Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur mudah Juadah Berbuka Puasa Iftar
June 9, 2016July 8, 2018

Puding Karamel Tanpa Telur yang Mudah. Mmmmm….. Nikmatnya sejuk-sejuk lalu kat tekak ni…..

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Setelah empat hari kita menunaikan ibadah puasa, pasti mak-mak semakin seronok teruja menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga. Terutama yang punya anak kecik yang baru-baru belajar erti berpuasa. Mesti berasa sangat bangga pabila anak dapat menjalani puasa penuh! Sekalung Tahniah dari Aunty Nina.. Puding Karamel Tanpa Telur yang Mudah

Isi Kandungan hide
1 Puding Karamel Tanpa Telur menu kegemaran berbuka puasa
2 Puding Karamel Tanpa Telur Yang Mudah
2.1 Bahan-bahan ini utk gula hangusnya :- 1 cawan gula sedikit air
2.2 Pudingnya plak :- 4 cawan air 1 packet serbuk agar-agar (7gm) / 4 sudu kfc (rata) serbuk agar-agar 3/4 cawan gula **** jika suka manis boleh tambahkan sikit lagi 1 tin susu cair 2 sudu besar tepung kastard 1 sudu kecil esen vanilla
2.3 Cara Penyediannya 1- Masak gula dengan api yang perlahan. Kacau sentiasa.Setelah gula cair dan keperangan masukkan sedikit air. Selepas masukkan air, kacau segera supaya gula tak berketul. Tuang dalam loyang. Ketepikan …. ***** (HATI-HATI semasa masukkan sedikit air selepas gula keperangan kerana wap panas akan terpercik)
2.4 2- Didihkan 4 cawan air bersama serbuk agar-agar , gula dan esen vanilla. Masak hingga benar-benar mendidih. 3- Dalam mangkuk yang lain, tuang susu cair dan tepung kastard. Kacau hingga larut. (Nina guna jug, lagi mudah) 4- Setelah air mendidih, kecilkan api. Masukkan susu cair + tepung kastard yang telah dikacau sebati. Kacau hingga likat dan pekat dalam 5-7 minit. 5- Tuangkan adunan ke dalam loyang . (di atas gula hangus tadi) Sejukkan dalam peti ais 6- Terbalikkan dan sedia dihidangkan. ……. (nanti gula akan berada di atas – barulah cantik) 7- ngap ngap ngapppp !!! makan sejuk-sejuk… sedapnya..!!
3 Step by step Cara buat Puding Karamel Tanpa Telur
4 Related posts:
5 DIY Spray homemade serbaguna Rumah Wangi Bersih | TIPS dan PETUA Kemas Rumah
6 Nina dah cuba! BEST PAKAI SAFI RANIA GOLD kesan lebih berganda
7 Shatavari Himalaya sememangnya berkesan! Milk Booster Terbaik
8 Sawadikap! Marrybrown TOM YAM CHICKEN Baru Memang BEST

Puding Karamel Tanpa Telur menu kegemaran berbuka puasa

Puding Karamel Tanpa Telur antara menu pencuci mulut kegemaran family Nina. Biasanya bila berbuka Nina akan sediakan satu menu manisan aka dessert. Derang paling suka yang sejuk-sejuk! Nyaman jer lalu masuk kat tekak setelah seharian menahan lapar dan dahaga. Nikmat kann….?? Giler tak best!

Nina dah pernah beberapa kali gak buat Puding Karamel Tanpa Telur Paling Senang Sedap  tapi kali ni Nina add sikit esen vanilla lebih sikit. Kalau korang nak tukar rasa vanilla dan gantikan dengan perisa lain pun ok. Ikut citarasa korang… Kot nak try letak rasa oren ke, honeydew ke, pisang ke, durian ke… Merapu letak rasa durian bagai #ehh ehh …. Tetiba teringin durian. Macam nak minta MyGang carikan seulas dua durian yang paling sedap. Yelah Mak Buyung kan tak elok makan durian banyak!.

Ok, tak mau bebel panjang bulan puasa ni… elakkan dosa hehee…. Moh kita tengok terus resepi mudah ni.. Puding Karamel Tanpa Telur yang Mudah..

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur mudah Juadah Berbuka Puasa Iftar
tengok jangan tak tengok…!! Bayangkan…. sejuk-sejuk pastu laju jer lalu kat tekak.. Nyaman lagi nikmatnya..!!

Puding Karamel Tanpa Telur Yang Mudah

Bahan-bahan
ini utk gula hangusnya :-
1 cawan gula
sedikit air
Pudingnya plak :-
4 cawan air
1 packet serbuk agar-agar (7gm) / 4 sudu kfc (rata) serbuk agar-agar
3/4  cawan gula **** jika suka manis boleh tambahkan sikit lagi
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
Cara Penyediannya
1- Masak gula dengan api yang perlahan. Kacau sentiasa.Setelah gula cair dan keperangan masukkan sedikit air. Selepas masukkan air, kacau segera supaya gula tak berketul. Tuang dalam loyang. Ketepikan …. ***** (HATI-HATI semasa masukkan sedikit air selepas gula keperangan kerana wap panas akan terpercik)
2- Didihkan 4 cawan air bersama serbuk agar-agar , gula dan esen vanilla. Masak hingga benar-benar mendidih.
3- Dalam mangkuk yang lain, tuang susu cair dan tepung kastard. Kacau hingga larut. (Nina guna jug, lagi mudah)
4- Setelah air mendidih, kecilkan api. Masukkan susu cair + tepung kastard yang telah dikacau sebati.
Kacau hingga likat dan pekat dalam 5-7 minit.
5- Tuangkan adunan ke dalam loyang . (di atas gula hangus tadi)
Sejukkan dalam peti ais
6- Terbalikkan dan sedia dihidangkan. ……. (nanti gula akan berada di atas – barulah cantik)
7- ngap ngap ngapppp !!! makan sejuk-sejuk… sedapnya..!!

Step by step Cara buat Puding Karamel Tanpa Telur

Meh Nina kongsikan gambar Step by Step buat Puding Karamel Tanpa Telur ni … terajin sempat laa snap picture

Puding Karamel tanpa telur step by step 2
Mula-mula sediakan bahan. Pastu masukkan gula dalam periuk. Masak gula sampai jadi gula hangus aka karamel. Masukkan dalam loyang atau bekas tahan panas. ketepikan.
Puding karamel tanpa telur step by step.
Pastu masukkan 2 sudu tepung kastard dalam jug. Kemudian setin susu cair. Kacau rata sampai licin – tak de ketul-ketul. ketepikan…
Puding karamel Tanpa Telur step by step 1
sekarang masukkan serbuk agar-agar, air, gula dan esen vanilla dalam periuk. Masak hingga menddih. Dah mendidih masukkan pula adunan susu cair sama tepung kastard tadi. Masak lagi sampai mendidih dan likat pekat. Pastu tuang kat atas bekas yang ada gula karamel tadi. Sejukkan.. dah keras boleh lah makan!

Amacam? Senang kan….?? Cepat aje penyediannya.. Korang tak perlukan oven mahupun pengukus. Hanya masukkan dalam fridge. Lagipun dessert Puding Karamel Tanpa Telur ni sesuai untuk yang tak makan atau allergic telur. Boleh laaa korang belasah banyak-banyak tanpa memudaratkan kulit gebus korang. hehee . . . .

Selamat berpuasa buat semua…

Related posts:

DIY Spray homemade serbaguna Rumah Wangi Bersih | TIPS dan PETUA Kemas Rumah

Nina dah cuba! BEST PAKAI SAFI RANIA GOLD kesan lebih berganda

Shatavari Himalaya sememangnya berkesan! Milk Booster Terbaik

Sawadikap! Marrybrown TOM YAM CHICKEN Baru Memang BEST

Lifestyle Resepi Tips cara masak puding karamel tanpa telurDessertIftar RamadhanJuadah Berbuka PuasaPencuci mulutPuding Karamel Tanpa Telurresepi mudahstep by step

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (9)

  1. Shiqeen Sattar says:
    June 9, 2016 at 2:15 pm

    Mmg sedap my favourite nih

    Reply
  2. farah farhana says:
    June 9, 2016 at 2:25 pm

    sedapnye makan sejuk2~

    Reply
  3. anuar says:
    June 9, 2016 at 3:33 pm

    pergghhh… bestnya dapat makan puding Kramel masa berbuka puasa.. tentu rasa sejuk jer tekak.. 😉

    Reply
  4. AINUL says:
    June 9, 2016 at 3:44 pm

    sedapnya.. kak nina kena buat open house ni.. jamu kami makan.pandai sangat masak.hihi

    Reply
  5. Hafiz Rahim says:
    June 10, 2016 at 10:35 am

    Haihh.. Sedapnya. Beli kat bazar ramadhan mahal. Buat sendiri mcm puas hati skit kan.

    Reply
  6. Afif Rayyan says:
    June 10, 2016 at 12:48 pm

    Wahhh.. teknik terbaru buah kuih karamel nie..

    Reply
  7. anis says:
    June 23, 2017 at 3:03 pm

    salam sis…nak tanya…kalau saya x pakai susu cair boleh x?

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      June 24, 2017 at 12:09 pm

      Wa’alaikumussalam
      Gantikan ngan susu kotak UHT pun boleh

      Reply
  8. poin4d says:
    July 25, 2018 at 6:45 am

    bandar Togel sgp yang paling aman
    Agen TOGEL 4DPOIN,Online Terpercaya.
    Minimal Deposit Dan Withdraw 20.000
    Keterangan Lebih Lanjut, Anda Bisa Hubungi Disini.
    ★Pin BBM : D1A279B6
    ★ Pin BBM : 7B83E334
    ★ Whatsapp : +85598291698
    ★ Skype : Poin.4D
    ★ Line : +85598291698

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes