As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Menu Sahur Mudah Cepat Ikan Tenggiri Masam Manis
DOA RAMADHAN :- Hari ke lima
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ الْقَانِتِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ أَوْلِيَائِكَ الْمُقَرَّبِيْنَ بِرَأْفَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Allâhummaj’alnî fîhi minal mustaghfirîn waj’alnî fîhi min ‘ibâdikas shâlihîn al qânitîn waj’alnî fîhi min awliyâ-ikalmuqarrabîn bira’fatika yâ arhamarrâhimîn
Artinya :
”Ya Allah! Mohon jadikanlah di bulan ini aku termasuk diantara orang-orang yang memohon ampunan (beristighfar), dan jadikanlah aku sebagai hamba-MU yang saleh dan setia serta mohon jadikanlah aku diantara Auliya’- MU yang dekat disisi-MU, dengan kelembutan-MU, Wahai dzat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih”.
Puasa tak hari ni? Korang sahur apa pagi tadi? Biasanya korang masak ke makan lebihan berbuka semalam? Buat masa ni, tiap hari Nina akan menyediakan menu baru untuk sahur tapi yang senang cepat dan mudah jer…
Sekarang ni kan, Nina cepat penat dan sakit kaki bila berdiri lama. Biasalah, Mak Buyung… Muatan berat dah mula menampakkan keberatannya. .. Huhuuu . . . sebenarnya tak kuasa nak masak yang remeh-temeh. Mood ke laut bulan puasa ni.. Jangan tanya laut mana? Dok rasa letih jer lately. Adakah faktor usia? Mungkin kot…. Ok, sedar dah tua!
Awal minggu puasa, Nina elakkan yang pedas, berminyak sangat, sambal, berempah tuk dijadikan menu sahur. Nina akan sediakan menu yang simple, ringkas, mudah dan cepat. Ini juga supaya perut anak-anak mak pak nya sekali tak meragam di siang hari nanti. Mungkin minggu depan kot Nina baru masak menu sambal, kari favorite Eilman kari ni.. Kalau boleh hari-hari pun dia nak lauk kari!
Masam manis ni sangat mudah! Boleh jer pelbagaikan bahan utamanya. Nina pernah masak Ayam Masak Masam Manis .. Anak-anak pun suka! Selain tuu semestinya Udang Bersos Masam Manis. Favorite kami sekeluarga. Mmmm… paling mudah kan… Telur Mata Masak Masam Manis Yang ini gerenti anak-anak pun suka! Cuma Eilyana tak suka! huhuuu . . .
Pagi tadi Nina sediakan Ikan Tenggiri Masam Manis. Ok, jom tengok resepi mudah cepat ringkas versi Nina.. Menu Sahur Mudah Cepat | Ikan Tenggiri Masam Manis
Ikan Tenggiri Masam Manis
Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
Beberapa potong ikan tenggiri
Sedikit serbuk kunyit + sedikit garam
5 ulas bawang putih – ketuk je
2inch halia – nina ketuk aje
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar tomato sos
1/2 sudu besar cuka
2 sudu besar gula
minyak untuk menumis dan menggoreng
Cara penyediannya
1- Ikan dibersihkan dan ditoskan. Gaul ikan bersama sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga kekuning-kuninggan dan toskan, ketepikan
2- Panaskan minyak, tumis bawang putih & halia hingga keperangan dan naik bau
3- Masukkan cili sos dan tomato sos. Kacau rata. Kemudian masukkan gula. Setelah itu, masukkan cuka.
Masak lagi selama 2minit dengan api yang besar sehingga kuah pekat.
4- Siap dan tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
Senang kan…?? Kalau nak kuah banyak sila gandakan sukatan dan boleh ditambah air jika terlalu pekat. Ikut citarasa masing-masing juga.
Kadang-kadang kann, menu paling ringkas, cepat mudah macam ni lagi laku cepat licin berbanding menu yang remeh-temeh. Penat-penat masak pastu tak habis frust aje kan…?? Hurmm…. Alasan nak masak yang senang aje! hehehe . . . . Janji masak kann..??
Selamat berpuasa semua… Menu Sahur Mudah Cepat | Ikan Tenggiri Masam Manis
Sedapnyeee…nanti boleh try buat. Guna ikan lain takpe kan?
Farah, boleh jer….. biasanya ikan besar sedap! Contohnya ikan merah, bawal, jenahak…
Lauk gini boleh menambah nasi huhu
alamak tenggiri!! Kalau kat sini.. nak cari ikan yg lebih kurang mcm tenggiri boleh guna mackerel.. tapi kena cari yg saiz besar macam si tenggiri nih.. tq kak nina share resepi..
Suka ikan masak masam manis camni, sedapp
sedapnya…nak try laaa,,,ikan tenggiri dah ada.