Woot woottt…!! Minggu depan aje dah Raya! Ada yang dah tak sabar nak sambut Raya ke? Amboi amboi amboi … Excited mengalahkan anak-anak gamaknya yaa? Bawak-bawak bertenang.. Hah! Biskut raya dah siap ke nak bawak balik kampung? Ker balik kampung lenggang kangkung? Ayoyooo… Buruk perangai
Buat sesapa yang dah buat biskut raya tuu syabas beteyy..!! *tepuk tangan sambil tanda good ibu jari tuk korang* berapa balang dah siapkan tuu? bak laa mai sebalang tuk Nina.. eerkkk Muka tak malu kecek kat orang. Hahaa
Apa nak buat dengan lebihan putih telur ni?
Ni nak tanya… Korang yang suka buat biskut raya pasti ada masalah lebihan putih telur kann? Maklumlah biskut raya kebanyakkannya banyakkkk guna kuning telur jer. Kann…?? Habis tuu putih telur tuuu korang buang ker?? nehi nehi … Tak baik membazir tau!
Ahaa…!! Meh Nina share kat korang resepi yang guna putih telur. Idok ler membazir dibiar begitu saja. Biskut ni lain dari yang lain. Rare gitu..!! Jarang ada di mana mana. Biskut ni sedap sedap sedap giler! Amboi… 3x sedap. Haha.. Rangup, asyik bila makan. Paling best terbaik bila korang potong nipis-nipis adunan tuu. Tatkala makan gerenti tak perasan dah licin sebalang. *sila buat lebih*
Resepi Biskut Raya guna putih telur
Crunchy Almond Biscotties ni femes kat overseas. Depa suka makan cookies ni sambil cecah ngan kopi. Sapa yang suka pi makan kat Starbuck , ada jual kat sana. Mahal ooii…!! Ok, meh tengok resipi nya
Crunchy Almond Biscotties
Bahan A
8 biji putih telur (400ml)
260gm gula castor
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam
Bahan B
240gm tepung gandum
60gm tepung beras
Bahan C
200gm badam biji
100gm walnut+gajus
Cara penyediannya
1. Oven dipanaskan pada suhu 150c
2. Pukul bahan A hingga kembang lagi gebu.
3. Masukkan bahan B gaul rata hingga sebati (kaedah kaup balik)
4. Kemudian masukkan bahan C, gaul rata kesemuanya
5. Tuangkan adunan dalam loyang empat segi 10″X10″X2″ yang telah di alaskan kertas dan digriskan dengan majerin. Ratakan adunan tersebut.
6. Adunan dibakar separuh masak selama 20-30minit. Kemudian dibiarkan sejuk selama lebih 6jam atau lebih lama pun ok…
7. Setelah adunan sejuk, barulah dipotong adunan tersebut kepada 3bahagian. Setiap bahagian dihiris nipis-nipis. (Nina potong guna cutter knife)
8. Susun adunan yang telah dihiris nipis-nipis dalam loyang untuk dibakar semula.
9. Bakar pada suhu 140c selama 15 minit.
10. Dah sejuk boleh disimpan dalam bekas kedap udara. .
Selamat mencuba dan Selamat Menyambut Aidilfitri..!!
Resepi Putih Telur Crunchy Almond Biscotties
oo biskut ni guna telur putih shj ya. good one
beguna resepi ini, tapi memang tak buat kuih raya.hehehe buat yang simple simple jer.
Ohh jdkan biskut..menarik ni..syang selalu mmg buang je hihi
baru tau…. camni rupanya nak buat biskut nih heheh….
baru tau ada biskut ni hehehe
huwaaaaa tak leh wat biskut raya tahun ni,dok gentel humaira je la sobs sobs
Rajinnya kak nina…suka tgk akak ni pandai olah jenis biskut dan kek…
lamanya nk tuggu sejuk…
baru tau…
Tqvm for d idea…memang ada byk lebihan putih telur dr projek kek lapis
Terbaik ninamirza. Tqvm for sharing. Mmg krup krap krup krap.. Best boscotti recepi. Lama dah cari mcm ni.