Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

July 29, 2018September 4, 2018

Adakah ini erti persahabatan

Kawan
Sahabat
Teman
Semuanya macam sama
Hakikatnya ada yang kata ianya berbeza
Entah laa….

Persepsi masing-masing berbeza
Begitu juga cara kita
Bagaimana kita menerima kehadiran sahabat kita

Adakah hanya ingin dia
Setia menemani
Setia mendengar
Setia di sisi
Setia sependapat
Setia memujuk
Setia menerima apa jua keadaan

Aku
Bukanlah sahabat yang baik
Aku terlalu jujur beri pendapat
Aku bukan sahabat yang setia sekata dalam apa jua

Kerna aku adalah aku
Andai kau mahu sahabat Yes sentiasa
Aku bukan orangnya

Andai kau mahu sahabat
Yang jujur katakan tidak
Jujur membahas membangkang
Contra dalam perdebatan
Membongkar persepsi kelainan
Akulah orangnya

Kerna aku bukanlah ratu pemujuk
Aku tak pandai memujuk
Aku tak pandai mendayu-dayu
Aku tak pandai meng ia kan saja apa yang kau katakan

Aku ratu sekeras batu
Ya hati ku bak batu
Bukan kepala batu
Aku mahu sahabat ku semangatnya keras sekuat seteguh batu
Aku tak mahu sahabat ku lemah
Aku mahu sahabat ku kuat
Aku mahu sahabatku kental
Tak suka caraku?
Kita tak sehaluan
Nampaknya kau tak perlu kan cara aku

Kau sedih
Ya aku sedih
Tapi aku tak tunjuk aku turut sama meraung bersama kau
Kerna aku harus lebih kuat agar dapat membawa kau keluar dari tangisan

Andai kau mahu sahabat yang turut sama meraung menagisi sampai ke sudah
Aku bukan orangnya
Ya bukan orangnya
Aku sahabat contra kau

Kau gembira
Ya aku turut gembira
Tapi aku tak akan teriak kegembiraan
Cuma aku akan sujud syukur tumpang kegembiraan kebahagian kau
Kerna aku tak mahu kau terus terleka dengan cobaan dugaan sementara dari DIA

Andai kau mahu sahabat yang seronok sakan tanpa sempadan
Aku bukanlah orangnya
Kerna aku sahabat contra kau

Kau nampak aku seolah tak langsung memahami kau
Kerna semuanya aku contra
Ya, Aku memang tak tunjuk aku memahami kau
Kerna aku sahabat contra kau

Aku mahu kau fahami orang sekitar kau
Selami hati mereka
Agar kau nampak realiti fikiran mereka
Sebab sememangnya orang tak akan nampak kita
Kita tak mampu buat orang faham kita
Tapi kita lah yang kena fahami mereka
Di situ lah jawapan pada persoalan apa yang kau cari

Aku sahabat contra kau
Andai kau hanya mahu sahabat yang yes yes yes
Buang lah aku jauh jauh

Lari jauh

Satu masa kau terduduk
Sahabat yes yang sama duduk akan turut sama duduk malah baring terlentang menemani kau

Satu masa kau kehilangan
Sahabat yes kau sama turut hilang dalam mencari arah tujuan

Saat itu
Pasti kau perlu sahabat contra tuk buat kau bangun bangkit
Maka
Cari lah aku
Kerna aku bukan sahabat bayang-bayang kau

Sahabat
Kasih sayang aku pada kau
Tak akan sama seperti sahabat lain
Dalamnya kejujuranku sedalam dasar lautan
Kerna aku terlalu jujur dalam memberi pendapat
Aku lantang bersuara membangkang rintihan emosi kau
Nampaknya hanya sahabat yang menghargai erti persahabatan

Aku lah sahabat contra kau
Cari lah aku bila tiba saatnya
Terima kasih sahabat

Ikhlas,
Nina Mirza

Related posts:

Roti Canai Kayu Arang Melaka wajib singgah Sarapan pagi sedap
Resepi Nasi Goreng Cina Sedap Mudah
Cara Buat Puding Milo Oreo Viral Jadi Menu Aktiviti Cuti Sekolah Anak-anak
Eat Clean : Cara Masak Resipi IKAN SIAKAP STIM Ala THAI Sedap Mudah Cepat
Lifestyle coretankata hatikata-katapuisi

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. Tutuapp says:
    April 19, 2022 at 9:30 pm

    Instead of sitting around aimlessly, you’ll have a list of goals in front of you, and will feel a sense of pride when you get them done. If you want to focus better, you need to make a to-do list every day so that you have a tangible list of things to check off when you’re done and feel more direction to accomplish your goals.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes