Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

December 5, 2017December 5, 2017

Apa yang korang tahu tentang Logo HALAL JAKIM?

Sesungguhnya korang tahu tak Logo HALAL yang diiktiraf JAKIM yang betul?

Isi Kandungan hide
1 Isu viral Logo HALAL yang tersebar adakah betul?
1.1 “Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh” (Surah Al-Baqarah, ayat 217)
1.2 Firman Allah SWT bermaksud : “Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui ” (Surah An-Nahl, ayat 43)
2 Apa tindakkan JAKIM perihal viral HALAL?
2.1 Bak kata Ustaz Luqman, sebaiknya ” Kalau shubhah jangan fitnah, tinggalkan aja.” Simple!
3 Pernah tak korang terfikir kenapa JAKIM tak keluarkan sijil HARAM?
4 Logo HALAL di luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM
5 Senarai Logo HALAL luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM
5.1 Logo HALAL luar negara (KOREA) yang diiktiraf oleh JAKIM
5.2 Logo HALAL luar negara (SINGAPORE) yang diiktiraf oleh JAKIM
5.3 Logo HALAL luar negara (THAILAND) yang diiktiraf oleh JAKIM
5.4 Logo HALAL luar negara (JAPAN) yang diiktiraf oleh JAKIM
5.5 Logo HALAL luar negara (AUSTRALIA) yang diiktiraf oleh JAKIM
6 Ambik tahu Logo HALAL yang sah walau dimana bumi dipijak
6.1 Facebook Bahagian Hab Halal Jakim : https://www.facebook.com/HabHalalJakim/
6.2 Alamat Aras 6 & 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP), No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia Highlights info row image Tel : 03-8892 5000
6.3 Web rasmi : www.halal.gov.my
6.4 #YakiniHalalMalaysia #SemakSebelumSebar
7 Related posts:
8 Join PGMALL X JDWORLDWIDE Sell To China lebih menarik
9 20 TIPS PENJAGAAN PAKAIAN LAMBAT LUSUH
10 KASUT HITAM SEKOLAH PALLAS TETAP JADI PILIHAN! ANAK SELESA PAKAI, BERKUALITI
11 VILLA KRISTAL EPISOD AKHIR

Ok, buat yang baru tahu, korang tengok betul-betul dan tanam dalam ingatan korang. Termasuk juga anak-anak. Praktikkan anak-anak korang tahu akan logo HALAL yang diiktiraf oleh JAKIM.  Halal itu wajib kannn…??

Syukur Alhamdulillah … Isnin lalu Nina bersama Kelab Blogger Ben Ashaari dijemput oleh Pihak Hab Halal, JAKIM untuk mendengar sendiri penerangan berkaitan HALAL yang wajib kita titikberatkan dalam kehidupan seharian kita.

Isu viral Logo HALAL yang tersebar adakah betul?

Kita ni kerap sangat menerima berita-berita tentang sesuatu yang tidak sahih tapi kita pun sama dok sebar kan cerita tersebut tanpa sebarang info tepat. Kita pun dok sama lah percaya apa yang tertulis, apa yang di viral kan sana sinin sinun. Dah orang cakap, betul lah tuuu kannn…?? barang ni tak halal lah, restoran ni tampal logo tipu laaa, tak de logo Halal tapi ramai orang melayu kita makan so ok lah..!!

Terharu dengan kesudian Pengarah Bahagian Hab Halal, JAKIM  – Dato’ Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee  yang turut sama turun padang meluangkan masa bertemu kami para blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari dalam sesi perbincangan isu Halal.

“Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh” (Surah Al-Baqarah, ayat 217)

Ahaa.. Apa citer?? Adakah kita pun sama percaya dan terus sebarkan lebih tepat tekan jer SHARE tanpa usul periksa? Paling laju tersebar adalah dari WhatsApp kann… Selamba ringan jerr jemari tuu tekan share! Nehi nehi nehi …. Hentikan! Cukup cukup sudah.. Cukup sampai di sini saja… Eh!

Firman Allah SWT bermaksud : “Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui ” (Surah An-Nahl, ayat 43)

Kita sepatutnya usul kan perkara viral tersebut ke pihak yang tepat. Isu Halal semestinya di rujuk ke Bahagian Hab Halal, JAKIM. Segalanya dihujung jari kann… Media social facebook page JAKIM pun ada! PM aje. Usah terus sebarkan viral tersebut. Mudah kann?

Apa tindakkan JAKIM perihal viral HALAL?

Derang pun SOP yang bila sesuatu isu berbangkit. Menurut Penolong Pengarah Komunikasi Korporat (SKK) Unit Media, Ustaz Luqman Nul Hakim Bin Samad, antara kaedah menangani isu-isu Halal yang viral ialah

  • Pihak Jakim akan memastikan setiap isu viral akan dijawab dalam tempoh 4 jam selepas isu itu keluar supaya sesuatu isu itu tidak mrebak dengan lebih meluas.
  • Dalam proses menangani isu tular ini, pihak Halal Hab Jakim akan menghubungi eksekutif-eksekutif syarikat yang berkenaan bagi memastikan kesahihan isu viral tersebut.
  • Sebanyak 51 kenyataan rasmi telah dikoleksikan mengikut kategori dan telah di upload ke facebook rasmi Halal Hab Jakim. Boleh buat carian ” Bahagian hab halal, JAKIM ” di facebook.
  • Selain itu pihak Halal Hab Jakim ada jugak mengadakan seminar dan kempen2 ceramah bagi memberi pendedahan dan jawapan kepada isu2 tular ini.

Nina kerap join page masak-masak kat facebook. Biasalah mak mak kannn… Antara isu yang popular Nina pernah nampak adalah isu “Alamak, aku termasak spaghetti prego ada babi!” Sana sini dok tayang gambar yang sama. Dok share benda yang sama. Tapi >>>> adakah itu yang sepatutnya??

Banyak lagi isu viral yang tidak benar tapi sewenang-wenangnya berkeliaran kat muka buku. Awat laaa korang buat lagu tuu?? Contohnya banyak! Tak sanggup Nina nak share. Korang boleh tengok sendiri Penjelasan isu-isu Halal yang viral

Bak kata Ustaz Luqman, sebaiknya ” Kalau shubhah jangan fitnah, tinggalkan aja.” Simple!

Pernah tak korang terfikir kenapa JAKIM tak keluarkan sijil HARAM?

Jawapannya, Islam ini agama yang mendidik, bukan agama yang menghukum. Tak tahu bertanya bukan terus boikot.

Pensijilan Halal ni, tuan empunya boleh mohon. Bukan wajib ada! Ianya sukarela. Bila ada nya sijil Halal, produk tersebut atau restoran tersebut akan memudahkan umat Islam dan juga bukan Islam dalam membuat pilihan. Pensijilan HALAL dari JAKIM pula menunjukkan produk atau premis tersebut halal dan toiyiban ( Suci, Bersih, Selamat yang mengikut garis panduan halal yang standard).

Buat masa ini, hanya ada satu aje Restoran yang dilabelkan Tidak HALAL iatu

Ok, dah jelas kann bab Logo Halal dan isu viral tidak Halal yang dok dicanang sana sinin sinun. Lepas ni , kita akan lebih bijak dalam menerima sesuatu isu viral. harap nya …

Logo HALAL di luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM

Kami juga berpeluang membincangkan isu logo HALAL yang ada di luar negara yang diiktirafkan oleh JAKIM. Ahaa … Menarik kannn topik ni yang suka jelajah negara orang! Topik ni diketuai Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengeluaran Sijil dan Logo Halal, JAKIM –  Tuan Mohd Fakarudin Bin Mas’od

Sapa pun suka travel kann..?? Terutama yang mampu bercuti kat obersi (overseas) . Lebih tepat Luar Negara. Cuma kadang tuu, bila kat negara orang kita akan terasa macam was-was bab makanan. Halal ke restoran ni, makanan dalam tin ni halal di makan, biskut ni halal ke, Susu baby, mee segera, fast food… Arrghhh … Boleh Stress!!  “Kamu lihat adakah saya perlukan Panadol?” Eh … Selingan sat hahaa…

Kalau nak details kan mau korang tetiba rasa wajib kena puasa 7hari 7 malam kat sana? Eh! Mana mampu yer tak? Kena gak makan, perlukan tenaga nak jengjalan sakan, pikul barangan shopping. Kannn…?? Hehe . . .

Senarai Logo HALAL luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM

Meh Nina kongsikan kat korang beberapa Logo HALAL luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di seluruh dunia. Tengok betul-betul! Nina share negara yang terhangat di pasaran, yang orang have-have Malaysia selalu pegi jer ehh…

Logo HALAL luar negara (KOREA) yang diiktiraf oleh JAKIM

Kita mulakan dengan KOREA . Kengkonon nak feeling saranghea kann….

Logo HALAL luar negara (SINGAPORE) yang diiktiraf oleh JAKIM

SINGAPORE . Negara jiran kita yang terkenal dengan Universal Studio Singapore nya kann…

Logo HALAL luar negara (THAILAND) yang diiktiraf oleh JAKIM

THAILAND . Negara jiran gak yang depa dok ulang alik pi bercuti sambil menyelam kat tepian pantai. Ramai gak pi sana honeymoon gitu. Nak makan tuuu hati-hati! Nahh…. tengok

Logo HALAL luar negara (JAPAN) yang diiktiraf oleh JAKIM

JAPAN . Negara maju yang penuh dengan displin! Bagus kalau korang bercuti sini sambil belajar cara hidup depa yang penuh dengan punctuality.

Last … Nina share ngan korang logo HALAL Australia yang diiktiraf oleh JAKIM. Mak mak tentu biasa lihat logo HALAL Australia terutama kat tin susu formula baby kann…?? Kebanyakkan susu formula dari negara Australia femes! Korang tengok betul-betul balik nanti ehh …

Hurmm… ker selama ni tak pernah ambik port pun. Beli aje. No komen Tak pe laa, lepas ni dah tahu korang akan lebih yakin dengan apa yang kita makan untuk kita , anak-anak dan keluarga. 🙂

Logo HALAL luar negara (AUSTRALIA) yang diiktiraf oleh JAKIM

Untuk beberapa negara lain, yang mungkin pilihan destinasi korang bercuti lepas ni, korang boleh semak logo HALAL luar negara yang diiktiraf kat Logo HALAL luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM . Ada banyakkkk tau! Terutama negara CHINA. Kannn banyak produk dari negara China ada kat mana-mana hypermarket kita. Terutama makanan dalam tin. Sila lah korang mentelaah satu persatu.

Ambik tahu Logo HALAL yang sah walau dimana bumi dipijak

Ok, kalau korang tengok part komen, perbincangan hangat mengenai logo Halal yang bukan diiktiraf oleh JAKIM di pergunakan sewenang-wenangnya bagi mengkaburi mata pembeli. Nanti korang akan perasan “laaa…. Logo Halal ni sebenarnya DUSTA semata!” huhuhuu . . . .

Nampak tak ..?? Betapa pentingnya pengetahuan asas kita mengenai Logo HALAL JAKIM yang sebenar-benarnya. Terutama bila kita berada kat luar negara. Jangan asal bedal jer … huhuu

Amacam seronok tak perkongsian Nina? Ilmiah gini Nina memang suka nak ceritakan. Banyak lagi Nina nak kongsikan ngan korang, ilmu yang sempat Nina sedut semasa lawatan Kelab Blogger Ben Ashaari di Pejabat Hab Halal JAKIM kelmarin. Topik lain akan Nina kongsikan lagi lepas ni… Bak kata ala Deejay radio “Stay tune!” hehe . . .

Moga perkongsian Nina memberi manfaat untuk kita bersama.

Maklumat lanjut korang boleh rujuk kat

Facebook Bahagian Hab Halal Jakim : https://www.facebook.com/HabHalalJakim/
Alamat
Aras 6 & 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP), No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Highlights info row image
Tel : 03-8892 5000
Web rasmi : www.halal.gov.my
#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar

Related posts:

Join PGMALL X JDWORLDWIDE Sell To China lebih menarik

20 TIPS PENJAGAAN PAKAIAN LAMBAT LUSUH

KASUT HITAM SEKOLAH PALLAS TETAP JADI PILIHAN! ANAK SELESA PAKAI, BERKUALITI

VILLA KRISTAL EPISOD AKHIR

Lifestyle Review Tips Travel Bahagian Hab Halal JAKIMInfo - IslamicInfo - SemasaJAKIMLogo HalalLogo Halal Luar Negara Yang Diiktiraf oleh JAKIMPensijilan HALAL

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (18)

  1. Dura Norell says:
    December 5, 2017 at 10:08 pm

    Betul sangat kak Nina. Isu halal skg ni makin heavy, ade yg viral betul-betul punya isu, ada pulak saja bikin havoc dan fitnah semata-mata..

    Reply
  2. umminani says:
    December 5, 2017 at 10:19 pm

    Info yang bagus kak nina..lengkap

    Reply
  3. Mieza S says:
    December 6, 2017 at 9:04 am

    harap harap lepasni masyarakat lebih berhati – hati dengan isu yang tular.

    Reply
  4. ema says:
    December 6, 2017 at 10:40 am

    Ema pun baru tahu pelbagai bentuk logo halal sebenarnya kalau ikut luar negara…yang pasti di Malaysia hanya satu bentuk logo sahaja

    Reply
  5. Lynda Che Lah says:
    December 6, 2017 at 9:10 pm

    TQ kak Nina. Jangan share kalau tak pasti. Tq juga share logo halal Australia tu, Sebab byk produk tenusu dari sana,

    Reply
  6. azura says:
    December 7, 2017 at 1:42 am

    Terima kasoh atas perkongsian kak nina,padat dan sangat berguna.

    Reply
  7. Moha says:
    December 7, 2017 at 8:39 am

    Yang Prego tu lama gak kitorng tak beli sebab terpecaya dgn viral tu. Huh! Menyesal tak semak dulu. Sekarang memang semak sokmo.

    Reply
  8. Min says:
    December 7, 2017 at 9:35 am

    Betul..tak pasti jangan sebar..tq for info kak nina..

    Reply
  9. nadia johari says:
    December 7, 2017 at 3:24 pm

    memang kena amik tau ni pasal LOgo halal..bagus kak nina terangkan

    Reply
  10. encikhafiz.com says:
    December 7, 2017 at 4:43 pm

    artikel sangat berguna . dengan ilmu ini kita mudah untuk membeli dan mencari barangan halal di luar negara.

    Reply
  11. Mama Kembar Tiga says:
    December 8, 2017 at 11:59 am

    TQ for sharing Nina. Especially logo halal dr luar negara tu, leh jadi panduan bila shopping brg dr oversea.

    Reply
  12. dorsett pink says:
    December 8, 2017 at 12:48 pm

    Info yang terperinci… Baguss.

    Reply
  13. Ksjb says:
    December 9, 2017 at 10:18 am

    Kalau beli cheese jenama apa tah tak ingat. Ada tu jenama halal australia.

    Reply
  14. Qaseh says:
    December 10, 2017 at 11:33 am

    Good sharing .. ramai yang tak tahu

    Reply
  15. NORIZA ABDUL RAHMAN says:
    December 14, 2017 at 9:04 am

    Memang wajib ambil tahu bab halal haram ni kalau bab makanan sebabnya menjadi darah daging kita

    Reply
  16. lisak says:
    December 14, 2017 at 3:18 pm

    betul tu. kadang kecwa gak yang wat viral2 tak halal ni . senang yang ramen tu .. ish dh tntu ada logo halal masih dipertikaikan. ni la kalau orang wat pandai kan tapi sebenarnya cetek ilmu

    Reply
  17. Fatin says:
    December 18, 2017 at 4:04 pm

    Betul, kadang kadang dah ada logo halal pon bankit jadi isu. Last last terus jadi ragu ragu.

    Reply
  18. Asyraf Asri says:
    December 19, 2017 at 2:52 am

    Wah, menarik artikel ni. Patut di SHARE supaya semua public tahu ..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes