Tak lama jer lagi cuti sekolah bakal bermula. Anak-anak sakan seronok tibanya musim cuti. Dan…. Paling kesian tentunya Mak Pak. Stress bila fikir bab budget persekolahan akan datang. Setuju kannn? Topik hot sekarang ni kasut sekolah hitam ke putih pallas terbaik ke ?
Yelah… Kalau anak Raja ke, jutawan ker, idok ler kecamuk kena fikir. Kita ni rakyat mahrean aje, kena laaa berpada-pada berbelanja dengan bijak.
Bijak belanja beli yang berkualiti
Ahaa… Bab barang keperluan anak-anak memang Nina tekankan yang berkualiti dan tahan lasak. Bukan apa, tak mau laa baru pakai beberapa bulan jer dah rosak. Rugi weyh… Walaupun beli barang yang murah. Yelah, dah rosak kena beli lagi dah double triple budget nya kann… So, pada Nina biar lah Alah membeli menang memakai. Haa gitu..!
Kasut sekolah putih ke hitam tahun depan 2019?
Hurmmm… Tentu ramai Mak Pak dah sedia maklum kan bila wajib anak kita kena pakai kasut sekolah warna hitam. Eh! Kerrr ada yang tak update kan diri tentang isu semasa masih dok tertanya-tanya lagi? Eerkkk….
Sana sinin sinun dok canang tahun depan dah boleh pakai kasut sekolah hitam. Betul..!! Tapi… Sila noted yaa, kasut sekolah putih masih boleh guna tau tahun depan sehingga 2021 baru wajib pakai kasut hitam.
Tahun 2021 baru wajib pakai kasut sekolah hitam
Memandangkan tahun depan masih boleh pakai kasut sekolah putih maka Nina lagi suka belikan tuk anak-anak kasut sekolah putih. Kasut sekolah putih ni anak-anak lebih berhati-hati bab kebersihan dan mereka lebih berdisplin . Idok lerrr memupuk sifat cuai, sambil lewa, asal done aje…
Maka nanti akan ada kot anak-anak kita yang tak akan basuh kasut sekolah walau setahun! Acaner tu.. “Tak ‘nampak’ kotor, tak payah laa basuh kannn?” Apa mau jawab? huhuu . . .
Kenapa Nina pilih kasut sekolah Pallas?
Kasut sekolah pilihan Nina tentu nya dari Pallas. Sejak Nina sekolah rendah lagi dah pakai jenama ni. Yakin dengan kualiti nya yang amat berbaloi dengan harga. Dah kasitau kannnn tadi Nina cerewet bab membeli. Hehee…
Pendapat Nina kasut sekolah Pallas bagus sebab Nina sukakan rekaan kasut Pallas yang punya banyak pilihan yang menepati citarasa anak-anak Nina. Maklum lah kita ada 5 orang anak. Yang sekolah 4 orang, macam-macam kerenah. Nak tali laaa, nak zip-on laaa, nak yang cepat kering laaa, nak nampak elegent ala princess laaa.. Hadoi..!! Tabah jer laaa..
Meh tengok pilihan kasut sekolah Pallas yang Nina pilih untuk anak-anak Nina
KASUT SEKOLAH HITAM KE PUTIH PALLAS TERBAIK sebab …
PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP 205-0165
Yang ini design Pallas Jazz Single Velcro Strap 205-0165 Eilhan yang punya paling kecik dan paling nakal. HEhee… Selalu buat mama gerammmm jer! Dia masih tadika, bukan mudah nak didik anak kecik pakai kasut sekolah seharian. Kena laaa beri yang paling selesa kannn..??
PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP 205-0165
– Velcro strap design
– Durable canvas upper for long lasting wear
– Proven extra superlight weight “X-Light”
– Foam lining for extra comfort and protection
Strap yang cepat mudah
Design strap zip-on ni memudahkan Eilhan yang berusia 5 tahun menguruskan sendiri pakai kasut sekolah. Lebih cepat dan menjimatkan masa dia bersiap ke sekolah. Kadang kat sekolah memerlukan dia membuka kasut untuk aktiviti di surau. Boleh lah dia berdikari tanpa bantuan Cikgu.
Super X-Light
Kasut paling ringan antara semua. Super X-Light gitu! Yang lain-lain pun ringan, tapi yang ini lagi ringan! Eilhan ni kecik comel jer orangnya, memang perlukan kasut yang selesa dan ringan untuk dia bergerak seharian.
Kasut yang ringan amat Nina titikberatkan. Sebab nya kalau kasut berat bak macam terseret-seret lak anak nak bawak kasut. Tu belum lagi aktiviti luar kelas. Kesian anak kita tak dapat jalani aktiviti sukan dengan baik. Kaki pakai kasut ke, kasut pakai kaki? Hah.. fikir fikirrr…
Kaki ni penting sangat untuk anak-anak bergerak sepanjang hari. Kalau salah beli kasut sekolah, kesian depa tau… Kita sendiri kalau pakai kasut yang ketat, berat, terperap, tentu rasa nak berkaki ayam jer kannn? Kat office nyorok bawah meja boleh laaa.. Anak-anak? Kesian tak punya pilihan, terpaksa gak pakai. Sian sengsara nya lalui perit sepanjang hari. Huhuuu
Tahan lasak , lebih selesa dan lebih perlindungan
Adanya foam lining untuk memberi lebih keselesaan dan lebih perlindungan buat kaki Eilhan. Ini penting untuk si kecil selesa sepanjang hari.
Ini kasut untuk Eilyana yang berusia 9 tahun. Size badan dia kecik comey lotte jer orangnya. Mama yakin dengan kasut yang comfort, lembut kat dalam nya berspan pelapik di dalam yang menyokong tapak kaki pasti memberi keselesaan yang cukup buat Eilyana tersayang.
PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP 204-031
– Velcro strap design with signature Jazz logo
– Durable canvas upper for long lasting wear
– Canvas lining for excellent breathability and extra comfort
– Rubber outsole for excellent grip
Sama macam Eilhan, Zap-on strap menjimatkan masa, memudahkan pemakaian untuk Eilyana. Selain tu kasut sekolah PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP 204-031 untuk Eilyana ini ada lapisan Canvas lining yang memberi lebih keselesaan.
Ticker Foam , lebih selesa dan lebih perlindungan
Nina paling suka upper with thicker foam nya yang cukup tebal. Ini penting agar memberi keselesaan dan lebih perlindungan buat Eilyana memakai kasut sekolah Pallas ni sepanjang hari. Bagi Nina so far ni yang terbaik di pasaran!
Maka kaki anak-anak selesa sepanjang hari kat sekolah. Yelah.. Anak-anak sekolah dari jam 7am – 1.30pm dan berlanjutan sekolah agama lak dari 2pm – 6pm. Jangka masa yang sangat lama kannn? Keselesaan amat penting.
Tapak kasut outsole getah yang memberi cengkaman lebih kuat dan selamat
Korang tengok pada tapak getah nya yang bergaris-garis (rubber outsole) ini memberi lebih cengkaman yang kuat dan selamat. Kali ni boleh lah Eilyana berlari lebih laju masa latihan sukan di padang nanti yaa…
Pallas Jazz Lo Cut Shoe Lace 407-001
Ini design Pallas Jazz Lo Cut Shoe Lace 407-001 Kakak Eillya yang punya. Dah form 3 citarasa nak yang bertali tapi masih nampak keayuan gitu. Setuju tak? Lawa kannn…?
Pallas Jazz Lo Cut Shoe Lace 407-001
– Boat inspired lace up design
– Padded collar and footbed for supreme fit and shock absorption
– Durable canvas upper for long lasting wear
– Canvas lining for excellent breathability and extra comfort
– Rubber outsole for excellent grip
– Rubber insole for better rebound, superb comfort fitting and support
Ahaa… Nampak benefit kasut tuk Kakak Eillya seperti gak kasut Yana adanya canvas lining untuk lebih keselesaan yang baik.
Tumit kasut getah memberi lantunan yang lebih baik dan gerbang sokongan melegakan ketegangan otot kaki
Adanya arch support yang amat penting untuk support kaki dan ianya bertindak melegakan ketegangan otot kaki. Idok lerr kakak Eillya cepat penat, lenguh bila melakukan sebarang aktiviti di sekolah nanti. Don’t worry kakak, mama gerenti kakak akan selesa sepanjang hari dari pagi hingga ke petang nanti.
Dan lagi, ada nya rubber insole bukan sahaja memberi lebih keselesaan malah memberi lantunan yang lebih baik. Insole daripada getah adalah yang terbaik berbanding yang lain ianya memberi lebih keselesaan.
Selain tu design nya yang ala-ala boat inspired lace up memberi mode elegent bila memakainya. Eillya kata dia rasa lebih feminine bila memakai design pallas Zass Lo Cut Shoe lace 407-001 ini. Design bertali sememangnya pilihan Eillya yang inginkan nampak lebih matang dan lebih bergaya. Stylo seyhh katanya…
Tapak kasut outsole getah yang memberi cengkaman lebih kuat dan selamat
Nina sukakan rekaan tapaknya rubber outsole yang akan memberi cengkaman yang lebih kuat, tidak licin, tidak mudah jatuh ataupun tergelincir dan tentunya memberi lebih pelindungan keselamatan. InsyaAllah tahun depan kakak akan menangi lagi acara larian peringkat sekolah.
PALLAS JAZZ STAR LO CUT SHOE LACE 307-196
Amboi amboi …. Kemain bergaya dengan kasut sekolah baru!Suka katanya, tak habis-habis dok ulang smart laaa Mama.. Pas ambik gambar ni, simpan dulu yaaa… Tahun depan baru pakai tau! HEhee..
PALLAS JAZZ STAR LO CUT SHOE LACE 307-196
– Lace up front with metallic eyelets
– Durable canvas upper for long lasting wear
– Canvas lining for excellent breathability and extra comfort
– Rubber insole for superb comfort fitting and support
– Signature Jazz Star Rubber outsole for excellent grip
– New fitting with broader space within the shoes
Yang ini Eilman punya. Sengaja dia pilih design Lo Cut dan bertali agar nampak lebih smart macho gitu! Aduyai… dah besar anak bujang mama ni. Hensem boy mama dah tak mau pakai kasut style strap zap-on lagi dah katanya. Tahun depan UPSR sayang ya… Untuk Eilman semestinya kasut yang senang dicuci dan cepat kering. Jimat masa dan semestinya selesa!
Benefit nya sama seperti design kakaknya dan special nya design 307-196 ni adalah di depannya punya metallic eyelets yang lebih menawan. Dan lagi garisan tepi berwarna hitam membuatkan kasut ini lebih menarik. Eh! Bawak pergi jalan-jalan pun sesuai ni. Setuju kannn?
Tumit kasut getah memberi lantunan yang lebih baik
Ada nya rubber insole bukan sahaja memberi lebih keselesaan malah memberi lantunan yang lebih baik. Insole daripada getah adalah yang terbaik berbanding yang lain ianya memberi lebih keselesaan.
Tapak kasut outsole getah yang memberi cengkaman lebih kuat dan selamat
Tengok tuu… Tapak kasut rubber outsole yang semestinya akan memberi cengkaman yang lebih kuat dan selamat untuk Eilman. Bukan itu saja, lapisan rubber insole belah dalam memberikan lebih keselesaan dan sokongan buat pemakainya.
Sama benefit seperti design kasut kakak Eillya, punya canvas lining kat dalam yang memberi system pengudaraan yang baik untuk lebih selesa sepanjang hari.
Akhirnya ini lah design menarik kasut sekolah Pallas yang menjadi pilihan Nina buat anak-anak. Yang terbaik semestinya dari Pallas. Jenama yang berkualiti lagi diyakini tahan lasak nya.
Kat mana nak beli kasut sekolah Pallas
Kebiasaanya kita akan membeli kasut sekolah di pasaraya. Rata-rata semua pasaraya pun ada. Haippp…!! Bohong laaa cakap tak de, sejak Nina sekolah lagi dah ada weyhh.. Jenama yang dipercayai. Cuma nya beli kat pasaraya ni amat meletihkan. Solusi Nina pada tahun ni beli online jer…
Senang jer nak beli kasut sekolah Pallas kat online
Korang boleh beli online. Ya, kasut sekolah pun boleh beli online awakk… Tak payah berasak berimpit-impit, bersesak bagai dengan anak 5 orang yang super duper havoc ni..!! Tenang jerrr emosi tak stress beli online. Paling mudah tak payah lagi fikir bila nak curi masa weekend pegi beli kasut sekolah, nak kena drive, berebut bab parking, pastu dah keluar kena fikir nak makan kat mana lagi, sudah nya penat yang extra! Huhuu…
Macammana nak ukur size kasut sekolah
Memula dulu Nina ingatkan macam susah nak beli kasut online ni rupanya senang mudah jer… Hanya perlu ikut cara ukuran kaki anak jer… Ada jer depa ajar cara-cara ukur saiz kasut sekolah anak. https://www.wow2wee.com/w2w-measurement-guide . Nina lukis tapak kaki anak kat kertas A4 pastu ambik ukuran dari hujung jari paling panjang sampai lah ke belakang tumit. Pastu tambah 1 cm. Senang jer..
Kasut sekolah putih pilihan hati
Walau apa pun pilihan warna kasut sekolah, buat masa ni belum wajib pakai kasut hitam dan selagi boleh pakai putih Nina belikan putih. Bukan apa kasut warna putih ni lebih hygiene, bila kotor akan terus nampak dan opkos kena lah cuci kann… dari segi kebersihan lebih mudah dipantau.
Selain tu warna putih melambangkan bersih, kemas dan sekaligus ini akan lebih mendisplinkan anak-anak bab kebersihan. Kasut putih juga kurang rembesan haba, senang citer orang kata tak panas kasut putih ni berbanding kasut hitam. Lebih sejuk gitu…
Dan lagi kasut hitam kannn gelap, agak bahaya pada waktu awal pagi sebab nyamuk suka kat tempat gelap. Ini yang paling merisaukan terutama waktu awal pagi semasa anak-anak bersiap ke sekolah dan waktu lewat petang.. Opkos mama risau kalau anak kena gigitan nyamuk. Risau denggi you.. Huhuu…
Korang setuju tak kasut putih lagi baik untuk anak-anak dari segi perkembangan tumbesar anak-anak? Kasut sekolah hitam sekadar memudahkan cara dan mendorong budaya malas. Jangan kecam kalau tak setuju. HEhee… Pendapat Nina jer tu…
Ok … Buat mak pak yang nak senang macam Nina, kasut sekolah Pallas beli online je settel keje. Lagi memudahkan urusan korang. Duduk rumah, click click bayar terus kasut sampai rumah. So sila lah buat pilihan yang bijak seiring dengan kualiti yang bagus, korang pi laaa web Pallas tengok design mana yang anak korang suka
Web : http://www.pallas.com.my
Dah intai tuu nanti, confirm ada yang berkenan di hati. Selamat bershopping!
yeah Pallas brand is also our choice for school shoes. Yeah get to know shoes lace style are nice too, your styling is nice. My son didn’t know how to put laces like that just know of normal type to tie up. Not sure if school got rules on how shoes lace need to tie up.
My first daughter yang pandai ikat tali tu… So far kat sekolah Cikgu tak komen apa-apa. As long kemas dan selamat.
Kalau ada anak yang dah bersekolah pun saya akan sarankan guna Pallas ni..Jenama yang sehingga kini masih lagi bertahan dan menjadi pilihan pelajar sekolah.Selain dari harga yang berpatutan, kualiti kasut ni memang bagus.
Kannnn… Kasut legend sejak kita sekolah. Dari dulu pun dah sedia maklum Pallas memang berkualiti dan tahan lasak.
I should be getting Pallas Super X-Light for my children. Easier for them to run around and feel comfortable with their shoes.
Sep! Sama macam Nina. Kasut sekolah X-Light penting untuk keselesaan anak.
Quality is the most important.. regardless black or white.. my kids school still need to wear white nx year leh…
Oooo… Sekolah anak you memang masih laksanakan kasut sekolah putih. Dont worry masih banyak di pasaran.
hitam atas putih bagi i tiad amasalah tempoh perlaksanaan pun lambat lagi taahun 2021 ya ingat kan seawal mungkin hhheeeee… bagi I hitam nampak kemas dan segak kalau putih nampak suci bersih dan murni, dua dua warni ni memainkan peranan penting… apa pun hitam kalau kotor sikit tak de la nampak kopam, kalau putih surely kena basuh hahaha, tapi kelemahan kedua dua warna ni walaupun masuk lumpur tetap kena bersihkan hahaha… yang penting kualiti tu penting
Yup, apa warna pun ada pro contra nya. Anak² bukan kira sangat bab kasi lenjan jer kasut sekolah depa ni, nak nak masa aktiviti kat padang. Asalkan matlamat bersukan ke tercapai. Hitam atau putih tetap kena basuh kasi bersih. Hehee
WOw pandai model-model kasut sekolah ni hehehe pandai beraksi.. rindu lah kita zaman sekolah dulu basuh kasut dan juga jemur belakang peti sejuk tambah-tambah musim hujan ni hehehehe…
Hahaa… Memang legend dolu-dolu jemur kasut belakang peti ais nak kasi cepat kering. Tapi sekarang dah ada jenis material yang cepat kering, senang dan memudahkan keje. Lagipun anak-anak kak nina hari jumaat pas balik sekolah dah siap² basuh kasut sekolah depa sendiri. Senang mak! Hehee
Baru tahu tentang pemakaian kasut hitam th bermula 2021. Ad pros and cons jugak pakai kasut warna putih atau hitam ni kak. Saya dulu pakak kasut bata je. hahaha. Jazz pun panh ad kot. Kasut budak mmg kene cari yg berkualiti sbb tkot x smp setahun dh rosak tapak. Budak2 maklumlah lasak cm saya dulu. Hahaha
Kannnn… Anak-anak ni lasak, bukan depa fikir pun kasut tu nak pakai setahun. Mak Pak kena belikan yang berkualiti . Harga kasut sekolah Pallas pun berpatutan.
A good pair of shoes is really important because it supports our body, I’m glad someone put in effort to make good shoes for kids, will recommend this brand to my family.
Untuk anak-anak semestinya yang terbaik. Kasut sekolah penting sebab mereka pakai sepanjang hari. Pallas my best choice!
Tahun depan memnag anak anak pakai kasut hitam. Tak nak kasut putih. Tapi nak try jenama pallas untuk anak anak pula. Sebelum ni ummi diorang pernah pakai masa sekolah. Memang best dan selesa.
Pallas memang berkualiti dan tahan lasak. Alah membeli menang memakai. Harga pun berpatutan
Wah akak banyaknya kasut pallas. Tp pallas ni tapak dia mudah haus. Untuk kegunaan harian masa saya sekolah dulu berlobang kasut. Pallas kena upgrade buat insole lebih support tapak kaki sebab kasut dia tak selesa. After all mak saya dulu duk Marah kenapa Nak juga jenama ni. Sebab cool kids semua pakai hahahaha. So untuk giliran anak saya. Mesti Nak pallas juga. Maka, mana tak tumpah kuah ke nasi. Wakakaka.
Dulu pakai pallas gak , memang tahan lama
Favorite pallas ni dari zaman sekolah..
Comelnya kasut yang lekat je tu. Teringat pulak dulu sekolah rendah jenis pakai kasut camtu. Sebab tak reti ikat tali kasut kan. Senang je srap srappp terus siap hahah.
Wow! Trendy kot kasut Pallas sekarang. Suka pula Rawlins tengok semua kasut yang diperagakan. Dari zaman Rawlins dulu memang Pallas pilihan hati sebab comfy dan trendy. Hehe
Kasut pallas sejak dulu lagi tidak mengecewakan.
Memang up to date dan trendy. Tak kisah hitam atau putih.
Kalau dulu kasut hitam pilihan adalah ‘penguin’ memang stylo habis.
Tapi tetap terkalah dengan trendy by Pallas.
bestlah kasut pallas ni. kualiti terjaga
Best baca review Nina ni….Hehehhehe….Mmg cepat kering klau kasut Pallas ni…Eirna pun selalu jgk belikan utk anak2…
Kasut Pallas memang pilihan terbaik, tahan lama dan harga pun berpatutan.
Pallas ni memang jenama kite pakai zaman sekolah2 dulu sebab mmg kualiti bagus, susah nak koyal
Yess Pallas bab kualiti memang tak boleh lawan, tahan lasak. Si kembar dah bertahun mmg Pallas je the best.
Fuhhh brand dah lama ni.
Wah, banyak betul pilihan design kasut Pallas ni. Pandai anak2 kak nina jadi model
pallas tahan lasak ye..masa sekolah rendh senang pakai yang lekat, masuk menengah bertali pulak..hehe
Pallaz jenama kasut sekolah pilihan ayu dan adik2 dulu. Sekarang ni anak2 pula sukaka kasut pallaz. Design yang simple dan selesa.
ai pun pengguna Pallas dari dulu…..legend
Thanks for sharing this quality information with us. I really enjoyed reading.