Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Pengat Pisang Paling Mudah Menu Minum Petang
March 2, 2017March 2, 2017

Pengat Pisang simple vs celoteh dari lubuk hati paling dalam

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera.. Korang selalu ke sediakan menu minum petang? Ker jarang-jarang, weekend jer? Ker tak pernah pun… Wakakaa..!! Tuk Nina , menu minum petang nak sediakan ikut mood. Kalau mood rajin setinggi KLCC , boleh dikatakan tiap weekend Nina akan bikin apa-apa tuk family. Kalau dulu memang rajin. Ada aje menu sampingan atau menu kudap-kudapan yang Nina buat tuk family. Malas-malas sikit Nina suka buat Kek Pisang Terlajak sedap lagi senang buatnya. Tapi lately… hurmm….

Isi Kandungan hide
1 PENGAT PISANG PALING MUDAH
2 Related posts:

Bukan malas hokey! Eh.. Korang tak cakap apa-apa pun.. Nina yang perasan lebih. Ok sedar diri. haha.. Sebenarnya masa yang ada lebih tertumpu kat Baby Eilysa. Dia jenis nak kita dok depan mata dia aje! Asal mama nya bangun atau tak de depan mata maka dia pun mula lah uwekkk uwekkk….!! Nangis macam kena cubit bertubi-tubi. Anak bongsu gini kot.. (ayat sejukkan hati). Sengal gak kekadang. Huhuu… Kadang tu satu apa keje tak boleh nak buat. Kena tunggu dia tido baru boleh mula kerja yang tertangguh. Surirumah banyak keje? YA

Haipp…!! Sapa bilang surirumah relax?? Meh sini nak bababb dia..!! Dok rumah pun sibuk gak tau.. Bukan relax goyang kaki yaa. Surirumah sekaligus merangkap jawatan supir tuk anak-anak pun iyer juga. Kalau isi borang keje, boleh bikin novel jawatan kita. Haha..

Ok, Sila buang persepsi surirumah ni relaxxxx lah sangat! Kalau surirumah yang tak de anak nak kena jaga, ada bibik tolong siapkan semua keje rumah tuu memang lah enjoy. Tu bukan surirumah namanya, itu Puan Besau! Style Mak Mak Datin boleh laa.. Nina? Selisih jauh sangat.. kita dok sengseng lengan baju. *Betul ker ejaan. Korang faham udah ler* hahaa..

Eh Eh…!! Awat petang gini Nina dok membebel ni.. Tetiba ngomel panjang. Terima kasih lah kat korang sudi baca celoteh kata-kata syahdu yang ikhlas dari jauh sudut lubuk hati ini. Chewah… Bergurindam plak! Dah dah… Usah layan lagi. Mau jadi kamus dwibahasa lak entri ni.

ok Cut! Jom tengok menu minum petang Nina yang paling sempoi. Huk Aloh… Gamaknya nak citer pasal menu minum petang aje. Nina bikin Pengat Pisang Paling Mudah … hehee

Pengat Pisang Paling Mudah Menu Minum Petang

PENGAT PISANG PALING MUDAH

Bahan-bahan
Beberapa biji pisang – ikut suka banyak mana ada
2 helai daun pandan, disimpul
5 sudu besar biji sago (cuci dan toskan)
500 ml air
500 ml santan (Nina guna santan kotak ajer)
Secubit garam
separuh ketul gula melaka
3-4 sudu besar gula putih
secubit garam

Cara penyediannya
1- Pisang dipotong sederhana tebal dan ketepikan.
2- Dalam periuk, masukkan gula, air dan daun pandan. Masak hingga mendidih
3- Kemudian masukkan biji sago dan biar mendidih hingga sago kelihatan jernih.
4- Masukkan pisang dan santan. Kacau perlahan ..(kalau kuat-kuat nanti pecah lak pisang tuu)
5- Biar mendidih hingga pisang lembut. Kacau sentiasa supaya bubur tak pecah minyak. Masukkan garam secubit dan secukup rasa.Tutup api.
6- Sedia dihidangkan panas atau sejuk. ….

Related posts:

Resepi Lontong Kuah Lodeh yang sedap ... Mudah aje buatnya, tak payah tunggu Raya
Grilled Butter Chicken TCRS so sedapppp!! Cepat bawak jodoh korang makan sini dan Jadikan GBC Jodoh...
Nak cantik? Jom join kelas Makeup Sarahata
Resipi Bihun Goreng Hailam tak pedas menu anak-anak
Lifestyle Resepi Bubur PisangDessertkudap kudapanmenu cepatmenu minum petangPengat Pisang

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. YB Shehan says:
    March 4, 2017 at 12:57 am

    mmg respek surirumah. susah, penat dan kejar masa. hmmm

    Reply
  2. Mama Kembar Tiga says:
    March 4, 2017 at 8:22 am

    Pengat pisang favourite i ni, dapnyaaa

    Reply
  3. Lokman Amirul says:
    March 5, 2017 at 3:31 pm

    Sdp makan time hujan…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes