Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Apa itu KURMA Air Nabeez Apa khasiat nya
June 13, 2016March 23, 2023

Apa tu AIR NABEEZ? Banyak khasiat amalkan segelas ketika sahur

Apa itu Air Nabeez Apa khasiat nya ?

Isi Kandungan hide
1 Apa itu Air Nabeez ?
1.1 Macammana buat Air Nabeez?
1.2 Sukatan buat Air Nabeez
1.3 Antara khasiat Air Nabeez
1.4 Apa itu Air Nabeez Apa khasiat nya ?
1.5 Related posts:

As’salamualaikum … Sapa pernah dengar pasal Air Nabeez? Nina pasti ramai dah sedia maklum. Ker …  Ada lagi yang masih tak tahu? andai tak tahu… Meh Nina kongsikan ngan korang.

Apa itu Air Nabeez ?

Air Nabeez adalah antara menu pemakanan Nabi Muhammad s.a.w.  Sekarang ni ramai dah cuba buat Air Nabeez ni dan banyak komen positif berkenaan Air Nabeez ni. Ada yang komen kata dengan  minum air Nabeez ni sebelum Sahur, keesokkan harinya perut tak de gastrik, bertenaga, tak terasa lapar dan macam-macam lagi komen yang bagus!

Nina pun apalagi… Tak mau lepaskan peluang merasai sendiri khasiat dari air rendaman kurma ini. Selalunya Nina memang tak pernah miss makan kurma setiap hari, kali ni Nina cuba buat air rendaman kurma yang derang panggil Air Nabeez.

Apa itu Air Nabeez Apa khasiat nya

Macammana buat Air Nabeez?

Senang aje! Hanya perlu rendam kurma dengan air masak. Rendam malam sebelum tido.  Sahur esok minum. Buat ni untuk sekali minum je yaa. Jangan simpan lama-lama. Nanti masam dah tak boleh minum.

Sukatan buat Air Nabeez

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1 liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carikkan  isi kurma. Ada juga yang guna kismis tapi tak boleh campur kismis dan kurma. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.

2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka. Kang masuk lalat ke, lipas ke, cicak ke .. Naya lak esok tetiba ada power cicak man. Hahaha . . .!!

3. Esoknya masa Sahur,  air tu dah boleh diminum. Baca bismillah dulu yaa….

4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila-bila masa lain walaupun bukan di bulan Ramadhan.  Amalkan minum masa perut kosong.

5. Ni nak tambah…. Lepas minum air Nabeez ni, isi kurma tuu boleh jer makan. Jangan lah dibuang begitu saja. Tak baik membazir. Itu kan amalan syaitonnnnnirrajimmm>>>> Jahat depa tuu ada tanduk kat kepala **memandai aje Nina ni** hahaa..!! Fuh fuhh… Mintak simpang lah dijauhkan. Heheee . . . .

GRANDMAMAS SELERA SEDAP SET MENU

Antara khasiat Air Nabeez

Mengurangkan sakit Gastrik  : Berdasarkan komen positif dari apa yang Nina baca kat facebook, Air Nabeez ni amat mujarab terutama sekali buat yang ada sakit gastrik. Maklum lah bulan Ramadhan ni mulakan gastrik datang menyerang bila perut terlalu lama tak berisi/ makan apa-apa..

Cergas bertenaga : Ada juga yang komen, mereka rasa lebih bertenaga keesokkan harinya setelah sebelum sahur mereka minum Air Nabeez ni dulu. Yang ini Nina turut mengalaminya. Sebelum ni, badan rasa cepat letih. Maklumlah, ibu mengandung  kannn mudah letih, penat. Asal petang lepas Asar, mula lah rasa macam nak tido kejap jer.. .Alhamdulillah…. Setelah amalkan Air Nabeez ni, Nina tak letih lagi semasa menjalani ibadah puasa.

Masa Nina mengandung pun mampu berpuasa penuh. Mungkin asbab Nina amalkan Air Nabeez dan Alhamdulillah Nina bertenaga semasa proses bersalin. Nina ada kongsikan Tips Mudah Bersalin Normal . Baca ehh…

Tak rasa lapar :  Ahaa…!! Yang ini anak-anak yang komen. Nina saja bagi derang minum Air Nabeez sebelum mula bersahur. Petang nya, anak-anak tak de merungut lapar! Kalau sebelum ni, asal petang sekitar jam 6pm dah mula dengar sok sek sok sekkk bisik-bisik bilang “mama, macam rasa lapar laaa..”  Kali ni senyap jerr …. Bila saja tanya, derang jawab ok jer..  Bagus bagus!

Kurangkan mual :  Buat ibu mengandung, perasaan mual ni tak kira masa. Ada yang mengalaminya saat trimesta pertama aje, lepas bulan ke-tiga dah reda. Tapi ada juga yang bertarung rasa mual ni sampai nak bersalin. Nina antara yang mengalami rasa mual sampai bersalin. Kesian kita tau!
Alhamdulillah … mungkin sejak Nina minum Air Nabeez ni, rasa mual tuu tak de lak… Bukan apa, bila perut kosong, lagi lah angin dalam perut membuatkan rasa loya dan mual. Kali ni tak de lak….  🙂

Apa itu Air Nabeez Apa khasiat nya ?

Kurma bagus untuk ibu mengandung Air Nabeez

Selain tuu kann, Air Nabeez sesuai di amalkan untuk ibu yang menyusu bayi. Kurma kannn Milk Booster!
Baca : Tips Cara Banyakkan Susu Ibu Susu Badan Dengan Berkesan

Ok laa… Walau apapun amalan kita, kita sekadar mencuba. Andai baik yang kita perolehi teruskan.. Sesuai dan serasi dengan diri kita. Andai ianya memudaratkan, tinggalkan ia.

Bagi Nina, kita sedia maklum bahawa kurma merupakan makanan sunah para Nabi kita. Bagaimana cara kita nak makan dan nikmati khasiatnya terpulang pada setiap individu. Asal ianya tidak menyalahi hukum ok jer… Yang baik jadikan teladan  dan yang buruk jadikan sempadan.

Oppsss… Berminat berniaga produk kurma sendiri?
Baca : Pemborong Pembekal Kurma Murah yang korang boleh mulakan bisnes produk OEM sendiri.

#SharingIsCaring  Selamat Berpuasa

Related posts:

Part 2 - Habis tu tak de duit camner nak bayar?!
Spaghetti Carbonara. Carbonara lagi ??? dan lagi dan lagi dan lagiiii~~~~
Rawatan muka di MBH MEDISPA Wangsa Maju terbaik! Bukan sekadar rawatan muka ....
Sinopsis ADA APA DENGAN DOSA. Filem Islamik terbaik!
Lifestyle Resepi Tips Air NabeezAir terbaik waktu bersahurBulan RamadanCara buat Air Nabeezhilangkan mualInfo - IslamicInfo - kesihatanjuadah ramadhanKhasiat Air NabeezKurmamenu sahurTips dan PetuaTips pemakanan semasa hamil

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (13)

  1. Fieza Sani says:
    June 13, 2016 at 7:48 am

    Selalu nampak orang share posting pasal air nabeez ni..macam nak try je..Nina, kalau macam ni minum air sahaja atau boleh makan sekali dengan kurma yang dah direndam tu gak…

    Reply
    1. Admin Comel says:
      June 13, 2016 at 8:04 am

      Fieza, maceh yaaa tanya…. Lupa nak tambah. Aaahh …. isi kurma tuu makan jangan di buang. Tak baik membazir. hehee . . . .

      Reply
  2. YB Shehan says:
    June 13, 2016 at 8:30 am

    leh tambah susu. mmg dlu minum. huhuuh.

    Reply
  3. Shiqeen Sattar says:
    June 13, 2016 at 8:33 am

    Yup pernah dgr tp lum pernah cuba huhu

    Reply
  4. Aznan says:
    June 13, 2016 at 9:40 am

    Oooo air nabees ke nama dia..mmg dok buat time bulan posa ni… tu je utk sahur…

    Reply
  5. cik nor says:
    June 13, 2016 at 9:44 am

    good sharing kak nina..:)

    Reply
  6. rozita says:
    June 13, 2016 at 9:52 am

    menarik…yg terbaru diinovasi dengan tambah susu segar…menarik jugak yg tu… baru tau namanya…bahasa apa tu nina? maksudnya?

    Reply
  7. Hanim Hashim says:
    June 13, 2016 at 9:55 am

    wahh boleh try nanti ni ..tq kak 🙂

    Reply
  8. adda syuhada says:
    June 13, 2016 at 11:50 am

    Sedap air ni…

    Reply
  9. saidila@kaklong says:
    June 16, 2016 at 12:06 pm

    first time dengar nama air nabeez , walaupun buat bila perlu cuma kita panggil air kurma jer…hehehehe

    Reply
  10. N says:
    June 18, 2016 at 11:07 am

    Oh,tak tahu pula air Nabeez. Air rendaman kurma la ea.. hehe..
    saya selalu buat jus kurma + sikit air masak. Pun sama juga kesannya ,insyaaAllah.

    Reply
  11. Shahida says:
    June 2, 2017 at 5:46 pm

    Best..dh pernah try. Tq info

    Reply
  12. Julia Johari says:
    June 3, 2017 at 10:45 am

    Mudah rupanya cara nak buat air nabeez ni nak cubalah.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes