Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Biskut Raya Paling Senang Sedap - German Cookies
June 22, 2017March 8, 2020

Biskut Raya Paling Senang Sedap – German Cookies

Alhamdulillah… lagi 3 hari kita kan sambut Raya Aidilfitri. Korang tentu ramai dah bikin biskut Raya kan..? Korang paling suka buat biskut apa? Biskut yang orang suka makan ke, korang suka makan ke, biskut viral ke, atau biskut paling senang buat? Biskut Raya Paling Senang Sedap German Cookies

Isi Kandungan hide
1 Biskut Raya Paling Senang Sedap German Cookies
2 Resipi Biskut Raya GERMAN COOKIES sukatan cawan
2.1 Biskut Raya Paling Senang Sedap German Cookies
3 Related posts:
4 Sandwich Egg Mayonnaise .. breakfast paling cepat, senang dan berkhasiat.
5 Review L’Oreal Paris Revitalift Crystal Essence best pakai! Kulit muka anjal toing toing
6 ANXIETY pantang larang makanan yang boleh dan tidak
7 Membongkar Teknik Tips Penulisan Blog di BENGKEL PENULISAN KBBA

German Cookies ni antara Biskut Raya paling senang buat. Hanya 4 bahan jer korang dah boleh jadi biskut raya. Adun jer semua sekali pastu gentel-gentel (ayat ni Che Mat sukaaaa) hehe… Pastu bakar dan siap!

Paling best German Cookies ni antara biskut yang cair di dalam mulut. Gerenti anak-anak suka kan nya.. Paling gembira tentulah nenek-nenek si bongkok tiga Eh! Ternyanyi lak.. Warga emas tak de gigi suka biskut gini. Tak de kacang , tak perlu asingkan kacang nanti.

Teringat cerita nenek yang naik teksi pastu tanya driver teksi tuuu samada nak kacang hezel tak? *kacang mahal kann… Of course laa nak!* Rupanya kacang tuu berasal dari dalam coklat yang nenek tu tengah makan dan asingkan. Nenek tak de gigi nak gigit kacangnya. Hahaa..

Ok, resepi German Cookies ni asal nya dari Kak Rima. Tapi Nina intai dari dapur Che Mat Gebu. Asal apa yang Che Mat bikin kita pun teruja sama nak bikin. Otai tuu..!! Aura mentor gitu.. Hehe.. Izinkan Nina panjangkan kat sini lak, manalah tau nanti korang lak nak cuba. .. *Yang pasti original gambar sendiri, tidak cilok gambar hasil orang lain* Sapa lah tuu tak punya adab dan etika. Hurmm… sedey :'(

Biskut Raya Paling Senang Sedap German Cookies

Biskut Raya Paling Senang Sedap
German Cookies

Bahan-bahan
125 gram mentega
125 gram tepung kentang/potato starch (boleh beli kat kedai baking)
80 gram tepung halus (boleh juga guna tepung gandum)
40 gram gula aising, diayak
Secubit garam (resipi asal tak letak, nak ikut style Che Mat sila letak)

Resipi Biskut Raya GERMAN COOKIES sukatan cawan

½ cawan butter
1 cawan tepung kentang
¾ cawan tepung halus /tepung gandum
¼ cawan gula ising
Secubit garam

Cara penyediannya
1- Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
2- Ambil sedikit adunan,  kemudian bulat-bulatkan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
3-. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit (Nina ikut Che Mat – tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara….

Akhir kata, jadi sendiri sendiri. Ukur baju di badan sendiri. Andai mampu lakukan yang terbaik, buatlah dengan setulus hati.  Andai tidak mampu, usah lah di canang kisah yang penuh dengan kepalsuan. Kelak memakan diri.  Eerkk …. korang faham tak? Kalau tak faham, buat-buat laaa macam faham ehh… hehe..

Gini,  andai mampu buat biskut  Almond Biscotties yang paling  mahal dan rare tuu..!! Asyik  weyyy biskut ni, gerenti korang tak sedar dah licin kan berbalang-balang – buat lah… Andai tidak mampu, memadai korang buat german Cookies. Sebab dua-dua pun sedap!

Selamat menyambut Aidilfitri. Maaf Zahir Batin buat semua 🙂

Biskut Raya Paling Senang Sedap German Cookies

Related posts:

Sandwich Egg Mayonnaise .. breakfast paling cepat, senang dan berkhasiat.

Review L’Oreal Paris Revitalift Crystal Essence best pakai! Kulit muka anjal toing toing

ANXIETY pantang larang makanan yang boleh dan tidak

Membongkar Teknik Tips Penulisan Blog di BENGKEL PENULISAN KBBA

Lifestyle Resepi Tips Biskut RayaBiskut Raya Paling MudahBiskut Raya paling Senang Sedap German CookiesGerman CookiesResepi sukatan cawansukatan cawan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (7)

  1. lisak says:
    July 6, 2017 at 1:27 pm

    terasa nak makan tapi malas buat aka tak reti . kak nina buat pastu pos pleaseee

    Reply
  2. Chef Hairul says:
    April 30, 2018 at 9:57 pm

    Cantik nampak biskutnya.. bahan pun tak byk.. mmg sesuai dibuat hari raya nie..

    Reply
  3. Atiq says:
    May 22, 2019 at 3:30 pm

    Tepung kentang tu pertama kali dengar. Hahaha

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      May 22, 2019 at 5:33 pm

      Atiq, ada jual kat bakery

      Reply
  4. Ismi maizura says:
    May 26, 2019 at 11:23 am

    Menarik nmpk biskut raya ni..bahan2 pn mudah je..tq share

    Reply
  5. ummi says:
    September 26, 2019 at 11:06 am

    buat biskut ni, kalau bakar guna kuali biasa tu, agak2 berapa lama yer? sebab rumah takde oven.

    Reply
  6. Pritam Kaur says:
    May 17, 2020 at 1:31 pm

    Kak, saya nak tanya bakar biskut german cookies ni perlu guna api atas bawah atau atas saja?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes