Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

January 22, 2013September 14, 2023

Apam Mekar

Apam merupakan antara kuih muih tradisional. Ada pelbagai jenis apam. Pernah jadi fenomena tahun sebelum ni adalah apam dot dot yang comel. Apam mekar antara jenis apam yang tak lapuk dek zaman. Hari ni Nina kongsikan resepi apam mekar gebu lembut yang korang boleh cuba!
Setiap apam punya rasa keenakkannya yang tersendiri. Tak cuba tak tahu
 
Resepi nie Nina dapat dari seorang wanita yang amat pakar dan terkenal bab masak memasak nie dan orangnya tak lain dan tak bukan adalah Chef Hanieliza. Nina suka akan resepi beliau yang semuanya gerenti menjadi dan yang penting menepati citarasa Nina sekeluarga dan sedapp!
Nina copy paste kat sini untuk perkongsian dan rujukan Nina kemudian hari.

resepi apam mekar gebu

Isi Kandungan hide
1 RESEPI APAM MEKAR GEBU
2 TIPS APAM MENJADI LEMBUT GEBU
3 Related posts:

RESEPI APAM MEKAR GEBU

Rujukan : Chef HanieLiza
Bahan
250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate
pewarna merah dan hijau
acuan kertasCara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu. Pastikan adunan betul-betul kembang, adunan  putih berkrim dan gula dah betul-betul halus.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yang berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalam acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.

NOTA:
jika tak mahu warna -warni..just masukkan coklat cair sebahagian adunan dan sebahagian lagi biarkan plain [warna asal].. dan masukkan dua-dua dalam paper-cup dan kukus saperti biasa dengan api besar..

Selamat mencuba

Nina kongsikan Resepi Apam Pisang ni untuk korang. Apam pisang ni sedap!
TIPS apam pisang cantik ada urat-urat – lepas lenyekkan pisang, korang biarkan seketika adunan dalam 15-30 minit. Nanti terjadi lah hitam-hitam sikit tu , kemudian baru lah adun bersama tepung dan bahan lain.
RESEPI APAM PISANG MUDAH GEBU SUKATAN CAWAN
Ada beberapa jenis apam yang Nina dah pernah share sebelum nie antaranya
  • Resepi Apam Beras
  • Resepi Apam Labu
  • Resepi Apam Coklat

TIPS APAM MENJADI LEMBUT GEBU

  1. Gunakan Tepung Berkualiti Tinggi:
    • Pastikan anda menggunakan tepung beras berkualiti tinggi. Tepung yang berkualiti akan menghasilkan apam yang lebih lembut.
  2. Campurkan Adunan Dengan Baik:
    • Pastikan adunan apam kukus dicampurkan dengan rata dan tiada gumpalan. Gunakan alat pengacau jika perlu.
  3. Saring Adunan:
    • Selepas mencampurkan adunan, saring adunan untuk memastikan bahagian tepung yang bercampur dengan baik dan tiada gumpalan.
  4. Gunakan Santan Segar:
    • Jika memungkinkan, gunakan santan segar daripada santan pekat atau santan kotak. Santan segar akan memberi rasa yang lebih kaya.
  5. Tambahkan Gula Yang Sesuai:
    • Sesuaikan jumlah gula dengan selera anda. Gula yang sesuai akan memberi rasa yang enak kepada apam.

      Apam Beras Gebu Mudah Senang

  6. Pemanasan Awal:
    • Panaskan periuk kukus dengan air sehingga mendidih sebelum meletakkan adunan apam ke dalam dulang kukus. Ini akan memastikan apam kukus dimasak secara sekata. Untuk apam mekar cantik merekah, api harus besar! Air dah menggelegak betul baru lah mula mengukus.
  7. Gelungkan Tudung Kukus:
    • Sebelum memasak, gelungkan tudung kukus dengan kain atau kertas dapur bersih untuk mengelakkan air dari tudung menitis ke atas apam.
  8. Masak dengan Api Sederhana:
    • Masak apam dengan api sederhana. Api terlalu besar boleh membuatkan apam menjadi keras atau berlubang. Ini untuk apam kukus yang nak naik bulat je , tak merekah
  9. Jangan Buka Tudung Kukus Semasa Memasak:
    • Jangan terlalu kerap membuka tudung kukus semasa apam sedang dimasak, kerana perubahan suhu dan kelembapan boleh mempengaruhi tekstur apam. Bantat nanti!
  10. Pantau Masa Masak:
    • Pantau masa masak dengan teliti. Apam kukus biasanya memerlukan masa tertentu untuk masak bergantung kepada saiz dan ketebalan apam.
  11. Uji Dengan Lidi/Ketulan Kayu:
    • Semak kekemasan apam dengan menusuknya dengan lidi atau ketulan kayu. Jika keluar tanpa adunan yang melekat, itu bermaksud apam sudah masak.
  12. Sajikan Panas:
    • Hidangkan apam kukus segera selepas masak. Apam kukus paling sedap apabila panas.

Dengan mengikuti tips ini, anda akan dapat membuat apam kukus yang lembut dan sedap. Selamat mencuba!

Kuih Apam memang sesuai dijadikan untuk menu minum petang ataupun jamuan sekolah, potluck atau majlis keramian. Selain tu , donut pun antara menu yang sesuai dihidangkan pada tetamu.
Nina cadangkan korang cuba Resepi donut mudah dan gebu ini!

Related posts:

Menu jimat! Resepi Bihun Goreng Bodo Sedap simple mudah
Cendawan Goreng Tepung Crispy
Trauma.. Apa nak buat Tong Gas Bocor!
Resepi Kurma Ayam Ala Rempah Tanjong | Lain dari biasa, sedap seyhhh.....
Resepi Apam kampungApam mekarcakekudap kudapanKuih Muih Warisan Kitamenu jamuanmenu jamuan potluckmenu minum petangMenu Open Houseresepi mudahtips apam cantik gebu

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. Qasey Honey says:
    January 23, 2013 at 6:38 pm

    alahai comeiinya apam mekar tu…ceria warnanye tu kak…nmpk gebus sgt

    Reply
  2. Karen Moon says:
    December 3, 2021 at 10:52 pm

    Looking Delicious.

    Reply
  3. football legends says:
    April 24, 2023 at 11:24 am

    It must be said that the articles contained in this blog are extremely easy to understand. I love sites like yours.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes