Bangi Wonderland Cuti Sekolah kali ni happening best genpak giler! Excited nak share ngan korang aktiviti cuti sekolah kali ni. Jommm..!!
Ke mana Cuti Sekolah ??
Cuti sekolah ohhh cuti sekolah …!! Kemana korang bawak anak-anak bersuka ria cuti sekolah ni? Tak tau nak ke mana? Tak de idea? Ayoyoo Amaa Apaaa .. Jangan lah biar jer anak dok terperap kat rumah. Kesian derang. Huhuu . . . Sesekali kena lah bawak keluar berseronok dan nikmati saat bernama nya cuti sekolah. Beku keras kejung depa kat rumah tu . . .
Disember ..!! Dah Disember ni.. 3 minggu jer ada lagi sebelum anak-anak mula persekolah semula. Ok, kalau korang tak tahu mana nak bawak anak-anak korang, Nina kongsikan ThemePark yang Gempak Giler Nina dah pegi semalam.
Kat mana ThemePark Gempak Giler tuu..??
Bangi Wonderland ThemePark & Resort
Kat bangi ada Themepark?? Ahaa . . . Nina pun baru tahu kat Bangi ni ada ThemePark. Alahai … Dekat jer kannnn! Pasni tak payah dah jauh-jauh bawak anak mandi manda Waterpark. Kenapa lah baru tahu . . .
Apa yang best kat Wonderland ThemePark?
Giler tak best! WaterThemePark kot… Bukan takat anak-anak jer dah seronok lompat bintang bila dengar ayat ThemePark, mak pak pun seronok. Hati ibu mana tak berbunga-bunga tatkala tengok anak-anak penuh keceriaan, terserlah riaksi jujur keseronokkan dari lubuk jiwa mereka. Itu lah nikmat kebahagiaan.
Part paling seronok adalah saat bersama keluarga. Yelah, masing-masing sibuk dengan urusan keje, rutin harian, sekolah . . . Bila dapat bercuti gini, terukir kenangan bersama-sama. Chewah . . . . Tak susah pun. Kenangan terindah tu, kita yang cipta!
Showcase Gempak Giler 2017
Ok, sepanjang Disember ni kat Bangi Wonderland ThemePark depa ada buat Showcase Gempak Giler 2017. Maksudnya..?? Sempena setahun anniversary Bangi Wonderland ni, depa belanja pengunjung yang datang berjimba mandi manda kat sini dengan persembahan artis popular. Happy Birthday Bangi Wonderland!
Alhamdulillah … #KBBA9 dijemput memeriahkan pelancaran hari pertama Showcase Gempak Giler 2017 Bangi Wonderland ThemePark. Macam-macam aktiviti ada!
Telematch
Giler laaa… game gorilla laaa, hop hop holla laaa… Aduyai fun! Tak done nak citer … Korang tengok laaa gambar eh ..
Meriah, ada hadiah lagi. Jadi laaa group Nina dapat No.2 & No.3 🙂
Showcare live artis popular. Gempak laa…!!
Setiap minggu lain-lain artis. Masa Nina kat sini, Ezad Lazim & Aming Spring. Aduyai … Terpesona dengar suara depa. Nina sempat facebook live tau persembahan mereka. Korang pi terjah kat facebook Nina. Dengarkan sendiri . . . .
Ezad Ohh Ezad .. Sporting nya awak!
Haa … Nampak? Korang akan dapat jumpa live in person ngan artis kegemaran korang. Tengok depan mata, artis nyanyi live gitu. Best kann…??
Showcase Gempak Giler bermula jam 2pm setiap minggu Disember ni (Sabtu & Ahad) Setiap minggu lain-lain artis tau. Adudduuu . . . Rasa macam nak datang tiap minggu gini. Semua best-best artis nya!
Bangi Wonderland – Game dia Gempak!
Sepanjang Nina kat sini, boleh di katakan kesemua game anak-anak Nina yang no.1 dan No.2 selamba jer depa main. Ada 16 game kesemuanya. Seronok happening depa kata! Walau pun memula depa kata macam kecut perut bak usus terkeluar, macam jantung tertinggal kat belakang, terasa macam kat awang-awangan laa… Berapa banyak punya alasan daaaa . . .
Tapi >>>> dereang dok repeat berkali-kali. Musykil mama ?!? “Mama, last last ehh … 3 kali round jer lagi” Haha . . . Mama redha menunggu asal korang enjoy! Seronok tahap tertinggi lah tuu. ..
Cuti Sekolah Disember di Bangi Wonderland ThemePark Gempak Giler laaa…!!
Banyak lagi gambar Nina nak share tapi …. jenuh laaa. Hehe . . Korang tengok jer YouTube Nina lagi syiokkkk…!!
Harga Bangi Wonderland Themepark
Disember promosi – Gempak Giler 2017
Dengan Mykad
Isnin – Jumaat (11 pagi – 6.00 petang) : RM150 untuk 4 orang
Sabtu – Ahad (10 pagi – 6.00 petang) : RM180 untuk 4 orang
Tanpa Mykad
Isnin – Jumaat (11 pagi – 6.00 petang) : RM150 untuk 4 orang
Sabtu – Ahad (10 pagi – 6.00 petang) : RM180 untuk 4 orang
Ok, macam Nina citer tadi .. sempena Disember cuti sekolah ni depa ada harga promosi. Korang rugi tak datang! Berbaloi mandi manda sambil dihiburkan oleh artis popular. Mana nak dapat kann..??
Yang ni plak harga asal Bangi Wonderland ThemePark
Dengan Mykad
Dewasa : RM58/orang
Kanak-kanak (90cm – 130cm) : RM48/orang
Kanak-kanak (bawah 90cm) : Percuma
Warga emas / OKU : Diskaun 50%
Tanpa Mykad
Dewasa : RM70/orang
Kanak-kanak (90cm – 130cm) : RM60/orang
Kanak-kanak (bawah 90cm) : Percuma
Warga emas / OKU : Diskaun 50%
Nak citer membebel lagi ngan korang tapi masa ni dok jeles ngan Nina. Biasalah mak mak.. Lagi nak uruskan anak-anak dan rumah tak de tangga. Hehe . .
Nahh … korang layannnn YouTube Nina sepanjang Nina enjoy kat Bangi Wonderland ThemePark!
https://www.youtube.com/watch?v=DjxG8-9tMkQ&t=65s
Waktu Operasi
Isnin – Jumaat : 11am-6pm
Sabtu/Ahad/Cuti Sekolah / Cuti Umum
10am – 6pm
Tutup – Setiap Selasa kecuali Cuti Sekolah dan Cuti Umum
Lokasi BANGI WONDERLAND
No. 2 Persiaran Bangi Avenue
Bangi Avenue Kajang 43000 Selangor
Kot korang rasa tak lengkap lagi cerita Nina, memang sengaja tak citer semua. Hehe . . Korang kena pegi dan rasai sendiri Gempak Giler nya Bangi Wonderland ThemePark. Nak kan maklumat lebih lanjut, korang pi laaa terjah kat
Facebook : https://www.facebook.com/bangiwonderlandwaterpark/
Instagram : https://www.instagram.com/officialbangiwonderland
Web : www.bangiwonderland.com.my
Cayalah ..!! Nanti Nina datang lagi … Korang datang lah sini bawak anak-anak sempena Cuti Sekolah Disember ni. Happening gempak giler laaa kat sini.
Jom repeat kak. Saya nak g buat kali ke 5. Hahahaha
Bangi wonderland mmg tempat thorrbaik kalau nk bawa anak2 mandi-manda cuti sekolah ni
Betul, tgk anak anak happy, mak hati berbunha bunga lah jawabnya
Tempat mcm ni memang utk anak-anak. tapi mak budak pun apa kurangnya kan..hehe
Memamng gempak giler ni , boleh tahan harga dia nampak macam berbaloi
bestnyer…cm nak pergi jugak jer bwk anak2..
memnag best..bulan januari nak pergi