Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

SAFI Shayla
June 26, 2017August 9, 2022

Shampoo SAFI Shayla BEST..!! Selamat tinggal rambut kepam

Shampoo SAFI Shayla BEST

Isi Kandungan hide
1 Shampoo SAFI Shyala
2 Shampoo SAFI Shayla pek fleksi – lebih jimat ..!!
3 Pandangan review pengguna lain
4 Related posts:
5 Tips Parenting : Seawal Umur berapa tadika, kat mana, kos, tadika jenis apa
6 5 Restoran Ayam Panggang Sedap Tahap Teringat Terbayang Di Kajang
7 KBBA Blogger's Day Out 2015 : Part One - Cayalah.... Sangat ENJOY & FUN! Kenangan terindah buat fami...
8 Promosi Percutian Hujung Tahun Cuti Sekolah Budget tapi Best tuk Family Vacation

SAFI Shayla

Korang.. Dah cuci rambut hari ni? Semua orang pun tahu rambut adalah mahkota wanita. Tak kisah laa rambut korang pendek ke, panjang mengurai macam cik ponti ke, kerinting bak maggi ke, beralun ikal mayang macam pi salon hari-hari ke… Ia nya tetap rambut!

Rambut yang cantik itu bonus! Kengkonon posing Ayu sambil rambut di tiup deruan ambak bayu mengalun tepi pipi cam cantik, manis anggun jer kan… Tapi bila dekat mak aiii… kepam! Langkah berdesup laju cik abang lari you! Cantik tapi busyukkk kepam sapa pun tak hinggin. . .

Eh eh… Awat tetiba hantu kak Limah interframe? Ini andaian jer…  hehe…

Ok, bertudung tuu..  Tolong laa. Jangan ingat bila bertudung tak perlu cuci rambut. Lagi kita bertudung lagi perlu dititikberatkan agar ber keadaan sihat dan bermaya. Bila wangi kita  tentu kita akan lebih berkeyakinan tinggi. “Rambut ai wangi walau berhijab” gitu….

Meh Nina kongsikan sikit info tentang SAFI Shayla tuk korang… Nina guna ni. Best!

Shampoo SAFI Shyala

“SAFI bukan sekadar sebuah jenama untuk pengguna. Ia punya jiwa dan hubungan akrab serta kepercayaan seperti keluarga dan teman bersama para pengguna. SAFI SHAYLA adalah kesinambungan kembara cantik jenama ini dalam inovasi produk menzahirkan manfaat terkitab khasiat Habbatus Sauda yang menjadi santapan Jujungan Mulia Rasullullah S.A.W meriwayatkan 1001 manfaatnya untuk umat manusia kecuali apabila Izrail datang memanggil. kami berbangga dan bersyukur kerana diberi ruang untuk memperkenalkan bukan sekadar syampu tetapi rangkaian lengkap produk penjagaaan rambut khusus untuk wanita bertudung”, Jelas Pengurus Kumpulan Produk SAFI, Mahsuri Sulaiman.

Walaupun terdapat banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, SAFI Shayla masih mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Awards 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi ke dua-dua anugerah tersebut. Ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepala yang dihadapi oleh wanita bertudung.

Shampoo SAFI Shayla

Hebat SAFI Shayla ni kan…?? Nina pun suka kan produk ni. Paling best wanginya berkekalan dan  harga berpatutan. Mampu beli gitu.. Diyakini Halal lagi..!!

Shampoo SAFI Shayla pek fleksi – lebih jimat ..!!

Korang.. Lagi best sekarang ni SAFI Shayla dah ada dalam pek fleksi. Lebih jimat dan mesra alam. Yelah.. zaman ekonomi meleset ni semua pun nak jimat kan…? Tapi kita yang bijak lah harus pilih yang berkualiti dan sekaligus menepati piawaan budget keluarga. Sel otak Mak mak laa kena berhubung dengan lancar gamaknya. Hehe..  Nak yang bagus, wangi, berkekalan, halal tapi harga yang sangat perpatutan tentu nya SAFI Shayla. 🙂

SAFI Shayla Pek Fleksi

Pandangan review pengguna lain

Ingin ketahui apakah pandangan pengguna terhadap syampu untuk wanita berhijab? Layari saluran YouTube SAFI di https://www.youtube.com/watch?v=PHoGu4vxMws dan untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan laman web SAFI www.safi.com.my

Korang dah bersyampu hari ni..?? Bye-bye rambut kepam busyukkkk…. Hehee

#HanyaSAFIShaylaUntukSaya

Related posts:

Tips Parenting : Seawal Umur berapa tadika, kat mana, kos, tadika jenis apa

5 Restoran Ayam Panggang Sedap Tahap Teringat Terbayang Di Kajang

KBBA Blogger's Day Out 2015 : Part One - Cayalah.... Sangat ENJOY & FUN! Kenangan terindah buat fami...

Promosi Percutian Hujung Tahun Cuti Sekolah Budget tapi Best tuk Family Vacation

Lifestyle Review Tips Best SyampuMasalah RambutMasalah rambut berbau kepamPek Fleksi Jimatrawatan rambutSAFISAFI ShaylaShampooShampoo wangiTips Rambut SihatWanita Berhijab

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. lisak says:
    July 11, 2017 at 7:07 pm

    tanjat ai tengok gambar tu . hahaha .. lisa pun pakai shampoo ni gak . wangii ooo

    Reply
  2. saidila@kaklong says:
    August 1, 2017 at 8:27 pm

    shampoo kegemaran anak dara ai ….

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes