebih tepat mee segera! No No No ..!! Setiap pagi dan malam Nina amalkan makan kurma 3/7 biji.

Tips cara banyakkan SUSU IBU susu badan dengan berkesan

Tips cara banyakkan SUSU IBU susu badan dengan berkesan
Ini lah lobak putih kot korang tak kenal … Sedap buat sup!

4. Suplement tambahan – Milk booster

Andai korang dah cuba pelbagai usaha dan makan pelbagai makanan yang mendorong susu banyak namun masih tak berjaya boleh jer korang cuba lak amalkan suplement tambahan iatu Milk booster tambah susu badan Milk booster tambah susu badan. Kat pasaran ada pelbagai lambakan jenama. Ada jenis pil, tablet, minuman bersusu.  Pilih lah ikut kemampuan poket dan keserasian diri. Yelah, paling banyak jenis minuman bersusu. Kot tekak korang loya nak minum telan susu, walaupun hakikatnya korang nak hasilkan susu! hahaa..

5. Sentiasa tenang Relax

Secara psikologi jika bertenang, bila kita pasti dapat melakukan sesuatu tugas dengan berjaya. Begitu juga dengan tugas menghasilkan susu.  Tidak kira sama ada anda sedang menyusukan bayi atau mengepam susu, ketenangan diperlukan. Jangan dok stress kalut kelam kelibut! Cool ..

Suasana yang tenang sambil diiringi irama muzik lembut membantu pengaliran susu yang lancar. Tak kuasa nak dengar muzik bagai kannn….. ?? Hahhaa.. Maksudnya, korang pasang lah bacaan surah Al-Quran ke, zikir-zikir ke atau paling best sambil tonton TV. Relax kann…??

Selain dari itu, melihat gambar anak tengok jer kat hp sambil membayangkan anak sedang menyusu juga dapat membantu tugas mengepam susu lebih lancar dan mudah. Amalan memperbanyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan bayi turut merangsang hormon penyusuan sekaligus meningkatkan penghasilan susu.  Bila relax kann,  sambil pam susu korang akan rasa nyut nyutt susu keluar semakin banyak! Seronok tau..

6. Jaga kesihatan diri

Sentiasa pastikan kesihatan diri kita tip top. Jaga makan, kebersihan, waktu tido, rehat secukupnya. Bila kita sihat susu yang keluar juga penuh dan kaya dengan khasiat. Kaya tuu bukan jem ya… Hahaa.. Kaya dengan jutaan vitamin, mineral, garam galian yang diperlukan untuk baby. Khasiat dan kebaikkan susu ibu tak ternilai dengan kaya duit! Duit yang banyak  juga tak mampu beli kesihatan yang baik.

Kalau tak sihat juga, cepat-cepat jumpa doktor. Rujuk pada pakar. Jangan memandai beli dan makan sebarang ubat tanpa nasihat doktor. Ingat yaa… Korang perlu mesti harus tahu,  tak semua ubat yang ada  ibu menyusu boleh selamba bedal ya! Walaupun ianya hanya ubat paracetamol panadol .. Tiap kali tak sihat jumpa doktor harus kasitau kat doktor “Saya seorang ibu menyusukan baby” . Chewahh…! Ayat buku penuh tatabahasa. Hahaa … Doktor akan berikan ubat yang rendah dos dan tidak memberi efek pada susu.  Apa-apa pun, mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Jaga diri . . .

Nafkah Anak Kandung Wajib

Keep positive!

Moga dengan tips dan cara banyakkan susu ibu yang Nina kongsikan sedikit sebanyak membantu korang untuk terus menyusukan baby sehingga baby 2 tahun.  Aamin… Caiyok caiyok!

Nanti susu dah banyak melimpah ruah kekadang ada yang akan alami bengkak susu pulak. Normal je so ini tips redakan bengkak susu tips redakan bengkak susu yang korang boleh cuba.

Related posts:

Click Snap, Click snap...!! Terima kasih sudi order. Syukur Alhamdulillah

Puding Ice-Cream Jagung

Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli Online lagi mudah jimat selamat

KASUT HITAM SEKOLAH PALLAS TETAP JADI PILIHAN! ANAK SELESA PAKAI, BERKUALITI

Lifestyle Parenting Tips cara nak banyakkan susu ibuInfo - kesihatanInfo - Parentingkhasiat susu ibumakanan tambah susu ibumilk boosternewbornpemakanan ibu menyusususu badansusu ibususu terbaikTipsTips dan Petua

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (9)

  1. nadia johari says:
    October 16, 2016 at 1:31 am

    nad lepas minum ephyra susu alhamdulillah banyak

    Reply
  2. Fazidawani says:
    October 16, 2016 at 11:45 pm

    Rindu nak menyusukan baby lagi…dulu saya amalkan supplement utk tambah susu. alhamdulilah berjaya ank menyusu sampai 2 tahun.

    Reply
  3. Suriaamanda says:
    October 17, 2016 at 11:46 am

    Dah 12 tahun x beranak..rindu plak nak ada baby baru

    Reply
  4. Introducer account semasa may bank/cimb says:
    October 22, 2016 at 7:38 am

    Jangan stress2 masa nak pump susu

    Reply
  5. FARHA MASKURIY says:
    May 20, 2017 at 1:27 am

    Kalau ibu happy, kadang tak perasan susu melimpah ruah. emosi ibu penting sangat-sangat. kalao ibu sedih moody, even bengkak susu pon segan-segan die nak keluar. kan?

    Reply
  6. MaMa Chantique says:
    December 17, 2017 at 11:03 am

    dah 3 tahun gak pencen menyusukan anak ni..hihihi rindu pulak

    Reply
  7. intan says:
    August 26, 2018 at 7:03 pm

    tq for sharing..very useful

    Reply
  8. SALMAH says:
    August 26, 2018 at 7:04 pm

    menarik sangat info ni tq

    Reply
  9. Haziq says:
    July 18, 2023 at 10:29 am

    Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda semua punca susu badan berkurangan, dan juga mengenai cara banyakkan susu badan.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes